Life's like this: The epilog 1


Semalam ku pulang ke kampung. Kampung kita tidak banyak berubah. Yang berubah mungkin penghuninya. Yang muda, sekarang dah tua.Kalau dulu masih berhingus , sekarang dah pandai nak melawa, baru nampak macho. Ya, zaman sudah berubah.

Sungai, tempat kita sama-sama memancing dulu, sudah tiada. Sudah ditimbus. Sedih…..Mana perginya si ikan keli, si ikan puyu , ikan laga-laga ?

Sawah pun sudah jadi tanah keras.Sawah itulah tempat budak-budak kampung kita, menangkap belalang hijau atau belalang kunyit dipanggang dan dimakan. Di sawah itu juga burung wak-wak dikejar untuk dimakan.Namun kini semuanya kering kontang. Bila tengok rumah peninggalan pusaka, lagilah bertambah sayu. Sedih….sudah tidak ada serinya. Di rumah itulah tersimpan seribu satu macam kenangan.Yang pahit, yang manis , begitu menyentuh hati…

Kedai runcit Tok Tumpang, tempat budak-budak kampung termasuk aku berkumpul hujung minggu untuk tengok cerita melayu gambar hitam putih, pun sudah usang. Masa dulu mana ada elektrik, kena guna generator. Busu Limah (arwah),pungut lima puluh sen seorang. Kami tak kisah, yang penting kita dapat tengok cerita melayu dan dapat berjumpa antara satu sama lain. Ketika itu Tok Tumpang dan isteri ambil kesempatan goreng mee hoon campur taucu. Sedap giler…..Sekarang kalau goreng macam tu, memang kurang laku. Kena ada udang,daging dan macam-macam lagi. Generasi budak hari ini cukup berbeza dengan budak-budak dulu. Budak-budak hari ini generasi strawberry, namun generasi kita adalah generasi buah sentul.

Aku sempat berhenti sejenak di hadapan rumahmu. Hajat hati nak jumpa kawan lama.tapi tak ada.Mungkin dia kerja petang..

Di rumah itu juga tersimpan seribu satu kenangan. Teratak kecil itu sering ku kunjungi. Mak Long Yang (arwah ) cukup baik hati. Tak banyak cakap. Arwah sering raikan aku walaupun sekadar menjamu ubi rebus cicah sambal belacan atau makan nasi putih dan kacang bendi masak asam.Yang itu saja yang ada.Begitu luhur hati nya untuk melayan tetamu(Semoga Allah tempatkan roh beliau bersama para solehin )

Aku sering menolong Mak Long Yang uruskan kerja-kerja di dapur. Ketika itu walaupun anak bongsu perempuannya ada, tapi aku faham sangat perangai ibu kau yang tidak suka berleter.
Kita dulu pernah merasa betapa peritnya bahang mentari. Betapa hinanya hidup meminta dan atas ihsan dan simpati orang lain. Hendakkan duit belanja ke sekolah, kena bawa telur ayam dan jual. Aku jadi gembala kambing. Sementara kau dan adik kau pula jadi gembala kerbau.Aku masih ingat, dalam diam-diam kau dan adik kau meloncat atas belakang kerbau. Mantap jugak perempuan masa dulu. Apa lagi,barulah terdengar suara kecil mak kau, yang dari tadi diam menjerit dari celah-celah tingkap dapur.
"Hei....nak, kau dah lamo hidup ko !!!!!!!!!!!!!!!!"

Namun jeritan si ibu tidak di ambil peduli. Si ibu menghela nafas panjang apabila kau dan adik kau turun daripada belakang kerbau setelah kerbau tu berhenti kepenatan.
Pernah satu hari, orang dari Kampung Paku mengadu kerbau yang kau jaga makan padi kat sawah mereka. Kesian masa tu mak kau kena bayar saman. Mana kerbau tak merayau ke sawah orang lain.K etika itu kau pantang nampak sungai. Samada kau akan memancing atau kau akan jenguk khazanah sungai. Orang kampung Paku dapat cam kau, kerana kau memang letak sikat di poket seluar belakang kau. Rasanya sampai sekarang kau memang suka simpan sikat di poket kan?

Aku rasa latar belakang keluarga ku dan keluarga kau tidak banyak bezanya. Mungkin atas dasar itulah, aku cukup menghargai detik dan suasana di mana kita sama- sama susah untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Namun memori silam serta pengalaman lampau banyak mematangkan kita dan detik ini masih dan tetap akan segar dalam ingatan aku.
Keluarga ku hidup menumpang. Cukup tersiksa. Ramai hati manusia yang hendak di jaga. Ladang mana yang tidak ku redah untuk nak pungut susu getah atau getah sekrap. Masa tu aku tidak peduli dengan bau hapak kerana aku terpaksa. Kalau tidak , nak harapkan duit pencen arwah ayah sebanyak rm 184.00 manakan cukup.Banyak mulut yang menanti untuk disuap. Ubi kayu dan pucuk ubi sudah jadi makanan ruji kami sekeluarga. Aku masih ingat kalau makan ikan selar kuning kecik, aku akan tulis dalam diari.Itupun mungkin sebulan sekali.

Akhirnya atas belas ihsan orang ramai, ibu ku dapat membina sebuah teratak kecil macam rumah panjang di tanah pusaka. Aku masih ingat arkiteknya bilal Majid. Di teratak itulah ibu tua yang berusia awal empat puluhan membesarkan aku dan adik-beradik ku yang lain. Kini bila aku bergelar ibu, barulah aku dapat merasai betapa perit dan sukarnya untuk membesarkan insan yang bergelar anak.

Namun aku tidak pernah menyesal dengan anugerah yang Allah berikan kepadaku, malah aku bangga kerana dapat menambahkan bilangan kaum Adam yang semakin pupus.

Pengalaman membesarkan anak banyak disulami dengan air mata.

Air mata kekuatiran , bila kau ditimpa kesakitan. Air mata kegembiraan bila kau menjulang kejayaan. Air mata kerisauan bila kau gagal teruk di dalam peperiksaan. Air mata kekecewaan apabila kehilangan orang –orang yang tersayang, dan akhirnya, air mata kepiluan dan kesayuan bila kau sudah mula merasai untuk mencari pasangan.

Namun di sana, wahai anak usah kau lalai dan alpa bahawa , kau juga punyai tanggungjawab terhadap kedua orang tuamu. Jangan sekali-kali kau lupa bahawa setiap kejayaan yang kau kecapi adalah berkat doa daripada insan yang bergelar ayah dan ibu. Ingatlah, tanpa doa daripada mereka hidup mu akan pincang dan hilang tujuan.
 
Like this? Please leave your comment. Many thanks for reading it till the end. (^_^).

This is not my writing. My mother wrote this in her blog. I really like it and feel like sharing it with you guys.

Comments

14 Responses to "Life's like this: The epilog 1"
  1. wow.cm kesah dlm novel pon ader..

  2. 1st of all, congrats!
    Cara penulisan yang bagus walaupun ada ayat yang perlu dibaiki (eh, wait, are we talking about short cerpen ke apa ni?)

    Terpengaruh dengan LCA sudah~
    hahaha~

    BTW, suka dengan ayat ini.

    Air mata kekuatiran , bila kau ditimpa kesakitan. Air mata kegembiraan bila kau menjulang kejayaan. Air mata kerisauan bila kau gagal teruk di dalam peperiksaan. Air mata kekecewaan apabila kehilangan orang –orang yang tersayang, dan akhirnya, air mata kepiluan dan kesayuan bila kau sudah mula merasai untuk mencari pasangan.

    ya, sangat terkesan di hati.

    P/S : Shu'bah, bila Zara balik dari interview, insyaALLAH akan komen lagi~ =)

  3. menarik ni
    tiba2 ubah mood blogging ni, ok jugak ni
    ;)

    tengah bahagia ya skrg?
    lalala

  4. sekali sekala berbunga bahasa menukar rentak entry dalam BM bagus jugak..(erk ayat sastera BM ke ni?)

    Mkck Bad tulis ke? Alhamdulillah terkesan tmbh2 sekali ayat kat bwh tu..

  5. best sgt shu'bah!kenapa tidak dibukukan sahaja?=)

  6. wah sy suka entri kamu
    ada sesuatu yang kamu sampaikan
    segala apa yg kita capai adalah drpd keredhaan mak ayah.
    bila mak ayah redha, insyaAllah mendapat keredhaan Allah

  7. ape link ur mother. hehe. nice...

  8. @mangkok chenta
    thanks. senyum lebar la mak saya nnti. =)


    @zara
    Datin wrote this zara. die xbace LCA kmu tho. hehe.


    @joe
    mood blgging perlu diubah sekali skala.

    oit. jgn bgosip disini ek. hehe


    @Atiqah
    Nak tulis BM pon susah ek. hehe

    a'a, My mum wrote this. I like this part a lot.


    @ZF
    buku? masalahnya die bz nk tulis satu chapter pon susah. hehe


    @Amirah
    thanks. betul. sgt terkesan bila dapat paham apa yg nk dia smpaikn. =)


    @Aina
    Die xbg link la. hehe. nnti dh ade mase tulis2 ni br die bg link kot.thanks.

  9. patutlah lain je bile bc cara tulis ni.ingtkan tgh buat short story.mmg nostalgik.

  10. Of course Datin tak boleh baca LCA.
    Ada unsur yang tidak boleh diterima. Hahaha.

    Maksudku pasal LCA adalah komen ku di perenggan pertama~

    =)

    Macam menilai protege ku~
    Haish~

    ^^

  11. Kirim salam mak kamu.Dia pandai menulis.Ada bakat~

  12. @milimilo
    hehe. ku xsepandai mak ku. cek entry lepas ni and you'll know how bad I am at BM. =)


    @Zara
    same ke dg LCA?hehe. Datin baca komen2 di blog ni jugak.=)


    @Fatin
    Die balas waalaikummussalam and thanks a lot. Bile ade mase die tulis lg. =)

  13. really really like this post...

    yes, i know now that my mom is crying for the bad results my brother got...
    being far away from her, i've been very very longing to my beloved mom..

    can u give the blog link of your mom? eager to read her writing more...

  14. yes. true. But a mother will always understand her children.At least, she'll try to understand.

    thanks but my mother just write her stories in MSword, not in blog. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics