Cikgu jangan buat macam ni dekat adik saya! At least not in Public!

L-R: Kimah and me

Hari ini Isnin. Kami ke sekolah dengan Abah menaiki JAY 82 kesayangannya Sedikit lambat, seperti biasa. Maklumlah, rumah jauh nun di Kampung Sawah Dato', tapi sekolah di Bandar Mersing, SRK Seri Mersing. Alhamdulillah tak ada traffic jam di Mersing. Kalau trafik teruk, pasti kereta Mazda Abah yang sudah lama berjasa ini akan meragam lagi.

Usai sampai di sekolah, perhimpunan sudah lama bermula. Para pelajar sedang menyanyikan lagu Negaraku, di konduk oleh H persis seorang konduktor orkestra. Dengan liuk lembut tangannya, menarik perhatian semua pelajar. Sungguh lancar. Siapa yang baru pertama kali lihat pasti akan lupa lirik lagu Negaraku. sendiri Sungguh Cantik, getus hati kanak-kanakku yang belum matang .

Sedang aku bersembang rancak tentang rancangan televisyen semalam dengan rakan-rakan sekelasku, Cikgu Z, cikgu yang terkenal dengan sifat panas baran dan cakap lepas nya itu, memanggil nama yang ku rasakan cukup familiar.

"Ikrimah Husni, Sila datang naik ke pentas sekarang"

Ikrimah yang ketika itu sedang berada di barisan kelas 4 Abadi menyahut dan terus menuju ke pentas. Pada fikiranku, pasti adikku dapat anugerah atau hadiah dari pihak sekolah, jadi ku teruskan perbualan denagn rakan-rakanku.Akan tetapi, sangkaan ku meleset.

"Semua sila ambil perhatian. Pelajar darjah 4 ni baru saja mendapat surat lantikan sebagai pengawas pada tahun hadapan, tapi sudah pandai berlagak sebagai seorang pengawas merampas alat-alat mainan dari pelajar lain." kata Cikgu Z sambil tangannya memegang kepala Ikrimah, merosakkan kekemasan rambut yang selalu disikat rapi ke tepi  itu dan membebel tentang perbuatan adikku yang ku rasakan  hanyalah perkara kecil.


Hati mana yang tidak terbakar dengan kenyataan sebegitu dan perbuatan memalukan adikku di perhimpunan pagi. Dia seorang guru agama, dia patut tahu cara-cara menegur dengan berhikmah.  Lagi-lagi pabila dia  berkata yang dia akan menarik balik perlantikan kimah sebagai pengawas. Aku jadi panas. Terus saja kakiku melangkah ke atas pentas, dan dengan muka ganasku, ku tarik tangan Cikgu Z dari kepala adikku ( semua pelajar tercengang akan perbuatanku) dan  tepis ke tepi seraya berkata,

"Cikgu tak boleh buat macam ni dekat adik saya! At least not in Public! For the love of God, Adik saya hanya cuba menjalankan tugasnya. That's all "

"Ah, itu kata kamu. Adikmu berlagak pandai tanpa keizinan saya. Lagipun, dia belum bergelar pengawas. Ini bukan tugasnya!" 

"Cikgu kena dengar cerita dia dulu. Dan kalau betul dia bersalah, bukan jatuhkan hukuman dengan  memalukannya di khalayak ramai!! Macam inikah attitude seorang guru?"

Ku terus menarik tangan adikku Ikrimah dan turun dari pentas sekolah.

"Kimah, kamu masuk barisan kelas kamu. Biar ku handle the rest"

"Ok "

Cikgu Z masih terpinga-pinga di atas pentas sekolah. Guru-guru memandang ke arahku penuh kehairanan dan habis tiga saat insiden itu berlaku, semua pelajar bertepuk tangan kepada kami dan ada juga cikgu-cikgu yang membuat tanda isyarat 'Bagus'. H memandangku dan berkata, "Bagus betul kamu munsyi, tidak takut pertahankan adik sendiri". Ku senyum sendiri, puas hati bercampur sedikit bangga. Adikku juga telah kembali tersenyum bila kawan-kawannya mula mengelilinginya sambil mengutuk perbuatan Cikgu Z.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hakikatnya ini hanyalah imaginasiku. Perkara ini benar-benar terjadi kepada kami sewaktu ku di tahun 6 dan Ikrimah di tahun 4. Rasa sangat-sangat bersalah dan terkilan apabila tak dapat pertahankan adik sendiri.

Dan apabila sudah besar ini, he's the one who has been protecting me all this time because his body is bigger than mine. (^_^)

"Happy 21 st Birthday My brother on May 6th. Thanks and sorry for everything. May Allah bless you always. I'll always be with you and our family"
L-R: Kimah and Naeem.

note: Cerita ni digarap sewaktu ku sedang mengantuk. Hasilnya, banyak kesilapan ejaan dan some part terus di langkau. Vocab dan grammar BM ku sangat teruk. So sorry.

note2: nampak gayanya, mungkin dia akan kahwin dulu dariku. Jepah message tadi petang beritahu tentang satu berita kurang gembira. Terpaksa Perlu cari calon lain untuk diri, bila sudah bersedia.

note3: An attemp untuk tulis dalam Bahasa melayu. Terpengaruh dengan blog kamu la ni Blur. (^_^)

note4: Baru baca entri joe. Aduh, joe memang suka bergosip ya. ketawa. Ada maksud lain ya B dan Hun tu. Sila tanya dia.


Comments

30 Responses to "Cikgu jangan buat macam ni dekat adik saya! At least not in Public!"
  1. mengalir air mata saya baca entry ni... thanks sebab sedarkan saya jugak...

  2. cheh~ ingatkan betul tadi.. ahakss

  3. how can the teacher embarrass students like that? should do in private mah.. and glad you're brave to stand up for your brother! =)

  4. hehe
    bayangkan kalo masa tu awak bertindak macam apa yg awak gambarkan ni

    ^^

    p/s : perjalanan hidup mesti jadi lain kan? hee~

  5. ku tak suka bergossip
    cume suka tengok keadaan blog skrg
    ;)

    erkk
    entry pasal cg?
    erkk?

    lalalaaa

  6. wahhh...abg yg baik:)
    bagus2^_^
    *kagum*

  7. kalau benda yg diimaginasi tu dibuat,mmg mcm superhero gilalah.happy besdey adik musyi.sebaya la pulak.haha =)

  8. Ada kesalahan ejaan.
    Need to re-check after wrote it Shu'bah.

    Oho, that teacher shouldn't did that. Memalukan di hadapan khalayak ramai itu perkara terakhir yang semua orang nak. sigh~

    Anyway, jadikan pengajaran, so next time, kita takkan buat begitu depan orang kan? Public humiliation is really bad (ya, ku guna perkataan paling baik boleh ku fikir)

    ^^

    Oho, menulis dalam BM. =)

  9. senpai i have 2 comments:

    1. Ur BM...erk, I prefer u write in English..dont get it wrong, I just like ur ENglish and it is way much better..hehe (ops jgn marah)

    2. u r a very good brother...

  10. gravatar Izzat Best says: [Reply to comment]

    laa...imaginasi je...bru nk kagum bdk darjah 6 dh reti mrh ckgu dlm BI...x jadi la gini..

  11. salam,
    waktu kecik apa la sgt yang kita boleh buat andai ada sesuatu yang tak kena di mata. Bila dh besar kita punya hak dan tenaga utk melindungi yang tersayang tapi biarlah di landasan yang betul.
    utamakan family, kerana pabila hilang ia takkan tumbuh berganti.
    cerita yg menarik :)

  12. assalamualaikum.

    Pada saya,BM kamu tak adalah teruk.Ok je.Kalau sampai bole buat org tersentuh baca entry ni,maknanya BM kamu difahami.Sekali sekala Munsyi-Sama post entry dalam bm,cute jugak.haha...

    Saya pun harap,saya sayang adik2 saya.Belajar sesuatu dari entry kamu. :)

  13. terharu...
    bertuah der abng cam ni kan..
    sape tak sayang adek badek kan..
    kalo die malu..kiter pon malu..
    kalo die sedeh kite turut sedeh..right?..huhuhu

  14. aih.. bukan biasanya cikgu back up pengawas ke? nih mesti ade cable nih. :p

  15. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    memori tu msh kekal dlm ingtn umi...abah took a drastic action by writting a letter to the headmaster...abah serahkan surat peletakan jawatan sbg seorg pengawas.both of us were called to the school..guru besar sek tu mmg baik wlpun dia berbangsa asing..tu lah yg malu sgt...org yg bangsa asing boleh tunjuk contoh yg baik compared to seorg yg so called arif dlm ilmu agama..cik gu Z.The head master apologized on behalf of cik gu Z...Dia merayu jgk spy ikrimah menjd pengawas at least pustakawan pun ok...Alhmdulilah..masa tahun 6 dia dilantik sbg head boy n obtain 5 A's for his upsr..Allah maha berkuasa..anak2 cik gu tu umi yg ajr.namun as a teacher....tdk pernah ada sft dendam dlm hati ini.Anak kembarnya umi ajar..umi treated both of them mcm students lain...siapalah kita yg tdk bleh memaafkan org lain..

  16. cis.. ingtkan betl. terkejut gak ana kalau betull. huhu
    tapi, nta abg yang baik, mmg ana tak nafikan la.. tapi jgn kembang2 lebih.. hahhhahhahah

    tapi cerita yang menarik....

  17. teruk betul cikgu tu..mm dulu ada jgk cikgu yg dengki dgn mak akk since mak akk jgk cikgu tp sklh len..dia ajr adk akk pn cincai,kdg2 suka kutuk adk akk..malangnya,ktorg bkn 1 sklh..

    yp alhamdulillah,adk akk dh msuk uni skrg..smpi ke hari ni cikgu Kimia tu masih dengki dgn mak akk..xtau la sbb pe..PHD betul la...

    btw, sejuk ati dgr hubungan korang adk brdk yg harmoni..=)

  18. makcik comment la pkai account,..hehe,...pelik nmpk umi shubah pakai anonymous,...

  19. jadi abang ku bleh x?bleh protect aku.heheh

  20. @abgfaizul
    erk, cite sedih ke ni?huhu


    @kaizen
    tertipukah?haha


    @kenwooi
    yup. never do it in public. er, did u read till the rest?lol


    @tirah watif
    mungkin. Satu benda ubah masa dahulu akan ubah masa sekarang. =)


    @joegrimjow
    erk..ni bkan gosip ke?haha


    @naura
    kagum ke? tenkiu2

  21. @mili
    superhero ke?haha. br ingat ko junior lg.sebaya kot. =)


    @Zara
    a'a. dh betulkn. tulis tgh ngantuk aritu.hoho
    thanks.


    @Atiqah
    1. Saja test tulis. thanks anyway.

    2.Thanks again. I try to be one.


    @izzat best
    hehe, yg part kna marah ngan cikgu tu bkan imaginasi ye.


    @mhuno
    rather an unpleasant news. =(


    @aina
    berangan tu perlu. haha


    @amirah
    wassalam.thanks. betul. tp rasa regret xleh defend my bro tu masih ade.huhu


    @fatin
    wassalamualaikum.
    Lepas diedit byk2 kali br siap post yg ni, kira lebih kurang teruk gak la BM sy.haha

    @eiyda
    hehe. laki lain sket kot.


    @aidi safuan
    tu yg peliknye..haha


    @ummi
    elok je ustazah tu, just mungkin garang xkena tempat. huhu


    @albo
    jazakallah. Saja bg suspens sket.hehe

  22. @Kak ZFatin
    ade la tu masalah org2 tua.hehe.

    thanks


    @mhuno
    ummi xtau bukak akaun google. pdhal ade je.hehe

    eh, delete comment nerd tu ke?haha


    @Fatehah
    abg angkat xsama ngan abg sendri. hehe

  23. wah perkongsian yang menyentuh hati...best2..be a good brother...thumbs up..kenapa pula dengan jepah?

  24. hehe. menyentuh hati la sgt. thanks wendy. Jepah? oh, itu cerita lama. =)

  25. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    Omoshiroi na Munsyi san...


    -joulseycupid

  26. Hehehe bestnyer ada adik yang jarak umur dekat2

    JEMPUT BERKONGSI PENGALAMAN DI BLOG SAYA
    Bagaimana anda menguruskan uri setelah isteri bersalin?

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics