Tulip merah jambu ini untuk Cikgu Zara


Tersenyum Zara mengenangkan peristiwa semasa lelaki itu melafaz akad nikah. Mungkin terlalu sukar menyebut namanya yang agak panjang itu sehinggakan perlu dilafazkan beberapa kali. Syukur semuanya telah selesai dan kini dia telah pun bergelar isteri. Sudah seminggu lebih dia bertukar status tapi masih janggal bila dipanggil Puan Zara.

Teringat pula seorang pelajar bergurau mahu menghantar rombongan meminang kerana tiada hadiah Hari Guru. Tersenyum lagi.

"Apa khabar agaknya pelajar itu, sering buat ku ketawa bila berjenaka. Mungkin kecewa agaknya sampai majlis resepsiku pun dia tak datang" bisik hati kecil Zara.

Tersedar dia dari lamunan bila pintu bilik guru SMK Munsyi diketuk perlahan. Salam diberi dan seorang pelajar perempuan bertubuh kecil berkaca mata melangkah masuk lalu terus ke meja gurunya itu.


"Ya Fatin. Ada urusan apa jumpa cikgu?"


"Cikgu, saya ada sesuatu nak beri pada cikgu. Surat dan bungkusan ni untuk cikgu. Fazli yang kirim"

Belum sempat dia mahu bertanya dengan lebih lanjut, pelajar itu telah pun beredar dari mejanya. Sibuk barangkali. Terus saja surat itu dibuka.

Assalamualaikum.

Cikgu Zara yang dihormati selalu,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Guru. Tahniah juga atas anugerah-anugerah yang cikgu dapat masa sambutan Hari Guru tempoh hari. Kalau Cikgu nak tahu, saya dan rakan-rakan kelas lah yang pergi keliling sekolah arahkan semua junior undi cikgu.hehe.

 Senyum. "Ada-ada saja ideanya buatku senyum pelajarku ni."
Ok. Serius. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu yang sentiasa  beri saya keyakinan walaupun ramai guru lain yang sudah putus asa bila lihat keputusan ujian saya yang teruk sejak dari awal tahun. Terima kasih cikgu.

Semasa guru lain sibuk mahu pulang awal selepas sesi persekolahan, cikgu teruskan juga mengajar kami yang lemah dalam mata pelajaran Sains ini sehingga kami dapat peroleh dalam peperiksaan pertengahan tahun hari itu, memberi peringatan (tazkirah) di setiap permulaan kelas dan juga mendenda kami bila kami lalai Terima kasih sekali lagi.

Dan sebenarnya lagi, bila saja kawan-kawan dari kelas lain rasa cemburu lihat keputusan pelajaran saya yang naik mendadak dan berkata 'Kalaulah cikgu zara cikgu aku' , saya berasa sangat bersyukur dengan ketentuan ilahi dalam kehidupan yang singkat ini, yang menjadikan cikgu zara, cikgu saya. Takkan sama cikgu dan cikgu-cikgu lain.

Masih ingat kata-kata cikgu "Fazli, If you don't change now, you're going to regret it for the rest of your life". Saya lebih suka berfikir 'Kalaulah cikgu zara bukan cikgu saya', sebab kalau begitu, saya takkan dapat berubah sampai jadi begini, Allah beri petunjuk kepada saya melalui cikgu. Terima kasih tak terhingga.

Akhir kata, maaf juga sebab tak dapat hadir di hari bahagia cikgu atas sebab-sebab tertentu dan semoga cikgu dapat melahirkan anak yang soleh solehah. Saya akan tetap sayang dan kenang jasa cikgu sampai bila-bila. Maaf atas segalanya dan izinkan saya pergi dulu. Fazli S

Bungkusan berbalut kertas warna-warni itu dibuka dengan penuh berhati-hati. Berdebar.

Credit Here

"ah, Tulip merah jambu itu". Tersenyum zara membaca kad yang dilekatkan di tulip itu, "Terima kasih atas manisan, semoga Allah lindungi cikgu selalu"

Terus saja Zara ke kelas tingkatan 4 sastera untuk mengucapkan terima kasih pada Fazli. Rasa pelik bila kelas itu sepi walaupun semua pelajar masih ada dalam kelas itu.

"Faridzul, mana Fazli?" 

"Maaf tak beritahu cikgu sebab Fazli suruh rahsiakan sampai cikgu selamat pulang dari bulan madu."

"apa?"

"Dia telah pergi cikgu, seminggu yang lalu kerana penyakit asthma nya"


nota 1: Post ini untuk Contest Lord Zara. Tema: Kalau Cikgu Zara Cikgu saya. Sila klik di gambar di bawah untuk join. Maaf kalau lari tajuk. =)

This is to show my support to my fellow blogger friend. If you take a look at this blog's sidebar, Top Friendly blogger, you'll notice that she had topped the list. Thank you Cikgu. =)



nota 2: Dah lama tinggalkan BM dalam penulisan? Baca blog beliau insyaAllah boleh improve BM kamu. (^_^).

nota 3: To Zara, apa-apa yang direka itu sebagai doa untuk kamu terus tabah menjadi seorang Guru. Banyak pahala tu dan niat tu penting. Akan datang masanya bila pelajar-pelajar mu telah berjaya, mereka akan balas jasa kamu.

nota 4: (sebagai info tambahan)

Dalam drama jepun, banyak contoh guru-guru yang dapat sentuh hati murid-murid walau teruk mana murid tu sekalipun sampai mereka boleh berjaya dalam hidup. Antaranya Yankumi dari Gokusen, Gonta dari Gachibaka, Sakuragi Kenji dari Dragon Zakura, Kitashiro Naoko dari Seito Shokun dan yang ramai orang tahu, Onizuka dari GTO (drama bkan yang komik ye). 

Rasanya drama Producer kat Malaysia kena buat cerita-cerita berunsurkan membina minat dan semangat untuk sesuatu profession (i.e: Guru, Polis dsb). Tak akan adalah suara-suara sumbang yang mencemuh profession guru bila tahu yang kerja Guru juga ada susah payahnya.

Comments

32 Responses to "Tulip merah jambu ini untuk Cikgu Zara"
  1. joegrimjow like thissss
    hakhak;)

  2. wah..karangan bm mantop gitu! :D

  3. msia buat jugak.. tapi nanti macam jadi citer CIKGU FARHANA masa hari guru taun lepas kot. CET! bagi rosak nama FARHANA saje.

  4. aiseh bro..
    link ntk dragon zakura ko lari aa..
    sila copy paste yang nih..
    http://wiki.d-addicts.com/Dragon_Zakura

    huhu, sakuragi kenji mentor ak dowh~ ak bakal ikut nasihat dia bulan 7 nih~ nantikan entry full di blog ak~

  5. Mula2 saya tak faham apa yg nak kamu sampaikan munsyi.baca dua kali betul2 baru paham.haha...

    ohw,contest rupenyer.Chaiyo' untuk Lord Zara~

    Kakak sulung saya seorang cikgu.Tugas cikgu takder penghujungnya.Kat sekolah mengajar.Kat rumah tanda buku macam kerani pulak.Jadi cikgu memang mencabar.

    Reaally appreciate it~

  6. died of asthma? was he not taking any meds?

  7. owh..contest upenyer..eheheh...untuk Cikgu zara..salu nmpk uols kt twitter..heheh

  8. gravatar aQeeLah says: [Reply to comment]

    yosh,nape mesti dia meninggal sbb athma :(

  9. waaa..masuk contest ye..besh3...akak pnh tgk gokusen..bgs sgt,leh kasi semangat sama diriku ini...huhuhuhu...

  10. Salam.

    Shu'bah.

    Terima kasih sebab sertai pertandingan ini ya. InsyaALLAH, Zara akan review lebih mendalam lagi nanti.

    Terima kasih sekali lagi.

    =)

  11. Dah tukar gambar pompuan lain ;)

  12. kamu mmg pandai bercerita ek..
    kecik2 mesti byk mulut..gurau2 aja k..

    goodluck

  13. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    shubah....best jgk crite ni...ada pluang utk menang contest..kalo lah cik gu Badar tua adalah cik gu ku...how I wish kalo shubah tulis mcm tu...hehe..anyway congrat...

  14. @neyra, @joe
    thanks :P


    @cik Nana
    mantap la sgt.huhu


    @hikari neechan
    ade wat ke?tp xberi impak sgt kot cam dorama. xpenah dgr cite tu.haha


    @kyo
    dah tukar. thanks. Can't wait for your post bout Sakuragi kenji~

  15. @Fatin
    Betul. Ni utk cikgu2 semua jugak. Satu hari nnti akan ade anak murid yg ingat cikgu walaupun cikgu tu dh tak ingat anak murid die. =)


    @mhuno
    he did. But unfortunately the story needs a sad ending. =)


    @eiyda
    a'a. nampak je xtegur. hehe


    @Aqeelah
    like i said, I dont know how to end the story. Dah sampai ajal die kot. =(


    @Kak ZF
    a'a. mmg bg semangat ek. trase nk jd cikgu je lpas tu.


    @Naz
    not as good as u though. hehe


    @Zara
    wassalam. Thanks zara. glad u like the post.

  16. @Fatin lagi~ hehe
    a'a. atas sebab2 tertentu tpakse tukar. =)


    @amirah
    Kecik2 pendiam. idea tu ade la.haha


    @umi
    buat la contest br leh nk tulis cmtu. Kan dah tulis dlm post 'Ummi, my very first teacher' =)

  17. bagus gak idea kau tu..kena ada drama yang menunjukkan sumbangan cikgu2..gerak khas walaupun bosan tapi sedikit sebanyk tunjuk sumbangan polis, kan?

    Latest Entri : Komen Puaka

  18. Gerak khas ok tp lame2 isu same.huhu. kena bg lebih thrill cm csi ke. =)

  19. jadi guru kerja yg termulia.yg penting kene cukup tabah nak jd seorang guru :D

  20. yup. tu respect org yg keje cikgu, My mother, my sister in laws, and cikgu zara

  21. i like SMK Munsyi bit best! haha.

    good story atok..touching as well..huhu..T.T

  22. @Obachan
    My mother is teaching at SMK munshi. :)
    thanks for reading ya.


    @Chekgumos
    thanks. come again ek.

  23. i just knew zara not long ago, n she's so friendly... :) n die dh pau aku t-shirt sydney once aku blik malaysia hujung thun!!!! hahaha. cheers~


    regards from sydney,
    izulman :D

  24. haha.Die memang friendly. That's why people like her. :)

    thanks for visiting here man. :)

  25. @MuNsYi SaMa: haha no worries. ubat penat uni so jln2x la crik kawan baru. aku nak jadi 'friendly' mcm zara gk~ hahaha. :)

  26. @izul: Good for you. :) FYI, Cerita ni menang contest zara..tp dpt consolation prize je. hehe

  27. sugoku kandou shimashita!! hehehe

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics