Ayah-Ibu-anak itu lagu Baji

Assalamualikum dan Selamat siang (baca: Selamat Malam jika anda baca post ini waktu malam)

Rasa mahu menulis post pendek tentang tema yang selalu saya tulis, keluarga. Kalau dilihat dari sudut pembinaan individu Soleh dan cemerlang yang menjadi asas pembentukan Negara terbilang, ia bermula dengan bagaimana didikan ayah dan ibunya sejak kecil, institusi keluarga yang teguh, doa ibu bapa itu sendiri dan akhir sekali usaha individu itu sendiri.(ok, ayat lazim karangan SPM)

Sebelum tu, sila buka lagu ayah ibu anak dari kumpulan Baji dulu. Kalau tak pernah dengar, klik la link tu. 

************

Apa dalam fikiran ibu bapa?

Let's do this together. Mesti kamu ada folder gambar lama-lama kan? ataupun album gambar masa kecil. Buka album tu dan pilih satu gambar secara rawak. Contohnya, saya pilih yang ini.


Ok. Rasanya siapa yang ambil gambar ni? Ayah atau ibu? Pilih salah satu, sekarang cuba berfikir dari pandangan mereka. Apa agaknya yang ada dalam fikiran mereka di sebalik kamera ini?(bayangkan kamu tengah pegang kamera murah, bukan DSLR..hehe)

"Aku akan didik anak-anakku sebaik mungkin, supaya mereka akan jadi orang yang berguna di masa depan"
"Anakku ramai, harap-harap bila ku tua nanti, anak-anak ini akan dapat jaga aku dan isteri."

"Ibu akan belai kamu semua dengan kasih sayang, dengar masalah kamu" 
"Ibu akan berikan yang terbaik untuk kamu semua, itu janji ibu"

dan lain-lain yang mungkin ibu bapa anda fikirkan.

Kita sebagai Ibu dan Bapa

Semua akan jadi ibu bapa suatu hari nanti, dan pada masa itu, baru kita akan faham apa perasaan mereka bila anak-anak meninggi suara atau melukakan hati. Kita akan selalu fikir yang terbaik untuk anak, walaupun cara mungkin salah pada mulanya, tapi ia adalah sebahagian dari pembelajaran dalam hidup.

Kadang-kadang, kita akan fikir itu yang terbaik untuk anak-anak, tapi sebenarnya tidak. Sebab segala sesuatu itu hanya Allah yang tahu buruk baik kesudahannya. Jika tersalah langkah, kita betulkan.
Ibu Bapa mahu yang terbaik

Ramai mungkin akan fikir kadangkala ibu bapa mereka terlalu mengongkong dan sebagainya. Saya tak salahkan mereka. Lain keluarga, lain ragamnya. Dan setiap keluarga ada buruk dan baiknya, ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Jadi, jangan bandingkan keluarga anda dengan keluarga yang sempurna, tapi berusaha untuk baiki kelemahan diri dan keluarga masing-masing.

Kalau ibu bapa sibuk dengan urusan kerja dan bila balik kerja mereka marah-marah, fikirkan cara bagaimana nak redakan kemarahan atau sejukkan hati mereka. Kadangkala kita akan fikir, saya boleh keluar dari rumah ni bila mereka marah-marah, tapi ingat, masalah ini takkan selesai begitu saja. Mereka letih dan perlu belaian anak-anak. Lagipun, buat baik kepada ibu bapa semua pun dah tahu kan ganjarannya di syurga nanti.

Ingat, redha ibu bapa itu penting, asalkan tak langgar syariat Islam.


Konklusi: Berfikir sebelum bertindak, Bermaafan sebelum Raya

Berfikir sebelum bertindak. Tindakan yang mungkin hanya kecil dipandangan kita boleh jadi dapat melukakan hati ibu bapa, contoh: tutup pintu kereta dengan kuat bila marah, hang up telefon in the middle of a conversation with your parents, dan sebagainya. Parents can forgive you but you can never be sure they will forget about that incident, so, think before you act!

Jangan malu untuk kata "I'm sorry" jika tersalah bicara/bertindak. Sebab kita tak tahu bila Allah akan jemput setiap insan itu pulang ke pangkuanNya. Jika bukan kita yang pergi, mungkin ibu bapa kita. Jangan tunggu raya baru nak minta maaf. Ini trend masyarakat sekarang.

Sebelum menutup kalam, ingin diselitkan kata-kata adik saya Fatih Aizat, 14 tahun, (saya paksa dia tulis ini masa cuti hari tu walaupun agak keluar topik) 
Sebagai anak kita perlu tahu yang ibubapa kita banyak berkorban untuk kita.Ibu kita ketika ingin melahirakan kita beliau sangup mengorbankan jiwa mereka hanya kerana untuk melahirkan kita.selain itu,saya sebagai adik bongsu sering ditegur oleh bapa saya kerana tidak menghormati abang saya.bapa saya kata kita perlu lah hormat abang2 walaupun umur mereka tua setahun dari kita.hal ini kerana,merka lah yang akan menjaga kita sewaktu ibubapa kita telah di jemput olah ilahi...

-Suka membaca tulisan adik Hanan. Ini hasil didikan ibu bapa nya yang cemerlang.

-Ummi dan Abah saya juga banyak mengajar saya erti kehidupan. Oleh itu, saya bersyukur punyai mereka sebagai ibu bapa.

- I know it's not August the 5th yet, but I'm afraid I will not have the chance to say these to my parents, 

"Ummi dan Abah. Sorry and thank you for everything for the past 23 years of my life. I know everything that you've done were the best for me and our family, and for that, I'm very grateful to Allah. Please, at this moment pray for my success in my studies and my Islam. Love you both from the bottom of my heart. So sorry again."


Semoga saling sayang-menyayangi sentiasa.

Itu saja untuk kali ini, Jumpa lagi.

nota: Minggu depan sudah masuk bulan Ramadhan, sudahkah anda bersedia?

nota2: Esok malam, Selasa, akan diadakan Motivational Talk bersama Hilal Asyraf. Jemput datang.

nota3: Perlawanan Volleyball dengan BESTA petang ni, doakan ya. =)

p/s: Mujahidah sejati, akhirat utama, kerana dunia, bukan pilihannya~

Comments

19 Responses to "Ayah-Ibu-anak itu lagu Baji"
  1. warghhhhh
    sayu bacanya
    but like it!

    camne buat gambar gerak2 ni?
    (jakun)

  2. =)

    semua lelaki ye...bagus~hehe

  3. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    sayu n hiba baca slot ni.as parent mmg x putus2 doa utk ank,kejayaan dunia dan akhirat.parent bertindak bukan ats rasional aqal tp after doa pd Allah.normally masy akn doa nmntak pertolongan Allah bla ada masalah but not me, slps setiap umi solat mmg x pernah miss doa utk kejayaan ank2 umi,agr cemerlang dunia dan akhirat.cantik gmbar yg shubah buta tu...ajr lah umi bleh umi letak dlm blog umi...wait n see.`luv umi~

  4. dan kadangkala, apa yang dilalui buatkan diri sedar dan tak sanggup nak jadi ibu bapa.

    sebab bebanan itu terlampau banyak.
    tanggungjawab sebesar itu, entah bagaimana boleh dipikul oleh mereka.

  5. salam munsyi.

    ini kali pertama sy melawat blog awak.

    sy suka lagu baji. Abang sy selalu pasang lagu ni ketika ia sdg hangat di radio.

    satu hari nanti, sy pun akan memiliki keluarga sy sendiri. dan sy harap dpt jadi seorang ibu yg baik (sy masih lagi bersekolah....haha)

  6. ramadhan dah nak dekat...semakin sayu bila baca entri shubah kali ni...mudah2an dpt bersama2 parent n family lalui ramadhan kali ni seperti ramadhan2 yg lalu....amin...


    p/s~nak amek kesmptn minta maaf kat shubah kalo sy ada wat slh n silap slma sy jd followers blog ini...maaf yer...kosong2 (^^)v

  7. rindu pada famili lepas baca entry. juga mengingtkn prsediaan mnymbut ramadan.

  8. Salam..

    Wah..Tahniah Shu'bah sbb dh nak ada family sndiri..(adakah komen ini terlari tajuk?)

    Jadilah parents yang soleh&solehah.Didik anak dgn syari'at Islam.Moga ada asset di alam 'sana' nanti..

  9. Air mata dah bergenang ni sebab teringat ibu and abah sy.Rindunya.nak balik,nak minta maaf nak minta restu.

    Terima kasih untuk entry ni.

    Semoga kita jadi anak yg soleh and solehah.amin.

    p/s: Jihad To be a better human.Insya Allah. :)

  10. stylo ler gambar korang amik..sehati sejiwa..family bahagia..tahniah..

  11. hee

    :)

    family tu syurga dunia saya.

  12. suka entry ni. :)
    mgkin ramai yg slalu cmpare ibu bapa sndri dgn org laen. tp sbnrnye.. diorg xsdr ibu bapa sndri ttp terbaik..

    hmm.. mula2 i igt i gila bila tgk gamba last tu.. mula2 2 org. bila i gi page laen tgk balik jd 3. pas2 tetiba jd 4. -.-" seb baek i xgile.

  13. nice one bro..
    x perasan plak ko ada blog lain ek~
    teringin gak nk buat entri yang sama di masa akan datang ;)

    keep up da good work!

  14. bagus, entry ini telah menambahkan lagi rasa homesick saya yg dah tak balik rumah nak dekat 3 minggu (ok kecoh).

    gambar terakhir sangat comel :)

  15. suka entri ini.Betulla biasanya org tggu raya baru mohon maaf

  16. very meaningful writing...
    tersentuh...huhu... T.T

  17. Nice post munsyi...thank you.
    I am so sure, ur parents are proud of you, and grateful for having such a nice son like u. All the best.

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics