Budaya Hidup di Jepun [Bahasa Melayu]

knowledge is light



Salam.
This is an article copied from the aunty meen's blog. Visit her to read more about her life experiences. Hope we can gain something from the post. A little something for our minds.


buku2




1) “Teacher…, banyaknya homework yang teacher bagi!”. Ana senyum je pada anak2 didik ni, sebab faham sangat, lagi dilayan, lagi menjadi. Waktu tu baru saja selesai masa pertama kelas Mathematics Form one yang ana ajar. Biar mereka protes semahu mereka, nanti bila dah reda, giliran ana pulak bersuara.

2) “Teacher…, susahlah belajar English, ana tak pandai teacher….”, bersuara beberapa orang anak dari kelas English ana baru2 ni, tak kiralah, form one ke, form four ke, hatta yang dah form five pun, masih mengeluh yang sama. Sekali lagi, ana suka beri senyum ’sumbing’ ana pada mereka, sebelum memulakan leteran ana dalam memberi pesan pada mereka.

Dalam situasi pertama, ana selalu ulang :

“How to improve your Math?” dan setiap kali itulah, jawapan yang sama yang ana terima.

“Buat banyak latihan…..”, walaupun kita bertanya dalam english, pasti dijawab dalam malay jugak.

Dalam situasi kedua, soalan ana setiap kali mereka merungut ;

“How can you improve your English?” pasti akan dijawab,

“Banyak baca buku english, teacher…”

Bermakna, pesanan ana sebelum tu, bukan mereka tak tahu, bukan mereka tak ingat, cuma mereka tak buat, malas nak buat. Penyakit ‘M’ tu, memang terlalu parah.

Di sini ana nak sentuh soal banyak tak banyak membaca. Pengalaman ana di Jepun, orang Jepun sangat suka membaca. Terlalu suka membaca. Bahan2 bacaan mereka terlalu banyak, dan sangat murah, berbanding dengan kita di Malaysia.



Budaya suka membaca itu sudah ditanam ke dalam diri anak-anak kecil mereka seawal mereka boleh membaca di peringkat ‘Hoiku-en’ atau ‘Yochi-en’ lagi. Pra-sekolahlah tu. Mereka dibekalkan dengan buku2 cerita, tiap satunya akan ada sekeping muka surat khas di belakang buku, yang dipenuhi gambar yang berulang. Sekali anak itu selesai membaca satu buku, mereka disuruh mewarna satu gambar tadi. Maka berlumbalah anak2 ini membaca sebanyak kali mungkin, sekerap yang boleh, supaya selesai seluruh gambar itu diwarnakan, lalu mereka beralih ke buku yang lain pula.

Dua atau tiga-dalam-satu.
1. Berlumba-lumba dalam kebaikan.
2. Menyemai sifat amanah dalam diri anak-anak.
3, Membaca secara berulang sehingga lancar dan baik dengan sebutan.

Menariknya, memang mereka berjaya. Anak2 ini akan berlumba2 untuk menghabiskan membaca satu-satu buku tu, semata2 untuk menambah bilangan gambar yg boleh diwarnai. Dan melihat pada anak sendiri menjaga amanah, ana kira, pesanan sedikit sebanyak sudah diberi untuk berlaku jujur pada diri sendiri, dan tidak menipu. SubhanaAllah.

Kalau fenomena di Malaysia, rata2 kurang sangat orang Malaysia suka membaca, malah anak2 muda di IPT juga, tak ramai yang jenis suka berkepit dengan buku. Tetapi di sana, dari anak2 sekolah, hingga nenek2 tua pun, pantang ada masa terluang, bukulah jadi peneman. Dalam train LRT mereka, yang berdiri tu pun, tak mau ketinggalan membaca, apatah lagi yang duduknya. Senario ini selalu ana lihat dengan mata ana sendiri.

Penjual2 yang duduk menanti pelanggan, kalau di Malaysia, ramai yang duduk menung kosong, sanggup menghabiskan masa begitu sahaja, habis-habis tidak, melelapkan mata tanpa ada kesan mengantuk dari membaca. Berbeza dengan senario di sana, buku jugak yang ditangan mereka. Sambil menanti pelanggan, masa mereka dihabiskan dengan membaca apa saja. Sungguh ternyata, mereka sangat menghargai masa!!

Anak2 ana memang terbawa2 dengan budaya Jepun ni, rata2 memang mereka suka membaca, alhamdulillah. Tak terbeli kita buku-buku untuk mereka. Tapi, as time goes on, terhanyut jugak sebahagian mereka dengan suasana sekeliling…AllahuAkbar! Aisyah sangat suka membaca sewaktu kecilnya dulu, sampai curi2 baca dalam gelap, hasilnya, baru darjah dua, power spectaclenya sampai mencecah 500 sebelah kiri saja waktu mula2 pakai dulu (kini makin bertambah). Cuma sekarang, bila balik bercuti, alasannya untuk tidak lagi memegang buku,

“Mak, kakngah dah penat membaca, now dah cuti, nak berehat sekejap”. Bertuah punya anak…..( ana akur, menelaah buku2 medic dengan cuti yang terlalu sedikit berbanding yang lain, mungkin benar dia dah keletihan merenung tulisan2 dan gambarajah2 di dalam buku), sebab tu dia sanggup tenung skrin komputer mengadap komik Naruto!!! Aduh, di mana ye silap ana???




Hidup orang Jepun, penuh dengan disiplin. Mereka lebih mementingkan perlaksanaan proses yang dilakukan secara sistematik. Sebab tu origami (paper folding) penting untuk orang Jepun. Ia melatih untuk melaksanakan proses itu sebaik mungkin, barulah hasilnya dapat yang terbaik. Tiada jalan pintas dalam origami, semuanya kena ikut a step-by-step process. Begitulah juga mereka dengan hidupan seharian mereka.


Dari cara pegang dan meletak chopsticks atas meja, cara menyusun kasut bila sampai rumah. Cara nak pakai baju dan gosok gigi pun, diajar secara berhibur di TV, bermula dari step pertama hingga selesai, maka hasilnya juga sangat sistematik. Pakai pajama, butangkan baju dari bawah naik ke atas. So, tak lah butangnya senget sebelah macam ‘pak Uda’ dalam pi mai pi mai tang tu tu pakai! Semuanya diajar sedari kecil di hoiku-en dan yochi-en mereka, disamping dalam rancangan TV untuk anak2. Semuanya mengajar mereka supaya berdisiplin. Berdisiplin dengan masa, sudah ana ceritakan dalam postings ana yang sebelum ini, termasuk janji orang Jepun. Ini belum lagi kita sentuh aspek kebersihan mereka.

Itulah antara perkara2 yang ana belajar dari orang Jepun. Belajar mendisiplinkan diri. Memang banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kita sehari-hari. Yang peliknya, Islam sendiri mengajar kita supaya hidup dalam keadaan berdisiplin, namun yg benar2 mempraktikkan budaya ini, bukan dari kalangan masyarakat Islam. Malang seribu kali malang bagi orang Islam yg mengabaikan ajaran Islam yg cukup sempurna itu. Orang Islam sibuk mengejar ‘Barat’ yg kini terlalu jauh dari Islam, manakala bangsa kuffar lain gigih membudayakan ajaran Islam yg complete dalam kehidupan mereka. Aneh kan?

Ayuh ya muslimin wa muslimat!!! Masanya untuk kita bangkit dan hidupkan, budayakan ajaran Islam dalam diri dan keluarga kita, seterusnya, bawa pengislahan itu kepada masyarakat yg ternanti2 di luar sana. Jangan biarkan kita dan Islam dihina lagi…. Apakah kita rela? AllahuAkbar!


note: the whole article copied from here. Credit goes to Aunty Meen for this nice article based on her experience.
note2: After reading this, I'm thrilled to finish the novels from the previous post.
note3: Insya Allah, when the time comes, I'll try to apply this reading habit to my children. Hope that they will excel in their life and give benefit to Islam and the world in the future.

Comments

10 Responses to "Budaya Hidup di Jepun [Bahasa Melayu]"
  1. Subhanallah..i'm so impressed with their reading habits..thank God I was assigned to study English Literature..we have to read at least 5 novels per semester..more than 10 yarns, poems and drama...I love reading..it makes me a better person than the other..
    to be truth..Malaysian is quite lazy in terms of reading..just ask them..they will give u thousands of excuses to not read..certain kind of people will only read entertainment materials ie sport, music, gossip etc..how are we gonna improve our nation if the people is only read light reading materials which can never improved anything beyond the level..as compared to the Japanese..
    let us ponder and help to improve ourselves to be a better Muslim..

  2. Dalam artikel itu ada yang betul dan ada kugak yang salah. Orang Jepun ni tak adalah perfect sangat, tapi lagi ok daripada kat Malaysia.

    Kalau keretaapi, misalkata bertolak pukul 4 mmg pukul 4 bertolak kalau malaysia pulak KTM misalnya hmmm tak payah cakap lah.

    Sebenarnya ada je perangau buruk orang jepun, tapi duduk kat sini memang best/ :)

  3. @Atiqah

    Insya Allah. We must always show what Islam has been teaching us. So that The nonMuslim will respect us.

    -------------------------------------

    @Fareast

    Betul. We Malays especially need to improve lots of things. Apa yang baik kita amibil dr budaya jepun itu, apa yg buruk, tinggalkan.

    Our public transport kena upgrade dari segi masa dan kemudahan. Baru efficient.

  4. well, if you look at things positively, you'll find the positive aspects. There's nothing wrong with encouraging people to do lots of reading, after all Allah sent His first Message to Rasulullah bu urging IQRA, right.
    probably fareast nampak negative values dalam kawan2 japanese fareast di sana, and anuty meen nampak usaha yg dibuat utk semaikan budaya membaca dikalangan anak2nya di hoiku-en tu... for sure ia berbeza. Yg dah besar2 tu, byk ter influenced dgn budaya luar, thanks to globalisasi.

    kalau warga negara Islam pun byk kutip 'hampas'nya, apatah lagi warga negara kafir mcm tu.! kitalah yg kena pandai memilihnya...

    wallahu'alam.

  5. artikel yang sangat bagus..

    erm.. terkena pada diri sendiri jugak kot.. macam tau2 je kiter nak beralih ke buku bentuk kertas balik..

    For myself: buku sebenar still the best dari e-book kat skrin komputer..

    dulu kecik2 asik baca buku.. tapi sejak hbis kolej, byk membaca kat internet je.. baca paper pun da tgok kat intenet je..

    apepun, feeling membaca buku tu xkan hilang.. mmg suka membaca dari menonton video.. so, xjadi macam anak auntie tu kan? huhu~

  6. @Aunty Meen

    Betul. It's up to us, in the end, what to follow.

    -------------------------------------

    @Nurul

    e-book sakit mata kalau baca. for me la. letih pon ada. kalau buku, leh baca sambil baring. :)

    hehe. anak aunty die release tension jap kot. ringan2kn otak.

  7. he he, anak aunty tu, baca komic naruto, bkn tengok videonya... agaknya, komik lebih santai, tak tiring mcm buku2 medic dia kot!!

    apa pun, make sure you all, be it nurul ke, munsyi ke, sapa pun, budayakan membaca tu dalam hidup kalian, dan pastikan bahan yg dibaca tu yg diredhai Allah, and for good intentions, lillahi taala. InsyaAllah, tak sia2.

    Good luck to all of you, including fareast.....

  8. @Aunty Meen

    Insya Allah. Tgh curi2 masa mmbaca buku2 bmanfaat. Thanks aunty

  9. "Tiada jalan pintas dalam origami, semuanya kena ikut a step-by-step process."

    nice quotes~

  10. @saido
    yup. very nice. credit to aunty meen. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics