Parttime Job wanted?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini entri lebih kurang santai.

Bulan Ramadhan ni, rasa malas nak menulis dalam BI. Sebab tak nak spend masa yang lama untuk menaip satu entri. Lepas tu kena cek grammar and spelling lagi. Takes a lot of time. Mungkin selepas ni akan sambung menulis dalam BI. Baru ambil subjek EAP semester ni. FYP pun perlu menaip dalam BI lagi. So, I need to write in English more often after this. Sebab lain, tak suka bila asyik keluar pop-up "This page is in Indonesian, Translate it using Google Toolbar? ". :)

Ok. Terus kepada topik~

Mencari duit sampingan semasa belajar

Perlu dibuat dengan perancangan rapi. Kena dapat bahagi masa antara belajar dan bekerja. Susah. Tapi kalau tak cuba tak tahu kan?

Saya pernah bercerita pengalaman mengajar tuisyen kampung di Janda Baik sebelum ini. bertag 'Janda Baik'. 45 minit dari Gombak. Bayaran boleh tahan. Tapi pengalaman bersama anak-anak yatim dan anak-anak kampung itu yang buatkan saya teruskan mengajar suatu ketika dulu. Walaupun sampai sekarang, masih lagi adik-adik tu telefon tanyakan khabar, tanyakan bila 'Cikgu' Munsyi akan datang mengajar lagi. Oh. tak pasti samada mereka suka saya mengajar Matematik Moden dan Sains PMR atau mereka suka saya. =)

Jujurnya, saya mahu teruskan. Tapi seperti tahun lepas, bulan Ramadhan rasanya tuisyen akan dihentikan sementara waktu. Jadi mungkin lepas bulan puasa ni. Tapi agak jauh.

Sebab Utama

1. Wang

Berada di tahun akhir memang banyak guna wang kan? Lagipun, tak nak susahkan Abah dan Umi. They have enough problems to deal with. Memang selama berada di universiti ni Umi Abah yang bayar semua yuran. Tak minta PTPTN pun.

2. Masa

Semester ni tak lah penuh sangat jadual. Dan bila tak penuh, takda rasa urgency nak siapkan kerja-kerja yang bertimbun-timbun tu. Jadi, mungkin dengan bekerja sambilan dapat bagi diri ni semangat! Don't want another unproductive Ramadhan. Rugi je.

Blogger/Student yang buat part time sambil belajar

1. Saido san atau lebih dikenali sebagai Kyo. Currently studying in Ritsumeikan Uni. in Japan. Dia pernah tulis dalam blognya lebih kurang macam ni, "Sekurang2 nyer kalo orang tanye duit mane ak beli PS3, game2 ape sumer, ak leh kate yg tuh sumer hasil titik peluh daripada バイト (parttime job)" (link). Tapi sekarang tengah sibuk so dia tak buat parttime job, rasanya la.

2. Faridzul atau Joe.  Tauke Herbalife yang berjaya. Pernah menulis pasal joe dalam entri contest puji2 beliau disini (link). Currently in Malaysia cuti summer. Sekarang tengah busy ke sana sini buat promote Herbalife, jumpa rakan blogger, buka stall kat bazaar Ramadhan.

Akhir kata

Panjang lebar cerita sebenarnya nak mintak tolong, kalau ada siapa-siapa yang tahu ada iklan tuisyen ke, atau kerja2 yang boleh dilakukan pada hujung minggu, do tell me or contact me at my email [munsyimukasyah@gmail.com].



slogan: Kejayaan anda, matlamat kami, hehe


nota:
[1] Isnin, selasa quiz. Jumaat midterm. Rasanya lepas raya baru boleh start buat parttime ni. :(

[2] Oh, minggu depan lagi banyak exams. Lepas tu baru pulang untuk beraya on 3rd september, InsyaAllah.

p/s: All the best for your exams for my IIUM friends, ukur kira, sidratul, nana, nadia, fuad, hikari, mili, Andy, Lisa and others..


Comments

15 Responses to "Parttime Job wanted?"
  1. Jadi driver aku boleh?

    XD

    Takpe Shu'bah. InsyaALLAH, akan dibukakan jalan buat kamu nanti. =)

    Dan aku terpandang sesuatu yang nak buat tekan X cepat2. Apa agaknya ya?

  2. aku dulu time upsi, penah part time..siang belajar, malam keje..aku keje kat restoran..dapat la gak RM15 satu hari..hehe kul 7 sampai kul 1

    Hidup Seorang Blogger

  3. banyak yang boleh kita selami bila bekerja sambil belajar rezeki ada di mana mana asalkan ia nya halal :)

  4. Oh. tak pasti samada mereka suka saya mengajar Matematik Moden dan Sains PMR atau mereka suka saya. =)

    tak tahaaaaaaaaaaaaaan. hahahaha!


    all the best to you too! :D

  5. xde pengalaman lagi bekerja..lepas spm baru nak cari keje..hu3

  6. Salam.

    Baru nak amik EAP?hehe..

    Nak kerja jugak.If u do get any job,please ask for 2 vacancy ek?Hehe

    All the best untuk mid-term ni..Time2 mid-term ni la kemalasan melanda...huhu

  7. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    mmg btul lah umi fhm shubah x nak ssh kan umi n abah..kalo ngajar tuition tu bla balik dah penat nnt ganggu aktiviti yg lain...just pray to Allah swt smg Allah permdhkan apa yg abah sdg ushakan...truskan solat hajat dan solat sunat yg lain..smg Allah bri kekuatan utk hdp sbrg ujian dan dugaan..terutama regarding ur study~luv umi~

  8. Semoga rezeki kamu dilapangkan selapang-lapangnya.
    Semoga urusan kamu dipermudahkan semudah-mudahnya.Ganjaran yang setimpal untuk anak yang baik yang tak mahu susahkan orang tuanya,Insya Allah ada.

    Jia You! Semangat!

  9. "Oh. tak pasti samada mereka suka saya mengajar Matematik Moden dan Sains PMR atau mereka suka saya. =)"


    haha layan kan je lah~

    Apakah ini? promote diri online? letak resume sekali la senang.. hehe

    cuti2 nanti la nak keje pun. Bak kata ur mom, penat nanti.. (waahh.. semp0i a ur mom bc ur blog..)

  10. slm... hehe... mcm bertepatan je dgn pikiran wani skrg ni.. mmg nk carik duit lebih pun..

    skrg wani jd dealer perfume 'Pure'.. sesambil nak raya ni, amik upah jahit manik... hee~ x sabar nk kumpul duit.. walaupun sikit...

    rasa duit sendiri tu BERBEZA dgn duit 'segera' dr parents.. bru tau penat lelah carik duit... ;) insyaAllah hati lebih puas & lebih menghargai... ;) ;)

  11. wah rajinnye :) hik~ semoga berjaya Munsyi :)

  12. gravatar kyo_9 says: [Reply to comment]

    huhu..
    tetiba rasa segan plak bila ko link kan blog ak.. ;p

    tahun nih ak lebih pada buat part time sebagai teaching assistant jer.. skang nih tengah cuti sem jadi stat sem baru kang baru ak sambung balik..

    teringin gak nk jadi cikgu ajar budak2 macam ko.. kalo ajar budak2 pon x lepas, camne la nak jadi lecturer di masa depan ek?? (笑)

    p/s semoga berjaya mencari kerja.. x yah beli PS3 pon xpe.. (笑)

  13. @zara
    haha.kereta bau kedai takut la nk bawak. :P

    thanks.ameen.jgn tekan X.hehe


    @xpo
    uish, penat tu..mlm2 cmne study ek? tu ak prefer working hours sket, tp byrn ok, cm tutoring.


    @naz
    betul.byk dpt pengalaman sblm keje betul nnti.


    @lisa
    eh, jeles la tu.hehe

    thanks~


    @ChuyRy
    fokus SPM dlu. lepas abes br cari pengalaman. berguna kot. :)

  14. @ukur kira
    wassalam. yup br nk amek.hehe

    insyaAllah. sile tny2 jgak, tp nmpak cm busy je dak QS. :P

    tau xpe.sedang bermalas2an. haish!


    @Umi
    thanks umi.mmg tgh buat solat hajat sume.need ur doa too.nnti bincang lain ek psl keje ni.br tgh cari. :)


    @fatin
    Ameen~
    thanks for the doa. Semangat! :)


    @fana neechan
    tak leh lyn lebih2. ;)

    a'a.kot2 ade org google mencari kerja jumpe post promote diri ni.pastu email, br bg resume. berminat? kejayaan anda matlamat kami. :P

    tau. tp perlukn duit utk sem ni. (eh, br perasan?sempoi kan?hehe)


    @cik Wani
    nak jahit manik tak reti. jahit baju pon tak reti.hehe

    betul2.dpt bantu parents sikit sebyk pon dh puas hati.rajin kmu.:)

  15. @arieza
    hehe..thanks arieza. rajin cari je,keje blum tentu. :)


    @kyo
    dah ko mentor dlm wat baito ni.hehe

    ak lebih kpd tutoring gak.sbb nk ajar bdk U mcm tak layak.hehe

    p/s: thanks.tak nak beli pon PS3 tu.men game kt blek kwn je. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics