Duri dan Mawar Final Chapter

Sambungan dari 'Duri dan Mawar' : [Ch1] [Ch2] [Ch3]

Buang jauh-jauh perasaan yang sementara ini, sabar dan tunggu saja cinta yang abadi sampai ke syurga.


"Mariani dah berkahwin? Bila?"

"Baru sebentar tadi. Aku dan Yusman datang bersama rombongan lelaki."

"Dengan siapa?"
"Dengan Muhammad. Senior kita di Maktab Tinggi dulu." sampuk Yusman pula.

"Er, kau rasa boleh aku jumpa dengan Mariani?"

"Dia ada dengan Muhammad di sana. Tengah layan tetamu agaknya. Boleh aku tahu kenapa kau nak jumpa dia? Barangkali kau masih ada perasaan pada dia?"

"Tidak. Saja mahu ucap tahniah."

dan senyumku pada hari itu telah bertukar tawar.

 ****************

"Bukan semua yang kita hendak kita akan dapat. Sebab Allah tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk kita"

Ayat inilah ayat pertama yang ku dengar dari nya semasa orientasi pelajar tingkatan satu MTRI. Pendek tapi padat, memetik dari Surah Al-baqarah ayat 216 sebagai ingatan kepada adik-adik yang masih belum kenal erti hidup di asrama.

Dan mungkin, hanya mungkin, ayat inilah yang bakal aku dengar harini, saat kaki melangkah ke khemah pengantin itu.

"Assalamualaikum, Abang Muhammad, Umie Mariani."

"Waalaikummussalam, eh, Munsyi Mukasyah kan? adik Amir. Terima kasih sebab datang" kata Abang Muhammad, yang juga rakan sekelas abangku.

"Ya. Adik Amir. Tahniah ye abang dan Umie. Selamat Pengantin Baru."

"Syukran. Dah makan? Jemput ayah dan ibu sekali. Abang mahu ke belakang sekejap nak beritahu nasi putih perlu ditambah lagi. Jemput. Duduk di meja tu."

"Baiklah. Er, tapi.." belum sempat ku habiskan ayat, Abang Muhammad sudah ke belakang walaupun dialah yang patut diraikan hari itu.

dan saat itu, suasana kenduri yang riuh rendah itu seakan-akan sunyi.

"Munsyi. Terima kasih ye sebab datang. Maaf tak hantar kad jemputan untuk kamu. Tapi saya dah beri kad pada Jefri suruh jemput semua Gen10."

"Tak apa. Yang penting semua dah selamat."

"dan Munsyi. Maaf ya."

"Kenapa pula?"

"Maaf kerana tak beritahu kamu dari awal yang saya akan berkahwin."

"Eh, tak apa. Bertunang kan perlu dirahsiakan dan hanya perlu dihebahkan bila ada orang lain yang merisik. Berkahwin yang perlu dihebahkan."

"Tapi..Saya minta maaf. Maaf sangat-sangat" dan kata-kata itulah yang terakhir dari dia seakan-akan tahu tujuan sebenar ku ke sini. 

Pedih hati datang kembali. Terus saja ku angguk dan beredar menuju ke kereta sewa yang diparkir di seberang jalan. Sedih bercampur marah dengan diri sendiri. Perasaan berbolak-balik.

Dan ketika sedang melintas jalan itu, kedengaran hon yang kuat dari sebelah kananku. Ku terus menoleh ke arah hon itu dan pandangan ku terus gelap. Hitam.

****************

Ku terjaga di atas katil kamarku di rumah. Tiada sesiapa di sisi. Terus mencapai telefon bimbit di tepi katil  untuk melihat waktu dan tarikh harini tapi ternampak mesej yang telah sedia terbuka.
Kakakku tanya, kau masih ada perasaan 
dengan Mariani? Kalau sudah tiada, 
ada lelaki yang mahu meminang dia - Jefri

"Oh. Mesej ini yang buat ku berfikir sangat dan tertidur tadi." getus hatiku.

Setelah berfikir sejenak, dengan berat hati ku menekan butang-butang huruf telefon itu.
Aku belum bersedia. Dan dia mungkin 
bukan untukku. Kalau yang mahu meminangnya 
lebih layak, lebih dalam pemahaman 
dan perlaksanaan Islam nya, 
I'll be more than happy to see her with him. 
Seriously. Thanks anyway.

Walaupun mimpi tadi mungkin akan menjadi realiti jika aku tidak segera bertindak, aku tetap percaya akan janji Allah untuk hambaNya ini.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(terjemahan Surah Al-baqarah ayat 216)

Kalau betul dia atau sesiapa saja jodohku di dunia ini, pasti akan ditemukan semula suatu hari nanti, dengan izin Allah.


***********
Assalamualaikum

nota: Pengakhiran cerita ini akan diceritakan sepenuhnya bila saya ataupun Mariani berkahwin kelak. Buat masa ini, cerpen ini telah tamat. Terima kasih kerana sudi baca dan komen.

nota2: Jefri assumes Mariani masih menunggu sebab dia tolak lamaran lelaki itu. Saya harap dia dapat jumpa yang lebih baik dari diri ini.

nota3: Agak panjang final chapter ini. Lepas ni akan menulis kembali dalam English. 

nota4: Suka ayat dari kenalan twitter, "fungsi saya dalam hidup kamu untuk tegur dan ditegur. Sama-sama kita berfungsi" Terima kasih kerana selalu ingatkan saya bila alpa.

nota5: Menyiapkan Laporan Latihan Industri. Takut terlambat hantar Puan supervisor marah pula.

nota6: Maaf dan Terima kasih sekali lagi.

Till then, Assalamualaikum


All the blue coloured words are links to another related posts. Feel free to click. \(^_^)/

Find Munsyi's Blog on Facebook

Duri dan Mawar [Ch1] , [Ch2] , [Ch3]

Comments

21 Responses to "Duri dan Mawar Final Chapter"
  1. waa.. ko memang berbakat tulis novel jiwang islamiyyah aa bro.. gud luck~

  2. salam.
    emmmm best best!!! suka :) tunggu ending macam mana. hehe

  3. =) salam ojisan~
    may Allah ease everything 4 u :)

  4. Betul. jika sudah jodoh, lari ke mana pun umie mariani atau dipinang 100 lelaki lain pun pasti tetap akan balik pada munsyi mukasyah.

    Juga, jika sudah namanya pun jodoh berusaha bagai nak rak mengejar seseorang itu pun kalau bukan dia jodoh kita, tak ada makna juga.

    1.Ending yang baik.
    2.Penulisan yg matang.
    3.Thanks.Semuanya kerana DIA :)

  5. tahniah.. cerita yg menarik :)lepas ni wat novel pulak ok

  6. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    cerpen yg byk unsur suspen...gaya penceritaan yg sederhana...mungkin bleh diperbaiki lg...

  7. kalau dh jodoh insyaAllah akan bersama. DIA dh merancang yg terbaik buat kita semua

  8. macam realiti rasanya...

    =) kena tgu ending yang entah bila akan muncul la nampaknya...
    tapi penulisan ini pun ada peringatan untuk kita semua..

    Syukran..

    Ya, jodoh, pertemuan dan perpisahan itu di tangan Allah. Namun itu bukan lampu merah untuk kita berputus asa dan berhenti usaha.

  9. First time drop by kot. Wow..! terkasima saya dengan bait-bait ayat yang humble dan masok dalam hati. MUngkin boleh disusun lebih rapi.

    Apa pun, suka baca..! hehe

  10. tahniah2..
    rajin menulis..
    lepas ni buat la novel ea..
    boleh gak sy beli & bace..
    heee..

    sgt suka ayat dr surah baqarah ayat 216..

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

  11. after reading the whole chapters, hurm, if this is your 1st time to write a "short story", well, quiet good..

    it's really a simple story..and I know you can do better in the future (I mean in writing a short story, if you really want to continue it :))

    gambatte!! hehe~

  12. I am waiting for the next chapter. tidak perlu follow kamu, sy sudah bookmarked kamu haha.~ itu lebih berkesan. [pssst. aku memang suka baca novel]

  13. tak sempat nak lepak dgn aku pun kan.

    dah nak balik minggu depan dah?

    T_T

  14. naa.best best. tak sabar nak baca next chapter tapi kena tunggu either one kahwin dulu.lambat lagi nampaknya T_T [ke tak lambat?]hehe

    neway,teruskan menulis.ada bakat ni :)

  15. cemna nak cakap, eh.
    ini kebimbangan saya.

    dalam tak mahu tu, hati ni tertarik jugak pada kaum adam. penat elak, sukanya tetap ada. cuma perasaan jangan dilayan.

    susah menjaga hati dan perasaan, betullah, di umur ini ujian terbesar itu perasaan sendiri. doa sajalah. moga Allah berikan yang terbaik walau siapapun dia

  16. finished reading. nice.. keep writing. and hopefully, we'll all have our happy ending, insyaALlah. with Allah's blessings and redha.

    may Allah bless

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics