Sedih ke bila ditinggalkan?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Merujuk kepada tajuk diatas, ditinggalkan yang saya maksudkan di sini adalah Mati, Meninggal Dunia, Mangkat dan sewaktu dengannya Semua membawa maksud yang sama, iaitu bila ruh dicabut dari jasad oleh malaikat maut.

Mungkin ada yang pernah baca pasal berita kematian dalam penulisan saya sebelum ini. Ya, saya pernah kehilangan ahli keluarga, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan guru-guru. Sepanjang tahun lepas dan tahun 2010 ni, berita inilah yang paling banyak saya terima. Sampaikan setiap kali bila bangun waktu pagi dan lihat di handphone tertera "1 new message", rasa sangat takut nak buka dan baca message itu.

Saya yakin anda juga pernah alami episod sedih ini dalam hidup. Dan saya selalu pesan pada diri yang selalu alpa ni yang ia adalah benda yang pasti. Mati itu pasti. Tapi jarang sekali orang bercakap tentang kematian. Kenapa agaknya? Sampai ada yang berkata 'tak baik' bercakp tentang kematian. Padahal mengingati mati itu yang dituntut dalam Islam supaya kita lebih dekat dengan Allah.

Sedih

Bila mendengar berita mengenai Mavi Marmara diserang Israel, rata-rata orang bercakap pasal 12 + 6 aktivis-aktivis dari Malaysia yang selamat. Tapi 9 orang yang meninggal? Bagaimana nasib anak-anak mereka? ibu ayah mereka? Tentu sangat sedih. Dan bila saya terbaca update ini di twitter semalam "I hate deaths. It pains me so much to see everyone in pain", sejujurnya saya setuju dengan ayat ini, walaupun tahu yang Mati itu adalah takdir Ilahi.

Mati Memisahkan Nikmat Hidup

Oleh sebab itulah kita digalakkan mengingati mati selalu (bukan berputus asa dalam hidup dan mmbuat keputusan untuk mati). Kerana bila sentiasa berfikir yang kita akan mati bila-bila masa saja, hati tu akan takut membuat dosa, takut-takut Allah akan tarik nyawa kita semasa melakukannya. Nauzubillah.

Mengingati Mati dalam Penulisan

Ramai antara kita yang suka menangguh kerja, saya tak terkecuali. 

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” ~Pablo Picasso via Sinar Islami

Dalam aspek berblogging, perkara yang perlu dititikberatkan adalah penulisan kita. Andai kata nyawa ditarik dan blog kita hanya dipenuhi dengan penulisan tentang hiburan dan kisah-kisah cinta semata-mata tanpa ada satu pun ilmu yang boleh diambil manfaatnya, rasanya orang akan kenang ilmu yang kita kongsi ke? atau mengenang cerita kita sehari dua sebelum dilupakan selepas itu?

Penulisan Ustazah Maznah dalam blog beliau,

   " Tiada seorang penulis pun kecuali akan pergi akhirnya,
    Yang kekal adalah apa yang telah dikarang dan ditulisnya,
    Justeru, jangan engkau tulis dengan jari jemarimu,
    Kecuali sesuatu yang membahagiakanmu ketika engkau bertemu Tuhanmu."

Konklusi

Seorang hukamak berkata "Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran". Supaya kita dalam keadaan sentiasa bersedia tatkala ajal datang menyapa dengan amal ibadah kita, bukan hanya dalam ibadah khusus seperti solat, puasa dan sebagainya, tapi dalam kehidupan seharian kita.

Masih ingat quote ini dari Cikgu Azmi, guru sekolah saya, apabila baru saja Allahyarhamhu Ammar Zulkifli meninggalkan kita.

"Mungkin persoalannya...berapa lama kehilangan beliau akan memberi kesan kepada hati-hati kita? Jawapannya setakat mana kita mengaitkan semua ini dengan keimanan. Apa saja yang dikaitkan dengan keimanan maka ianya akan kekal lama tetapi jika kita sekadar menghubungkannya dengan persahabatan dan hubungan duniawi yang lain maka sentuhan itu hanya kan terasa seketika sahaja. 

Tidak lebih dari sisa-sisa makanan yang terjatuh dari meja kehidupan (sepertimana yang pernah digambarkan oleh Syed Qutb dalam bicaranya tentang kematian). Segala kesedihan akan hilang dan segala kenangannya akan pudar warna. Tetapi jika kita hubungkannya dengan keimanan, takdir dan iradah Allah SWT maka berbagai persoalan akan bermain difikiran kita hingga bertambahnya keyakinan kepada janji-janji dan ancaman-ancaman Allah SWT."

Jadi, sama-samalah kita saling ingat memperingati ke arah kebaikan, biarpun hanya sedikit di akhir setiap penulisan kita di blog, dan membuat yang terbaik dalam setiap kerja yang dilakukan. Dan yang paling penting, kita bersedia dengan amalan dan taqwa kita untuk bertemu denganNya. Semoga semua beroleh pengakhiran yang baik (husnul khatimah). ameen..Wallahua'lam.

nota: Andai saya pergi dahulu, bolehkah ana kongsikan cerita saya yang tak seberapa ini dengan yang lain dan doakan saya? Terima Kasih...

nota2: Sepupu adik susuan saya meniggal dunia minggu lepas. Kata ummi, orang yang soleh /solehah selalunya akan diambil Allah dahulu. Semoga Ruhnya dicucuri rahmat Allah sentiasa. Takziah kepada Ahli keluarga arwah.

Semoga ketemu lagi, Assalamualaikum.

Comments

19 Responses to "Sedih ke bila ditinggalkan?"
  1. pernah jugak rasa kehilangan disebabkan kematian.. dua tiga hari rasa macam mimpi, sukar nak percaya tapi alhamdulillah, masih sedar yg mati itu pasti..

  2. aku ingatkan psl kisah ditinggalkan kekasih, baru ingt nak kongsi pengalaman..huhu

    -----------------------------
    makin berumur, makin matangkah?

  3. a good reminder..

    jazakallah.

  4. pergh.. "dalam" btol entri nih~
    thank you for sharing!

  5. Suka kamu menulis dalam BM...bahasa bm kamu lebih dekat di hati saya. (pendapat saya~)

    Terima kasih mengingatkan.Tersentuh~

    Mati SANGAT pasti.

  6. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    Alhmdulillah...mmg mengingati mati adalah sunat...namun we can ask ourself stkt mana our preparation....totally none...ada tika nya kita kna open minda kita bhw apa yg nak kita lakukan mesti didahulukan dgn niat dan ikhlas krn Allah....nak tarik hati org pd kita ...kita nak kna hampiri mrk...slg mana ia tdk membawa satu yg x syara'..apa pun jzlallah ats penulisan ank ku...mati itu adalah pasti...dan ia tetap akn jemput kita any time...so be ready..wallahualam...

  7. salam, post yg menusuk jiwa..betul2..kematian itu cukup sudah memberi pengajaran..pernah gak kehilangan org yg tersyg..x dinafikan mmg pedih rasanya tp insyaAllah dgn izin Allah yg Maha Penyayang blh bertemu lagi..moga2 kita semua meninggal dlm iman dan diredahi allah s.w.t amin...

  8. Kematian satu berita yang sukar untuk ditelan, tapi sangat bermakna apabila dicerna..
    Kematian insan bisa menghidupkan hati yang dahulunya mati..
    Allah Allah, besar sungguh bayarannya...

  9. dan aku dah jumpa kematian terlampau banyak~

    sampai satu ketika, aku memang dah tak menangis bila ada kematian~

  10. rasa ditinggalkan org yg hidup pon sedey gile...

    ditinggalkan kerana kematian....msti lagi sakit...

  11. @liyana
    harap dapat bersabar dan tabah. Saya belum pernah diuji kenalan yg terdekat. Minta jauhkan sbb sy lagi lemah. =(


    @x-po
    kalau ditinggalkan org tsayang dr dunia ni, xde pengalaman ke? sbg ingatan bersama =)


    @bhah
    thanks for reading. ^^


    @kyo
    sbg ingatan bersama, kdg2 selalu alpa. same2.


    @fatin
    ini selepas beberapa hari ditulis dan diedit. susah sungguh. same2. Betul. Mati itu sgt pasti.

  12. @umi
    Betul.kena slalu jaga hati jugak kalau x kita yng akan berubah hati bila nk rapat dgn org lain. thanks umi. =)


    @annafisha
    insyaAllah..moga same2 dpt bersedia. ameen.


    @sinar
    "Kematian insan bisa menghidupkan hati yang dahulunya mati.."

    semoga kita dpt hidupkn hati2 yg telah mati dan alpa ni.


    @zara
    bkan hanya menangis bila sedih orang meninggal, tp didik hati utk ingat mati dan takut hny amalan kita yg kurg ini sbg bekalan bjumpa dgn Allah. wallahua'lam


    @aina
    sabarlah..ujian Allah semua tu.

  13. thanks for sharing. kadang2 kite sibuk sampai lupe dunia ni sementara je

  14. same2. betul. kena saling ingat mengingati agar tak selalu terleka.

  15. terharu dan terkelu...penulis akan mati,namun tulisannya takkan mati..:)

  16. betul.sama2 saling ingat mmperingati.

  17. tak pernah rasa "ditinggalkan" lagi, tapi memang rasa takut and tak tahu nak buat apa kalau bakal kena suatu hari nanti :(

  18. @muchang: memang akan sedih. malah akan rasa down sgt2 bile org yg tinggalkan tu rapat sgt. but life must go on.

    Saya suka mengulang kata2 Cikgu Azmi spt yg tertulis didalam post ni. "Selama mana kita kaitkan dgn keimanan.."

  19. Salam..

    skadar brkongsi.

    ayah teman baik meninggal dunia. (lebih 3 tahun lepas)
    ibu teman baik yg lain meninggal dunia.(lebih setahun lepas)

    kedua2 kematian,saya hadiri pengkebumian arwah. dari dikapankan, sehingga ke liang lahad.

    perasaan takut berhari2 menyelubungi. dan sangat meginsafkan.

    sntiasa terfikir,bagaimanakah keadaan kita selepas ditimbus tanah, dan di tinggalkan oleh ahli keluarga selepas tamat talkin dan segala urusan.


    kita berseorangan di dalam kubur. dan disoal.

    situasi dalam kubur sentiasa terbayang2 dalam fikiran...



    sememangnya mati itu pengajaran terbaik. jika dapat melihat dengan mata hati...

    wallahualam..


    jazakallah kerana berkongsi. insyaAllah. ilmu yg baik, yg dikongsi akan menemani hati2 yang mambaca sampai bila2.

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics