Ramadhan 101: Bacalah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sahabat pembaca yang dikasihi, Salam Ramadhan yang ke 10. Bagaimana dengan amalan-amalan ibadah kita di Bulan Ramadhan ni? Buat Qiamullail kah? Kalau buat, bagus. Semoga dapat lakukan Ibadah yang berkualiti meskipun dalam kuantiti yang sedikit, dan terus berterusan (istiqamah).

Ada yang mungkin berpendapat, "ala, nanti bulan lain bukan korang nak beribadah pun. Ramadhan je jadi baik. Bulan lain..hancur."

Itu sebabnya saya cakap bulan Ramadhan ini masa terbaik untuk adjust balik iman, Islam, hati dan Ibadah kita. Berlumba-lumba membuat amal ibadah (yang merangkumi semua perkara dalam hidup ni)

"Study adalah Ibadah. Bekerja adalah Ibadah. Setiap perbuatan kita akan jadi Ibadah jika semuanya berlandaskan syara' dan niat kerana Allah." (link)


Bacalah..Al-Quran

Tadarus Al-quran sudah juzuk ke berapa? ada yang sudah sampai Juzuk 6 pada hari kedua. Mungkin sudah separuh AlQuran sekarang. Alhamdulillah.

Oh, dan ada juga yang menganjurkan tadarus AlQuran antara blogger (link). Satu usaha yang bagus. dan kepada yang mahu bersedekah di bulan Mulia ini, inilah masanya. Pahala berlipat ganda.

"Diallah yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji diantara kamu siapakah yang paling baik amalannya" (Al Mulk:2).

Dan saya nak share cara-cara untuk khatam Al-Quran dalam masa paling lama 10 hari. Nak tahu? (link)


Bacalah..lalu tulislah

Bila tiba bulan Ramadhan, banyak blog akan post gambar juadah berbuka atau sahur. Bila datang syawal, gambar kuih-muih dan baju raya pula dihidangkan kepada pembaca. Well, tak salah langsung, tapi jangan sampai kita kaitkan puasa dengan Bazaar Ramadhan dan juadah berbuka saja.

It's more than that. In fact, it is never about what you'll eat for your iftar, it's about how you iftar. Jangan membazir. Beli ikut keperluan sebab ramai yang selalu membazir bila berbuka. Tahu kan membazir kawan siapa? ^^

Menulis juga perlu diteliti. Sebab ramai yang boleh kawal percakapan, marah, dan sebagainya di bulan puasa ni, tapi berapa ramai yang dapat kawal benda yang dia tulis? menyumpah seranah dalam blog, bergurau luc** dalam twitter dan sebagainya.

Konklusi

Credit: molmolla


Ramadhan membawa seribu rahmat. Guna peluang yang ada pohon keampunan, kekuatan dan kongsi denganNya. Ini masanya untuk berubah.

Bacalah dan selamat beramal..

nota:
[1] maaf terlalu lama menghilang. tak sempat nak jawab komen-komen di post-post sebelum ini.

[2] Midterm examination sudah mula melanda UIA. Mohon doa ya.

p/s: operasi solat hajat, istikharah, tahajjud dan solat-solat sunat akan terus berjalan, I hope so. :)

Like it?

Comments

15 Responses to "Ramadhan 101: Bacalah.."
  1. aku dpt jemaah time ramadhan je sbb terawih ada time ramadhan je.perempuan kn elok solat dlm rumah drpd pegi msjid.ok,jemaah dlm bilik mgkin kena diusahakan. ;)

    aku pun mid-term skrg.sampai 3/9 T_T

  2. Salam Shu'bah.

    Terima kasih letak link kawan yang biasa2 itu di sini.

    Dan tahun ini, seperti entah kenapa, aku tiada nafsu mahu letak gambar makanan dan sebagainya. Tiada lagi kegembiraan menikmati makanan agaknya.

    =)

    Apa pun, kamu pun berbuka pilih makanan yang berkhasiat. Jangan nak jimat sangat sampai makanan yang berkualiti dilupakan (Ya, aku dah mula membebel lagi)

    Doa dikirimkan buat kebahagiaan kamu, kejayaan kamu kerana kamu sahabat yang baik. InsyaALLAH yang terbaik bakal menjadi milik kamu.

    Terima kasih sebab selalu mengingatkan aku ya? Kamu jaga diri baik2.Jaga kesihatan juga tahu?

  3. berlipat kali ganda bulan puasa punya harga pahala

  4. InsyaAllah akan terus istiqamah mengejar pahala dan memperbaiki diri sepanjang bulan mulia ini..mudahan berkekalan hingga bertemu Ramadhan yg seterusnya

    dlu suka puasa masa musim exam..sbb rasa lebih kuat dan kebergantungan pd Allah tu lbh kukuh..mudahan Allah bantu sempai..

    Gambate ne!!

  5. sebab tu walaupun banyak ku masak2 musim puasa ni tak upload sebab hormat bulan puasa

    klu x... ishhh nak je upload banyak

    =)

  6. Allah dah bagi peluang untuk rebut ganjaran besar di bulan ramadan, jadi meh kita pakat rebut ramai2..ini adalah tawaran istimewa Allah

    Bilakah semangat berblogging anda akan meniti hari tua?

  7. Az Zariat: 55

    Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

    Baca,tulis,taip,post dan kongsi.Penulisan medium dakwah.

    P/S:teruskan gerak gempur.Terima kasih ingatkan. :)

  8. baru je ngaja budak2 tajuk ibadat minggu lps..hehe

    nway,good luck!=)

  9. salam encik munsyi.

    sy suka baca post ni. kebanyakan orang suka bulan Ramadhan sebab bazar ramadahn je. masa tu la dapat jumpa makanan yang x pernah jumpa sebelum ni.

    dekat TV pun ada tunjuk cara nk wat kuih raya walaupun puasa x sampai satu hari.

    sepatutnya bulan yang baik ni kita buat pahala dan amal ibadat, bukan buat jahat. mereka tahu yang bulan yang baik ni dapat pahala berlipat kali ganda tapi mereka secara x sengaja telah menolak pahala tersebut

  10. @mili
    tp kalau ko xkawin lg, so, pegi masjid pon ok.lgpun masjid uia kan tak bercampur. :)

    all the best mili~ ak jumaat ni satu midterm.


    @zara
    same2..bkan org2 biasa tu.byk pahala die. :)

    letak la, tak slh. tp fokus yg penting dulu.

    baik2.memang selalu buka dgn yg berkualiti, mknn bazaar~ hehe

    thanks for the doa.baik cikgu. akan ingat semua nasihat. :)


    @naz
    betul. rebut peluang sekarang!


    @atiqah
    ameen~
    mmg suka puasa time exam. lgpun sebab tak makan study last minute.hehe..betul2,insyaAllah dapat rapat dgn Allah.

    thanks~ gambarimasu!


    @Farah Hanis
    Selamat beramal juga~

  11. @joe
    hehe..tu la. dah la ko makin byk mkn. eh..hehe


    @x-po
    Betul2. mari2. kalau boleh ajak kawan rebut ganjaran ni sekali. :)


    @fatin
    jauh dah ketinggalan tp akan terus mengejar. :)

    p/s: same2. ingat mngingati.


    @Kak Z.fatin
    bagus ustazah ni, didik anak2 dr awal. hehe

    thanks~


    @molmolla
    hehe..kredit2

  12. @iqbal
    suka juga. :)


    @frying pan
    Waalaikumussalam.

    mereka letak priority pada benda yg tak sepatutnya. tugas kita yg tahu ni sebarkan dan bg org paham. :)

    thanks, selamat beribadah. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics