Tahniah=Congratulation=Omedeto.

Assalamualaikum.

Pertama dan selama-lamanya, syukur tak terhingga kepada Rabb seluruh alam atas kesempatan ini. Sekalung tahniah kepada adikku Shaheran Shafiq di atas keputusan SPM beliau. Walaupun tidak dapat capai apa yang dihajati, hendaklah kita sentiasa ingat yang rezeki, jodoh, ajal dan semua perkara yang berlaku itu takdir Allah dan belajar terima semua ketentuanNya. Semua dalam erti kata ini melibatkan semua orang; ibu bapa, guru-guru, adik-beradik dan sahabat handai.

Bersangka Baik dengan Allah

Mungkin ada yang berfikir begini, "Aku dah buat semua suruhan Allah, solat sunat, puasa sunat dan sebagainya tapi kenapa doa Aku tidak Allah makbulkan?".

Nasihat saya begini, selalulah berfikir begini "Setiap ketentuan Allah itu ada sebabnya, mungkin ada kewajipan yang aku terlupa, alpa atau ak lakukan dengan sambil lewa. Janji Allah itu pasti. Aku akan terus mencuba."

Mungkin ada yang berkata, "ah, senang untuk kamu cakap Munsyi. Kamu belum pernah menghadapi semua ini". Percayalah, saya pernah hadapi dan sedang hadapinya sekarang. Apa saya yang saya lakukan untuk atasi perasaan ini?

Baca Berbaik sangka tulisan saudara Yusuf Razali dan What you need to never give up? karangan Saudari Nabihah Zaid dan Lemah? Carilah Dia nukilan Saudari Sharifah. Tulisan-tulisan yang sangat membina. Dan juga kata-kata semangat darinya yang dipetik dari  Surah Al-Baqarah ayat 216, "bukan semua yang kita nak itu baik untuk kita.." (oh, sudah lupa..^_^)


Post ini bukan hanya untuk adikku, untukku juga dan untuk semua yang membaca. Akhir kata, 
"Bersangka Baiklah dengan Allah, Insya Allah, masalah kamu akan dapat diselesaikan"

note: Jangan lupa pilih jurusan ikut minat anda. Di universiti, bak kata Hikari neesan, semuanya di'reset ' 0-0. Baca di sini.

note2: I'm always proud of you. Don't ever give up. You can do a lot better! Ganbatte kudasai!


Comments

16 Responses to "Tahniah=Congratulation=Omedeto."
  1. adik adik amru
    mesti pandai2 semua
    huhu

  2. tahniah..sy juga bljr berbaik sgka dgn Allah and Alhamdulillah, in the end sy berjaya dpt apa yg dihajati..Alhamdulillah syukur sgt..

  3. akira me nai (uh uh salah eje rase nye..)

    tahniah kat ur bro gak.. ish ish sempat pulak sselit nasihat neesan yg tak seberape ni..

    nee san pn tgh bertahan dgn battle di tahun akhir ni..

    *harap dapat grad on time*

  4. @Fiqah
    thanks

    @ZF
    same2

    @joegrimjow
    oh..pandai itu subjektif.hehe

    saje buat entri dlm BM. nk improve my BM.

    @Atiqah
    ya betul. Janji Allah pasti akan dtg akhirnya. a bit weird to read your comment in BM. hehe

    @Hikari neesan
    Semoga dpt grad on time.Silap dulu xamik major sama ngan neesan.kalo x dh boleh grad.(alasan..hehe)

  5. @arieza
    true. very true.

    @aina
    thanks ya

  6. nice blog.. and great entries too.. ^_^

  7. Salam,
    It good to remind others while reminding ourselves. Good work munsyi!

    http://bizznurse.blogspot.com

  8. tahniah jugak. :D

    ubat hati ialah redha - bagi saya

  9. @anak pakman
    owh thanks.

    @Biznurse
    you too, thanks

    @lilacfla
    betul2.for me too.

  10. Allah izin baru lepas tasmi' ayat ini dkt ustazah...
    mengingatkan kita semua yang sllu lupa...

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

    apa2 pun tahniah jga diucapkan...
    aih..adik2 dah makin dewasa..kita apatah lagi..makin tua..
    still mcm2 ujian utk menjadi manusia matang dan hamba rabbani..
    Moga kejayaan dunia akhirat milik kita

  11. Jazakillah ye.makin tua patutnya makin matang.Tp kdg2 rasa diri ni lemah bile banding dgn adik2. Baik adik2 sendiri ataupun adik2 M3. :(

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics