Duri dan Mawar Ch3

Sambungan dari 'Duri dan Mawar': [Ch1] [Ch2] 

Jangan mudah memberi harapan. Kalau bukan dia yang terluka, kamu yang akan terluka.

"Jangan bagi harapan pada perempuan munsyi. Takut kamu tak dapat sempurnakan janji itu".

"Bergurau je la ayah. Nak bagi anak orang makan apa kalau tak habis belajar lagi."

Masih jelas di ingatan nasihat ayah pabila ku bergurau mahu berkahwin awal sepertinya. Ya. Ayah dan Ibu kahwin awal. Seawal 23 tahun. Dan aku faham betapa payahnya membesarkan anak-anak dalam pada masa yang sama menghabiskan belajar. Kerana itulah aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah dikurniakan Ayah dan ibu seperti mereka.

Aku turut nasihat ayah. Berusaha genggam segulung ijazah sebelumku beri harapan pada dia, atau kepada sesiapapun, InsyaAllah.

***************

"Cinta mengatasi segalanya. Ia akan buat kau lebih bersemangat untuk belajar."

Ayat ini lah yang diulang rakan Uni ku bila aku menolak mentah-mentah cinta seorang gadis.

"Dia selalu tengok kau dalam kelas. Barangkali dia suka kau. Apa lagi Munsyi? Dia tak cukup cantik ke? hehe" kata Adie sambil tersengih.


"Ya. Dia cantik. Tapi aku tak perlukan cinta buat masa ini. Perlu tumpu sepenuhnya pada pembelajaran. Final year dah kot. hehe"

"Kau dari dulu begitu. Si Fatah dan Sharifah tu sedang hangat bercinta, tapi boleh saja study sama-sama. Dapat anugerah dekan sama-sama."


"Tapi cinta mereka belum pasti sampai ke jinjang pelamin. Dan kau pun pernah merasai perasaan putus cinta kan. Aku tak ada masa untuk itu."


"Okay. Aku faham Syin. Aku faham", kata Adie, mengelak dari mengenang kisah lalu.

"Kan lebih elok mencari cintaNya melalui cintanya. Redha Allah dalam melayari cinta yang halal untukku. Harap kau pun begitu."

Dan kerana ini juga, tekadku semakin bulat untuk meminang dia sesudah habis belajar, dengan izin Allah.

*******************

Lamunan ku terhenti tatkala Jefri datang menyapa aku dan Yusman.

"eh, kau pun ada Munsyi. Kenapa tak beritahu mahu datang? Boleh datang sekali dengan rombongan tadi".


"Aku tergesa-gesa tadi. Hmm. Segak semacam kau harini Jef. Macam pengantin"

"Terima kasih bro. Tak kan nak selekeh di hari bahagia ni."

"Ha?"


"Er, kau datang sebab majlis ni kan? Tahu kan yang Mariani sudah selamat berkahwin?"

************************

Assalamualaikum.

nota: Tiba-tiba cerita makin panjang. Tapi akan habis next chapter. Jangan risau.
nota2: Menulis sebelum ke tempat praktikal. Hari ini last day of my industrial training. Alhamdulillah.

nota3: Lepas ni report pula menunggu. =(

nota4: eh, watak dalam cerita ini hanya rekaan, tapi ada kaitan dengan yang hidup atau mati.

nota5: Mahu ke tempat kerja, mahu salam-salam, mahu ambil gambar. Mungkin akan tulis pasal practical training nanti. Mungkin. InsyaAllah.
nota6: Ini cerpen (cerita pendek) bila di combine semua chapters, bukan cerkon (cerita kontot). (^_^)



Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi memberi komen. Akan dibalas sesudah balik kerja. InsyaAllah.


All the blue coloured words are links to another related posts. Feel free to click. \(^_^)/

Find Munsyi's Blogs on Facebook 
Duri dan Mawar [Ch1] , [Ch2] 

Comments

15 Responses to "Duri dan Mawar Ch3"
  1. laaaa. dah berkahwin pulak mariani tuh..

  2. oh oh cerita kurang menarik apabila hero kelihatann kehilangan senjata

  3. Buat elok2 untuk report. :)

    P/S: Dah agak dah mariani kahwin dgn org lain.Hampa jer baca.

  4. cerita makin menarik..
    cerita betul kah?

  5. huhu.. cinta dalam Islam adalah cinta yg termeterai dalam perkahwinan.. gud luck bro~

  6. Oh, mereka kahwin usia 23?
    Muda.
    Abah dan Bonda pada usia 25 tahun, usai habis belajar (stories lies behind tak pernah tahu sebab tak pernah tanya, and I won't dig it)

    =)

    Oho, Mariani dah kahwin?
    Interesting. ^__^

    Note 1 : Ya ke? Mana boleh. =(

    Note 2 : Good luck and take care!

    Note 3 : Gambatte neh!

    Note 4 : Obviously ada kaitan~ he3 =p

    Note 5 : Kongsilah pengalaman itu. mungkin boleh jadi bahan cerita buat anak2 murid nanti. mungkin juga, insyaALLAH.

    Note 6 : agak terasa di situ ya~ =(

  7. adakah mariani yang sama atau ada mariani lain? hemmm..

    hehe..cerkon? bru 1st time dgr..

  8. slagi ada pluang kat U tu sebat je.kenal hati budi dan agak2 dia ok teruskan..sbb ramai je kawan2 sy yg dah lepas U susah nak cari jodoh..tempat kerja pon tak bnyk pilihan gadis2..kat tempat lain kat mane lagi nak cari kalo dah bz ngn keja..tp kalo nak harapkan mak ayah carikan.cantek gak tu..ahaks..

  9. betul ke mariani dh kawin...alahai...huhuhu

  10. wah...nice story, baru terbaca tadi..tp start ch3,pastu ch1, ch2..haha..teruskan2..neechan menanti chapter seterusnya..=)

  11. cerkon makin berjaya mnarik minat ramai pembaca...teruskan b'karya wahai munsyi...hehe...
    *suka la watak yusman 2...haha

  12. ala kahwin dah ke dia...
    awal2 dah agak..tapi tak tau la kan..
    kena tgu ending cerita ni dulu..
    masih ada unsur suspen kah? =)

    btw...tertarik dengan kata2...

    "Kan lebih elok mencari cintaNya melalui cintanya. Redha Allah dalam melayari cinta yang halal untukku. Harap kau pun begitu."

  13. penggunaan kata yang minimalis .dan tepat.watak hanya rekaan ..tapi ada kaintan dengan semua orang..nicee!!

    Perhitungan Si Kacak dan Wanita Gorjes

  14. Mantap!ni cerita betul ke rekaan>sbb saya baru 1st time singgah blog ni,so sy taktaw banyak..

    Latest post:Masalah wanita dan Facebook

  15. Singgah sana singgah sini, tulisan kuroro bagus sekali

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics