10 Fakta atau Auta tentang Puasa yang anda patut tahu!

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga setiap amalan yang kita buat mendapat barakah di sisi Allah. Esok kita akan mula berpuasa, jadi persediaan fizikal, mental, hati dan yang paling penting ruh itu perlu untuk menerbitkan rasa dekat dengan Allah bila berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan ini, serta dapat istiqamah di bulan-bulan seterusnya.

Untuk entri pembuka tirai di Bulan Ramadhan Kareem ini, jom kita cek balik pengetahuan kita tentang ibadah puasa, samada ia adalah Fakta (syariat Islam, sumber Hadith dan Al-Quran) atau pun Auta (rekaan). Saya cuba ringkaskan supaya senang untuk dibuat rujukan nanti. Untuk tahu lebih lanjut, sila klik link yang disediakan.

Sebagai orang Islam, kita kena ingat, Islam itu mudah, kadang-kadang kita yang anggap ia susah. Allah syariatkan puasa bukan untuk menyusahkan hambaNya. Jadi, kaji dengan teliti sebelum anda ajar anak-anak anda tentang puasa.

"…Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga agar kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. " 
[Al-Baqarah: 185]


******************


1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.

Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. 

5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.

Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta: Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

9. Lafaz niat puasa.

Auta: Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

10. Tidur ketika sedang berpuasa.

Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

Pemberitahuan: Di copy dan diedit dari post asal untuk tujuan memudahkan pembacaan. Di post asal, terdapat huraian yang lebih lengkap. Sila rujuk post asal [ini]

******************
Rujukan:

1) Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa oleh Hafiz Firdaus Abdullah. Rujukan bagi poin no. 1 hingga no. 4. Edisi ebook boleh layari http://www.hafizfirdaus.com/ebook/RisalahPuasa/new/index.htm

2) Artikel Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang Berpuasa oleh Nawawi Subandi. Rujukan bagi poin no. 5 hingga no. 8. Rujuk http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/08/119-tidak-mengapa-dilakukan-oleh-mereka.html

3) Forum al-Fikrah.net – posting yang dilakukan oleh Dr Muhammad Fathi Ali. Rujukan bagi poin no. 9 dan no. 10. Sila rujuk http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=6849/highlight=ramadhan.html



Penting!!

Fadhilat Tarawikh yang selalu kita biasa dengar untuk setiap malam adalah berdasarkan Hadis PALSU. Rujukan [link]
  
*************

Sekadar berkongsi ilmu yang sempat saya baca dan fahami. Kalau ada yang tersilap, sila rujuk post asal bagi mendapat kefahaman yang lebih lagi.

Marhaban ya Ramadhan. Semoga dapat digunakan masa dan waktu dengan sepenuhnya untuk beramal dan mencari momentum untuk beramal seterusnya. Salam Ramadhan Kareem dari saya.


Assalamualaikum. 


note: mungkin akan pulang berpuasa di rumah, Melaka, hujung minggu ini. InsyaAllah.
note2: Test ICE esok! 

p/s: Selamat berpuasa kepada semua~ :)

Comments

28 Responses to "10 Fakta atau Auta tentang Puasa yang anda patut tahu!"
  1. Selamat berpuasa Shu'bah.

    :)

    Thanks sebab berkongsi. Selalu sangat orang percaya dengan mitos2~

  2. moga terjawap segala kekeliruan. terima kasih :)

  3. nice info.. bukak pose ngan korek idung boleh???hehe

  4. selamat berpuasa dengan fakta nya:)

  5. Usaha yang bermanfaaat dlm memberikan kesedaran pd pembaca dan masyarakat.Terungkai salah faham.Syukran. :)

  6. "Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi."

    hehe, that was funny...
    nice entry bro..
    really nice...
    very informative and helpful...

    salam ramadhan..

    may Allah bless us...

  7. selamat berpuasa..
    thanx sebab kongsi benda2 auta tuh..
    err, rutab tuh ape ek??

  8. mandi tu jangan terlalu kerap sudah
    ;)

  9. thanx for d info!!!
    bertmbh ilmu aku yg serba kekurangan ini.. hehe

  10. sangat banyak ilmu kat sini..hu3

    dulu time kecik2 selalu ingatkan korek idung batal..hu3..tapi sekarang dah lama tahu..ingat balik :)

  11. selamat berpuasa jugak. ;)

    kirenyer korek idong n telinga xbatal la pose kan?dr dulu ingat mende tu batal pose ouh.

  12. thanks for the info, especially bab fadhilat solat terawih tuu.. slmt bersahur dan berpuase~~ ss ada keberkatan dlm bersahur~~ ^^

  13. Happy Wednesday! :) How was your taraweeh malam semalam?

  14. Ramadhan Kareem..
    Selamat berpuasa =)

  15. Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

  16. nice!salam 1 ramadhan!wooot3 o_O

  17. info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan

  18. thanx for sharing..
    slmt berpuase kepada kamu..
    :)

  19. salam
    rina sedikit keliru...

    rina baca disini

    http://istiqomah-anak2ku.blogspot.com/2010/08/khutbah-rasulullah-saw-menyambut.html

    dalam khutbah Rasulullah sendiri menyebut, tidur orang puasa itu ibadat. dan rina juga pernah mendengar Iqbal cakap...

    yang mane yang betul ye?

    pls reply on my blog too ^__^

    anyway thanks for the info :)

  20. wah sangat berguna informasinya

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics