Sihat, Sakit dan Meninggal dunia..

Assalamualaikum

Terima dua berita sedih yang menyebabkan saya kurang senang sejak hari ahad malam.

Berita Sedih mengenai Sakit

Kawan di tempat kerja jatuh di tandas lepas alami pening kepala dan demam yang teruk. Bila bawa ke klinik, doktor suspek dia menghidapi appendiks dan perlu dirujuk ke hospital terdekat untuk pembedahan kecemasan. 

Saya sampai di hospital waktu melawat pukul 1 petang semalam dan dapat lihat mukanya yang tidak bermaya. Sedih dan risau. Jujur saya cakap, saya tak boleh tengok orang sekeliling yang menderita, lebih-lebih lagi orang yang saya kenal.

Alhamdulillah, pembedahan selesai sekitar jam 4 dan dia semakin pulih insyaAllah. Doakan agar kamu cepat sembuh. 




Berita Sedih mengenai Meninggal Dunia

"Munsyi, tahu pasal Cikgu Ya meninggal di Jeddah? Sesak nafas rasanya"

Terus saja rasa pedih hati itu kembali. sebak. Cikgu yang mengajar saya matapelajaran EST itu telah meninggal dunia di Jeddah akibat sesak nafas, asthma barangkali. Mohon doa kalian dan bacaan Al-fatihah.

Berita ini juga untuk pelajar-pelajarnya yang berada di luar negara. Harap kalian sabar dan tenang serta mendoakan kesejahteraannya di alam yang lain. Dan kepada keluarga cikgu Ya, harap kalian dapat tabah. Allah lebih sayang orang yang beriman. Doa anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanfaat itu  InsyaAllah dapat bantu Allahyarhamhu di sana.


 ***********************

Rasulullah berpesan kepada kita yang 5 perkara haruslah di capai sebelum 5 perkara lain tiba. Lapang sebelum sempit. Kaya sebelum miskin. Tua sebelum muda. Sihat sebelum Sakit. Hidup sebelum Mati. Semoga yang hidup dan sihat walafiat dapat ambil iktibar dari episod sedih dalam hidup mereka ini. Kerana kalau berada di tempat itu, menagis dan sesal tak berguna lagi.


note: Sudah tengok video menarik ini? Kalau belum, dipersilakan.

note2: Menulis entri pendek di pagi hari dalam BM. Ada pembaca yang kata penulisan saya dalam BM di entri tentang sedih lebih dekat dengan hatinya. Terima kasih tak terhingga dan saya akan cuba sedaya upaya menulis dalam BM yang baik.

Comments

15 Responses to "Sihat, Sakit dan Meninggal dunia.."
  1. My condolence.

    Life is unpredictable. Treat people around us good before too late:)

    And be happy in life:)

  2. Shu'bah.

    1. Innalillah.Drpd Allah kita dtg,kpd Allah kita kembali.Sy dan kamu juga akan menyusul arwah dan lain2 satu hari nanti.Jadi,semoga kita sentiasa mempersiapkan diri.

    2. Hati yg diuji selalulnya akan lebih dekat dengan Tuhan. Tahniah atas ujian n semoga kamu sentiasa kuat and tabah.

    3.Takziah untuk kawan kamu. Cemburu dengannya kerana diuji begitu.Tanda Tuhan sygkan dia.

    P/S: Terima kasih untuk perenggan yg terakhir.Semakin dekat di hati. Berusaha!

  3. Takziah di atas pemergian mereka. Al-Fatihah!

  4. syafakallah/syafakillah to ur fren tu..
    hmmm..
    teringat kata2 ingat 5 perkara sume datangnya 5 perkara tu..
    semoga kamu baek2 aje cik munsyi..

  5. nak sharing,

    waktu awal-awal,saya belajar anatomi,
    adalah berpeluang tengok mayat awet.
    dalam pada masa tu, naik segala bulu roma. apa yang saya takutkan? hantu?

    bukan, tapi betul2 mengingatkan saya tentang kehidupan selepas mati. Macam manakah keadaan saya bila mati? Eksiden? Terbakar? Sakit? Adakah yang menuntut? Ada kuburkah?

    Lepas saya mati, bagaimana keluarga? Sedihkah? Saya terbayang mereka mengemas baju2 saya, barang2 saya. Bila mak/ayah mengemas, terjumpa gambar lama, dipeluk cium baju-baju, alangkah sedihnya mereka. Lepas tu twist pulak, kalau mereka yang pergi, bagaimanakah saya?

    Setakat ini Allah belum mengizinkan saya menyaksikan sakarat, walaupun peluang cukup banyak, belajar di hospital, jaga tok di ward..

    apaun doakanlah, ekmatian kita adalah sesuatu yang baik, dan dalam keadaan baik..

    Moga amalan kita disambung, insyaAllah macam ilmu para guru yang terus mengalir dari satu zaman ke zaman yang lain..
    mmaf terpanjang, la tahzan ya munsyi. :)

  6. i slalu berfikir jauh......
    berfikir, berfikir, berfikir... terbayang bnda2 yg bakal berlaku...
    n slalunya bila dah terlampau jauh berfikir i akan berfikir tentang kematian. macamana nyawa dicabut.. bila masa i akan mati.. sakitnya bagaimana.. keadaan di kubur.. n bnda ni buat i takut...

  7. hikmah disebalik berita ni buat kita terfikir dan bersyukur atas nikmat sehat yang dikurniakan.

  8. INGAT 5 Sebelum 5...mmg slalu diri ini lupa dan leka dalam mengingati Allah...dengan hadirnya teman2 yg soleh spt Munsyi,moga dpt bantu dlm m'ingati Allah...InsyaAllah..=)

  9. @jane
    true. same2 ingat mengingati.


    @J
    Yup. and always be ready to lose someone or something u love. thanks for the comment.


    @fatin
    1.InsyaAllah. sentiasa bersedia sebaik mungkin.

    2.betul. walaupun diuji dgn perasaan sedih ni, tetap kna tabah.

    3.She's getting better thanks to your pray.

    I'll try my best. Terima kasih byk2 fatin.:)


    @Cik Nass, zara
    Al-fatihah. Tq

  10. @cik nana
    Dia semakin sihat. Thanks for the doa. Baik, Alhamdulillah. Syukran.


    @kyo
    innalillah. Alfatihah.


    @nadz
    Thanks for sharing ur story. Kawan sy yg ambil medik pon ckp byk sgt tgk kematian takut hati dh lali dgn mati. Semoga kite semua dpt husnul khatimah. insyaAllah.

    xpe panjang. best. :)


    @aina
    sbb tu kna slalu bsedia. we never know when is our time. Semoga kite dpt pengakiran yg baik, dlm keadaan beramal soleh. insyaAllah. :)


    @amirah
    betul. dan juga nikmat hidup. :)


    @usop
    tilawatul quran wa zikrul maut. teman yg soleh spt nta juga. moga saling takmil wa istikmal. :)

  11. thanx 4 da reminder...sgt m'bantu buat diri2 yg sedang lagha...bila lg dpt jmpa shu'bah ni...=)

  12. nnati kite buat reunion ye..hehe (bape kali dah ulang benda ni..huhu)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics