Kisah Munsyi dan haiwan yang tak mengenal budi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Salam Ramadhan ke 18 .
Bagaimana iman? Tadarus? Puasa kita? Semoga amalan² kita diterima Allah. insyaAllah. Suka diingatkan agar rakan² pembaca tak terlalu fokus untuk beraya di kampung atau sibuk membeli pakaian untuk raya. Ingat, Lailatul Qadar sudah dekat, 10 hari terakhir. Semoga dapat rancakkan lagi amal ibadah kita.

Kucing, Neko, Cats, Qitton

Ramai yang mungkin tak tahu yang saya kurang senang dengan kucing. Ramai cakap kucing comel, manja, jinak dan sebagainya. Tak dinafikan, tapi saya memang tak boleh dekat dengan kucing. Tak suka.

Ada satu insiden lebih kurang memalukan lawak semasa saya dan rakan sekuliah sedang bersarapan pagi di Cafe Kulliyah Education. Tengah syok² mengunyah makanan sambil berborak, rasa macam ada benda bergesel² kat seluar. Oh. Saya memang sensitif sikit kalau ada benda lalu kat kaki. Terus 'ter'menjerit tapi sempat tutup mulut sebelum terkeluar suara lagi kuat. Dan baru saya perasaan yang keliling meja makan tu semua pelajar-pelajar perempuan dari Edu dan Engineering. Kena gelak selama 3 minit.ok tipu, tapi kena gelak la. hehe

*************

Oleh sebab saya dikelilingi orang yang suka kucing, (contohnya my good friend Jepah yang ada kucing nama tomtom atau kawan blogger yang memang sensitif bila saya cakap saya tak suka kucing atau yang suka bagi nama kucing yang pelik² unik macam rozalin, tam, jinbara) saya cuba untuk buat baik dengan haiwan ini minggu lepas.

Ceritanya begini, last weekends, lepas waktu berbuka, saya terdengar bunyi binatang mengiau². Toleh kiri toleh kanan, terpandang seekor anak kucing kebasahan dan kesejukan. Rasa geli tengok anak kucing tu, tapi bila teringatkan kata² Jepah,

"munsyi, kalau bagi minum anjing kehausan pun dapat masuk syurga, lagi² kalau tolong kucing."

yang dirujuk dari hadith ini,
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan.

Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),”

Jadi saya ambil kotak kosong, letak tuala terpakai yang ada dalam bilik, lepas tu letak di luar bilik. Tak berani nak angkat anak kucing tu masuk kotak tu. Lepas beberapa ketika, ini hasilnya~

Kotak cupcake Birthday haritu
Betul la kata mereka. Bila berbuat baik dengan haiwan ni, akan rasa tenang saja bila tengok haiwan itu tidur dengan nyenyak.

Keesokan paginya, anak kucing tu tinggalkan 'jejak' sebagai tanda terima kasih! Rasa nak pukul² tapi tak jumpa anak kucing tu.

Moral of the story


[1] Sebagai ingatan kepada manusia, Allah dah bagi semua benda, tapi masih ada yang tak bersyukur. Tapi Allah tak pernah jatuh hukuman terus. Kalau manusia jumpa kucing yang tak mengenal budi, mesti nak pukul² kan?

[2] Pandai nak bela kucing, pandai² la nak bersihkan najisnya. Kesian mak cik cleaner haritu.

[3] Mana mak kucing ni? macam manusia yang membuang anak sewenang-wenangnya.

[4] Sudahkah anda membuat KEBAIKAN KECIL YANG BOLEH MEMBUAHKAN SYURGA? rugi kalau belum.

Sekian cerita kali ni. Boleh kongsi Morals of the story yang kamu dapat di bahagian komen. (^_^)




nota:

[1] Esok akan ke Iftar GB. Lusa ke Iftar GenX. InsyaAllah

[2] Midterm tadi sebagai pemangkin semangat untuk study sebelum 2 more exams on next Friday. Zaman kegemilangan Munsyi sudah berakhir. Kena faham this fact!

p/s: tak mengapa tak sukakan kucing. Asalkan jangan berbuat jahat pada kucing sudahlah. Nak bagi anjing dahaga minum lepas ni. =)

Comments

22 Responses to "Kisah Munsyi dan haiwan yang tak mengenal budi"
  1. kucing buang anak tak dosa lor
    hohoho

    tak pun, anak kucing sahaj dibuang
    bukan maknye
    lg kesian kan?

    suke sangat kucing!!
    ada 11 ekor skrg. hehehehe

  2. my name is "kawan blogger" here & "yang memang sensitif bila saya cakap saya tak suka kucing" .. pergh~ itu rupanya watak sy =p ..

    anyway, she's (kitty) so cute.. err.. tuala tu nta guna lagi ke? kikiki

    trimas cause buat baik pada haiwan kesayangan hamba =)

  3. kamu terlupa letak tilam dengan bantal.itu yang kucing itu tinggalkan 'tanda' kenang-kenangan.hehe...

    Tuala tu kamu guna balik atau terus buang? :p

    p/s: Tak dapat jadi yg awal.hampa je.

  4. Tak faham kenapa ada banyak stray dogs dekat mahallah.
    Selalu berdebar kalau kena jalan balik mahallah sorang2 waktu malam sebab biasanya ada je 2,3 ekor yang berkeliaran.

    Ok takde kaitan.

    Tak berapa gemar animals in general. Kucing ke, hamster ke, arnab ke.
    Heheh.

  5. LOL nature dia camtu...

    pernah dulu di asrama, bapak kucing gigit tengkuk anak2 kucing depan bilik, habis mati semuanya. saya yang menjaga, sangat sakit hati, rasa nak campak ja jatuh dari tingkat 5. tapi.. dah nature bapak kucing macamtu. nak buat macammana? tahan ajalah sabar.. Allah ciptakan ia begitu sifatnya..

  6. Lol
    I think you will be lucky if you know
    how to make friends w/ a cat

    There are few thing in life more heartwarming than
    to be welcomed by a cat.
    Cat will always be your friend
    but never your slave *different like a dog*


    And you kno?!! "People that hate cats, will come back as mice in their next life" ~quote #justsaying ;)

  7. Aku suka tengok kucing dari jauh. Yes, tengok sahaja. Pegang dan belai is totally not me.

    Berikan makan boleh, selalu tolong Tok ke Mak ke~ Tapi kalau kucing itu datang menggesel, memang aku pitam terus la kat meja makan~

    huhuhu~
    cuak~

  8. dkat gombak ada anjing? hahhaha bak la kucing tu kalo tanak..

  9. kucing? satu family saya suka kucing tinggal saya seorang je yang anti hahaha

  10. ehhh..cam kucing farah yang pernah hilang jeh..curik hehh :P

  11. bro, hi5~

    sebab ak pon sensitif gak ngan kucing nih.. perasaan cuak masih ada sebab kakak ak pernah kene cakar ngan kucing waktu kecik2 dulu dan bekas nyer masih ada sampai skang~ o_0

    tp baru2 nih mungkin dah kurang kot sebab rabu lepas ak berjaya kasi makan kucing buat pertama kali seumur hidup.. haha~

    p/s "bulu yang tertanggal daripada kucing di kira "bangkai" dan sekiranya bulu tersebut terlekat di baju kita, batal solat," amaran Ustaz ak waktu dulu2..~

  12. Salam..

    Hehehe..Tiba2 teringat zaman2 di matri dulu time makan di dewan makan.Ana dah lama mengetahui 'kegemaran' nta bersama-sama kucing dari dulu lagi.

    Rilekla..ana ok je makan setalam dgn kucing.kekeke.siap suap2 lagi.(yg tu tipu je)

    Nanti nak try bagi anjing2 liar d sekitar uia minum la.

  13. kucing haiwan yg mulia dah dibela oleh sahabat nabi..tp ade jugak yg pukul2 kucing, binatang lain..aku pon x tahu lah kenapa jadi cmtu

  14. biasala sbgai tanda terima kasih =p.
    itu sh 'harta' yg ditinggalkan.

    p/s: suka kucing,lau bole nk bela tp xpenah mendekati kucing...cmna tuh?huhu

  15. saya rasa itu keangang manis and adengan kucing tersebut..anggap asahaj :jajak itu sbgai ucapan semoga jumpe lagi..


    memorable scene
    hehe..
    sweet story:P

  16. omaigosh.. hohho tak dapat byg kan u jerit kat edu cafe sambil tutup mulut...
    *gelak guling guling lebih dari 3 minit*

    Hehe but i hate cats too.. senasib la kite ni... kalau ada bwh meje makan tu, dah angkat kaki awal2.

    Kesian la jugak kdg tgk yang mengiau tu, tapi siyes geli nak pegang. Cuma berani pegang anak kucing tu pun guna dua jari yang pegang kat leher die tu je.

    Takut kene gigit/cakar jugak senanya..

    huhuuu dun wuri, u re not alone..
    la la la

  17. haha. I read the word 'haiwan' n guessed ur post wud b about a cat. ;P hmm..knape ye? haha

    kucing 2 tinggalkan jejak sbb nk tmbahkan lg pahala ojeesan - sabar mncuci jejak die. hehe. :)

  18. PS: tuala tu mst simpan rapi2kan? nnt ble kawen, bole ckp kat isteri: "ni ha, tuala abg gne utk jage sekor kucing yg comel2 belaka."

    hehe ;P

  19. Salam munsyi...

    hehe sorry baru de masa nak bc entry kwn2..

    tak suka kucing?? adehh sy suka sgt2..comel...manja..hekhek..

    tak pe..kucing tu dtg, allah nak uji sejauh mana kamu buat kat kucing tu..

    ^__^

    yg penting kucing itu sgt comel!!!

  20. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    anak2 kucing bilal blok A rupenye
    ade org bela kat tingkat 3 ni
    siap letak makanan n pasir(tandas die)
    adik bradik die 4 eko, sume comel
    ibu die yg kaler lebih kurang die gak la
    x jadi la nak "letak" kcg berlebihan kat umah aku kat bilal. takut ramai anti kucing plak

    muz

  21. saya pun tak berapa gemar dengan kucing jugak..bukan la benci...tapi entahla, tak berapa minat. geli kucing tu bermanja2. hehe

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics