I miss you my friend, and I'll use your spirit to move on

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat... Melihat dunia dari jendela akhirat." Ammar Zulkifli

Salam.

Maaf. Izinkan saya berbicara sebentar untuk post ini dalam Bahasa Ibunda saya. Agar sampai apa yang hendak saya sampaikan. Saya dan beberapa orang sahabat lain tidak berkesempatan menziarahi jenazah Ammar kerana pada hari yang sama kami menghadiri program Rekreasi HaluanSiswa Nasional 09 tetapi masih sempat mendirikan solat jenazah ghaib di tempat program. Jazakallah tak terhingga kepada akhi Ihsan di atas usaha anta menceritakan secara detail tentang pengkebumian Jenazah Ammar Zulkifli di blog anta serta gambar-gambar sekitar majlis pengkebumian.



Gambar Sekitar Majlis Pengkebumian Akh Ammar

Jenazah di tanah perkuburan, selepas Subuh

Ramai yang datang ziarah sehingga solat jenazah tidak cukup tempat.

Pusara Akh Muhammad Ammar bin Zulkifli. Berehatlah anta dengan aman.

Kredit buat TintaUtara


Cerita saya mengenai Ammar Zulkifli.

Allahyarhamhu Ammar ialah junior saya di MATRI. Walaupun berbeza dari aspek umur, di m3, persahabatan antara senior dan junior sudah menjadi perkara biasa. Saya sering menerima nasihat daripada beliau walaupun kadangkala bukan secara terus. Kami sama-sama adalah pengawas sekolah cuma berlainan biro.

Kalau diikutkan dari keberkesanan dalam memberi tazkirah, yang paling saya suka dengar di antara batch junior adalah Ammar. Saya cuba ingat kembali aktiviti-aktiviti yang pernah kami lakukan bersama ketika di m3 tapi gagal untuk recall semula. Ingatan saya agak lemah . Jadi, saya cuba selongkar folder gambar semasa berada di m3 dan jumpa 1 gambar semasa kami pergi ke Wang Mu untuk program perkhemahan pengawas (kalau tak silap saya). Hati jadi sebak lagi.

Baru saya teringat. Sepanjang mengenali Ammar, beliau tak pernah marah, memaki atau meninggikan suara. Apabila memberi nasihat, ayat yang digunakan sangat-sangat lembut berhikmah ataupun lawak perli yang tidak keterlaluan. Memang tidak dinafikan, Allahyarhamhu memiliki sifat Dai’e dan Murobbi yang mulia. Tutur katanya yang halus, Akhlaqnya yang soleh memudahkan semua untuk berdamping dengannya.

Rasa sangat terkesan dengan pemergiannya tetapi rasa syukur dan senang bila mendengar khabar betapa tenangnya pemergian Ammar. Pergi dengan kalimah syahadah dan senyuman. Husnul khotimah. Harap-harapnya saya juga dapat pengakhiran sebegitu.



Keluarga Ammar yang Tabah

Terharu bila membaca pesanan dari Ummu Ammar. Jika diikut dari logik akal manusia, kita yang hanya baru mengenali Ammar setahun dua lah yang perlu menenangkan keluarga Ammar yang hidup bersama beliau dari kecil. Tentulah mereka lagi sedih dengan ujian ini. Ini tidak. Mesej dari ibunya benar-benar membuat saya kagum dengan keluarga Allahyarhamhu.


“Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik.”

"Semasa berbual dgn pengiringnya Ustazah Fathahiyyah (mentor A. Ammar semasa INTEC)beliau mengatakan bahawa memang Allah izin semua berjalan begitu lancar.
umi rasa yakin lagi Insyaallah A. Ammar syahid kerana semasa kenderaan jenazah sampai umi keluar rumah terdapat titisan hujan hanya seketika mengenai muka umi.
Semasa hendak mengusap mukanya umi ternampak spt titisan peluh diatas kedua-dua pipinya, Masyaallah..........
Marilah kita doakan untuk dia supaya Allah kurniakan Syahid"
ummu Allahyarham Ammar


Cerita mereka mengenai Ammar Zulkifli.

Saya sempat menbaca post-post dari blog sahabat-sahabat yang dekat dengan Ammar. Antaranya menceritakan tentang peribadi mulia Ammar sewaktu bersama-sama di MATRI dan di tempat-tempat lain yang pernah beliau jejakkan kakinya untuk menimba ilmu (sekolah rendah, DQ, Universiti kaherah dll). Rata-rata memuji peribadi beliau dan perginya Ammar membangkitkan semangat 'bekerja untuk' Islam sahabat-sahabatnya. Sedikit tulisan dari mereka:


"Benar, air mata perlu diseka, marilah bangun kita melangkah kehadapan. Menerus apa yang ditinggalkan Ammar. Menyubur jiwa yang hangat mencintai akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat!"
"Akan ana contohi dan teladani segala yang baik dari arwah. Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku dan kepada semua sahabat-sahabatku untuk terus berjuang..Semangat arwah ‘Ammar akan ana teruskan malah akan lagi membara dan menyala. Semoga Allah beri kekuatan.."

"Semoga kisah di atas menambahkan lagi syuur dan hajat kita untuk terus mendekati Allah SWT. Semoga bertambah TAKUT dan GERUN kita kepada Allah SWT. Bertaqwalah kepadanya dengan sebenar-benar taqwa. Marilah kita hidupkan hati kita dengan hakikat penghidupan yang sebenar. Hanya dengan hati yang hidup, akan membuahkan Amal yang diterima oleh Allah SWT. Sekian, semoga Allah menerima amal kita semua.Amin ya Rabbal Alamin."
"Selaku orang kuat dalam batch, aku sedih dan amat terkilan. Tidak mampu mengusahakan agar kami masih berkesempatan bertemu sebelum dia dibawa pergi buat selamanya.
Walaupun tidak rapat, ukhuwah kami amat kuat. Perginya Ammar, amat memberi kesan."
"...Benarlah, di belakang seorang lelaki hebat pasti ada seorang wanita yang mencorak kehebatan itu. Dan kehebatan akh Ammar wujud dari rahim seorang ibu yang ajaib."
Video dari sahabat-sahabat di Mesir untuk Allahyarhamhu.


Berita di TV3


"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."
(riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).

Kesimpulannya, Allah memberi pengajaran kepada manusia dari kematian-kematian insan yang mereka sayangi. Seorang hukamak berkata "Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran". Cigu Azmi Bahari mengulas tentang ini di blog beliau. Bagi yang belum berkesempatan membaca, dipersilakan singgah.

"Mungkin persoalannya...berapa lama kehilangan beliau akan memberi kesan kepada hati-hati kita? Jawapannya setakatmana kita mengaitkan semua ini dengan keimanan. Apa saja yang dikaitkan dengan keimanan maka ianya akan kekal lama tetapi jika kita sekadar menghubungkannya dengan persahabatan dan hubungan duniawi yang lain maka sentuhan itu hanya kan terasa seketika sahaja. Tidak lebih dari sisa-sisa makanan yang terjatuh dari meja kehidupan (sepertimana yang pernah digambarkan oleh Syed Qutb dalam bicaranya tentang kematian). Segala kesedihan akan hilang dan segala kenangannya akan pudar warna. Tetapi jika kita hubungkannya dengan keimanan, takdir dan iradah Allah SWT maka berbagai persoalan akan bermain difikiran kita hingga bertambahnya keyakinan kepada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT."

"Satu persoalan yang sering bermain-main dalam fikiran cikgu, "kenapa 'Ammar?, Kenapa "Ammar yang perwatakannya begitu penyantun, tidak pernah nampak air muka marah, bila ditegur dia hanya tersenyum merendahkan diri dan berbagai perwatakan lain yang menyentuh hati" Petang ini cikgu temui jawapannya. "Pemergiaan insan begitu rupanya melembutkan hati banyak insan, mengejutkan banyak jiwa yang terleka, menyedarkan banyak hati-hati yang terlalai....mungkin inilah harga bagi pemergiannya"

Saya rasa sampai sini dahulu coretan berkenaan pemergian sahabat yang dicintai. Moga-moga perginya Ammar, Ummi Halimaton, Akh Mohsein, Zulhairi, Munaim Ibrahim, Cikgu Tajol, Pakcik Husni, Tok Ayah dan ahli-ahli keluarga yang terdekat serta sahabat sahibah dapat memberi kita iktibar dan dapat dikaitkan dengan keimanan untuk terus memberi kesan kepada hati ini yang begitu cepat lupa dan alpa.

Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN.

Wallahua'lam. Sama-sama doakan semua yang telah pergi agar ditempatkan bersama para as syuhada' dan as solehin.


Video update from Ihsanuntuk yang tidak dapat hadir ke Majlis Pengkebumian Ammar.


Comments

12 Responses to "I miss you my friend, and I'll use your spirit to move on"
  1. salam...
    sungguh kematian itu benar2 menyedarkan manusia...
    menghidupkan hati2 yg mati, menggerakkan jasad yg terlena..

    pelajaran yg sgt berguna...before this i thought experience is the best teacher...indeed, death is the best lesson.

  2. Amin.... walaupun kiter tak kenal dia.. tapi cam kagum gak.. Allah lebih menyayangi dirinya.. semua org pun akan pergi suatu ari nanti.. Cepat atau lambat.. sentiasa bersedia bila2 masa

  3. Salam...
    Menangis utk kali keberapa pun aku tak ingat...
    Saling tak mengenali...
    Tapi Allahyarham Ammar dan kamu adalah saudara seIslam ku...
    Syurga untukmu di sana Ammar...
    Terima kasih Ya Allah, kerana temukan aku dgn blog ini..
    Terima Kasih 'MuNsYi-SaMa'...
    Terasa diri ni, betul2 kerdil di sisi Allah S.W.T.............

  4. ama is a legend..
    a bravery knight
    who is pr0tect his deen..
    unti de end...
    give me ur strength...
    i'll protect our deen..
    but i stillmiss u ama~

  5. @Atiqah

    Wassalam.

    True. Same with me. I always thought so too. But Ammar passed away, I felt like someone slap me in the face, really hard. woke me up from this long sleep. and make me afraid to sleep again.

    yang Alpa dan lupa.

    -------------------------------------

    @Nurul

    Betul. Persoalannya, sejauh mane kita bersedia dan apakah persediaan yang boleh kita persembahkan kepada Allah?

    Kagum. seorang mujahid muda meniggal dunia, hampir 1000orang dikhabarkan datang menghadiri pengebumiannya. Kalau saya? berapa sgt la rasanya kan.

    -----------------------------------

    @Fiza

    Strangers adalah sahabat yang belum lagi kamu kenal. Ini takdir Allah. Saya juga mencari jalan untuk kembali di sisi Allah dalam keadaan bersedia. Kamu juga begitu, maka besarlah pahala bagi kamu.

    sudah linkkan senarai blog2 lain yg lebih banyak info dan makanan ruh. silalah singgah pabila ada kelapangan atau perlukan kekuatan.

    -----------------------------------

    @criestz

    Yes. and Ammar has left this world, left these responsibilities for us to continue. Let us always remember that and do our best.

  6. Perginya membawa pengajaran yang tidak terhingga kepada yang masih ada. Mungkin itulah harga sebuah pemergian, menyedarkan jiwa-jiwa leka yang masih ada.

    Walaupun ana tidak mengenali mahupun tidak pernah bersua muka dengan akh ammar, tetapi cukuplah al fatihah sebagai pemberian diri ini untuk mengingatkan diri ini yang masih lagi lalai dan leka dengan dunia.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas akh Ammar.

    Al Fatihah

  7. Ameen~

    Pemergian Akh Ammar ke negeri abadi byk memberi kesan pd orang sekeliling. Allah memang Maha Kuasa. Mujahid muda berusia 21thn meninggal dunia, impaknya terlalu besar.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas akh Ammar.Ya. Ameen~

  8. pemergian yg membawa seribu erti buat insan yg msih terleka..
    moga pemergiannya tak sia2..

  9. owh, u know him?
    hmm, thanx for the tribute.
    may Allah bless him,u, and all of us.

  10. @huda

    Insya Allah. Ammar pulang ke pangkuan Allah, dgn persiapan yg cukup.

    mengingatkan kita yg masih terleka, adakah ckup persiapan kita??
    wallahua'lam. thanks for the comment.

    -------------------------------------

    @atie

    he was my junior in MATRI,my highschool. I thought I mentioned it in my previous post. never mind.

    May Allah bless you too.
    Semoga pemergiannya membawa iktibar yg sentiasa berada dlm hati dan minda kita.

  11. i dun knw him,
    but his death truly
    open my eyes..
    and the sadness,
    really can't stop my tears.

    al-Fatihah.

  12. @~mek^mizahhh~

    alhamdulillah. Semoga dpt menyentuh hati2 yg leka supaya bangun.

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics