[Review] Talk: Kejayaan Yang Hakiki oleh Hilal Asyraf

Assalamualaikum dan selamat hari Rabu. 

Update berturut-turut selama beberapa hari is so not me. Tapi saya nak kongsi juga sesuatu dengan rakan-rakan tentang Talk semalam, khuatir kalau-kalau Allah panggil saya pulang sebelum sempat saya menulis sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Dan harap-harapnya, jikalau saya dipanggil pulang, ilmu yang dikongsi ini dapat disebarkan untuk semua.

***************

Sedikit pengenalan tentang Hilal Asyraf

Junior saya di MATRI. Sekarang belajar di Jordan. Terlibat dalam penulisan Novel-novel Islamik, Motivasi, dan penyampaian di bengkel-bengkel penulisan dan ceramah motivasi. Boleh rujuk blog beliau di http://ms.langitilahi.com/

Kemanisan mengecapi kejayaan yang hakiki


Review: Kejayaan yang Hakiki 

Bercakap mengenai Kejayaan yang Hakiki ramai yang TAHU yang kita maksudkan adalah Syurga Allah. Betul. Tapi persoalannya, berapa ramai yang RASA akan hakikat perlunya kecapi kejayaan yang hakiki ini? Kita tahu Allah itu Maha Besar, tapi sejauh mana kita rasa akan kebesaran Allah, takut, gentar akan kebesaranNya.

Kejayaan Manusia

Kita selalu mengejar kejayaan yang dinilai dari kacamata manusia. Pangkat, rumah besar, pencapaian cemerlang dalam akademik, tapi kita harus sedar yang semua itu tak kekal, boleh berubah-ubah dan akhirnya bila semua yang hebat-hebat ini dapat dikecapi, kita akan rasa kosong atau mungkin hanya mengejar satisfaction.

"Jadi, tak perlu belajar bersungguh-sungguh la, hanya perlu duduk di Masjid, surau-surau, buat ibadah setiap masa"

Ini tanggapan yang salah.

"Barangsiapa yang memperkecilkan skop ibadah di pagar-pagar Masjid, maka dia telah perkecilkan Islam itu sendiri."- Dr. Yusuf Al-Qardawi


Study adalah Ibadah. Bekerja adalah Ibadah. Setiap perbuatan kita akan jadi Ibadah jika semuanya berlandaskan syara' dan niat kerana Allah.

Jadi, tak perlu dapat 4flat, kerja jawatan tinggi, ada harta semua"

Kalau semua umat Islam dapat 2.0 di dalam pelajaran mereka semata-mata mahu kejar kejayaan yang di akhirat, agaknya, apa mungkin pandangan orang bukan Islam terhadap Islam?

"Tengok. Islam mengajar supaya Muslimin pentingkan akhirat sampai mereka mundur/terkebalakang dalam segala bidang"

Ini fitnah kepada Islam dan dapat jatuhkan nama baik Islam itu sendiri. Oleh itu, berusahalah dapat yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi.

Study adalah ibadah, menjaga nama baik Islam adalah Ibadah. Kalau kita gagal setelah mencuba, itu sudah dikira pahala oleh Allah. tapi kalau kita gagal kerana tak cuba untuk berusaha, itu dikira sebagai apa?

Kamu tak takut dengan Allah?

Kadangkala tanpa kita sedari, perbuatan kita menunjukkan yang kita tak takut dgn Allah. Tak serius dalam study, tidur dalam kelas (this is my common problem *sigh* ) dan sebagainya. Khianati nikmat study yang allah beri dengan main-main dan tak serius. Bukankah tu seperti kita tak takut dengan Allah?


Garisan Kehidupan yang sudah ditetapkan

Alam ruh >> Janin >> [kelahiran] >> Alam Kehidupan >> [Kematian] >> Alam Barzakh, [Kebangkitan] >> Hari Perhitungan >> Sirat (titian) >> Syurga atau Neraka >> selama-lamanya

Alam yang kita sedang hadapi sekarang adalah Alam Kehidupan, di mana kita boleh buat pilihan samada untuk melakukan kebaikan atau kejahatan. dan impaknya di akhirat kelak, balasan dari Allah yang tak dapat kita bayangkan.

Konklusi: Kecapi kejayaan hakiki dengan jauhkan diri dari Kegagalan hakiki

  • 1.  Kejayaan hakiki adalah bila kita dijauhkan dari Neraka Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah.
  • 2. Modal nak dapat kejayaan hakiki adalah kehidupan kita sekarang.
  • 3. Keuntungan adalah syurga di akhirat kelak.
  • 4. Amal adalah usaha kita di dunia. Dunia ladang akhirat.

Percayalah, kalau kita nampak betapa pedihnya siksaan di akhirat kelak, nescaya kita takkan main-main atas dunia ini. 

Berbaloikah kegembiraan sementara, yang salah di sisi Islam, yang kita lakukan di dunia ni dengan kesengsaraan di alam kubur dan di akhirat kelak yang kita pun tak pasti bila akan berhenti siksaan itu?

Buat amal banyak tak semestinya semua diterima, tapi amal baik yg itu yg dikira Allah. Asalkan ikhlas dibuat kerana Allah dan patuhi suruhanNya.

Ayat untuk rujukan
Surah Al-mu’minun: 115
Surah Al-Anbiya': 16
Surah Al-mulk
Surah Adz zariyat: 56
Surah Al-Baqarah: 256

Akhir sekali, Hilal Asyraf sudahi perkongsian beliau dengan 4 points yang dipetik dari Surah Ali Imran :185

1. Mati bila-bila (Jadi perlu sentiasa bersedia)
2.Balasan di Akhirat (Walau tak dibalas di dunia, di akhirat tetap akan dapat)
3.Kejayaan Hakiki (dijauhkan neraka, dimasukkan ke dalam Syurga)
4. Dunia menipu daya (Jangan mudah tertipu dengan kesenangan dunia, sebab kita masih punya pilihan selagi bernafas)

Hilal dan Saya di MATRI


******************

Boleh baca perkongsian Hilal tentang Kejayaan Hakiki [di sini] dan pengalaman audien yang hadir [di sini]

Sekian saja summary perkongsian semalam. Harap yang tak dapat hadir dapat pengajaran. Mari sama-sama kita mengejar kejayaan yang hakiki.

Perkongsian bersama Sis Fatimah Syarha pada 5 ogos ini di LT4 ADM pukul 8malam
Untuk sisters sahaja.

nota: Semalam ada banyak program di UIA. Ada juga yang perlu ke kelas. Jadi ramai yang tak dapat hadir. Jangan lupa share dengan yang lain ya. 

nota2: Hilal Asyraf. Semangat beliau masih seperti dulu malah semakin bertambah. Saya masih di takuk yang lama. Berubahlah wahai diri...

p/s: Ini untuk kamu yang tak dapat hadir. Tak mengapa ada program mendidik jiwa yang lain. (^_^)


Comments

11 Responses to "[Review] Talk: Kejayaan Yang Hakiki oleh Hilal Asyraf"
  1. Nice friend..Visit my latest entry..goin' to touch ur heart..;D

  2. Sekadar nak tambah point.

    Pesan ustazah saya,kenapa manusia perlu ada sifat riyak bila Allah beri kita kejayaan,kecemerlangan dlm akademik or bakat.Sedangkan semua tu PINJAMAN.apapun,berbalik kesyukuran tu pada Allah.

    Belajar adalah nikmat and ibadat.Belajar niat kerana Allah=pahala=Syurga.

    p/s:terkesan di hati.Alhamdulillah.btw 5/8 ada date legal teater aikol anjuran S juga final touch JASA serentak.Kenapa program uia serentak...

    Fatimah Sharha-->novelis tautan hati rite?

  3. Jom kejar kejayaan hakiki.

    Sedih smlm x dpt hadir.Ada class.Tp,tak pa,pergi kelas n belajar keran aAllah itu kan IBADAH..so,teruskan senyum =)

  4. gravatar ing says: [Reply to comment]

    syarat ssuatu pkerjaan/amal d kira ibadah ada 2...

    UDMZ slalu tekankan benda ni...

    kpd ukurkira...
    2syarat ni juga ada d tulis n d huraikan dlm buku "min mabadik"...
    Slmt mmbaca..
    klau x phm tnya syu'bah..hehe =)

    1)Ikhlas krn Allah
    2)slari dgn syara'

  5. thanks a lot bro..
    tgk gambar last tuh wat ak pening mana satu ko.. nk kt sejibik tuh~ ;)

  6. thanks 4 da info that u shared with us..
    jzkk~

  7. syukran atas perkongsian saudara.

    hm.. walaupun x sempat dengar keseluruhan talk, Alhamdulillah dapat baca kat ramai blog shbt2 maya ttg ulasan 'kejayaan yg hakiki' tersebut.

    May Allah Bless~

  8. salam ziarah...

    thanks for d sharing...

    very interesting and meaningful...

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics