Al-Fatihah: Ustaz Dahlan Mohd Zain

Assalamualaikum.

Pemberitahuan bagi sesiapa yang mungkin tidak dikhabarkan berita sedih ini, Mudir (Guru Besar) Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) telah pulang ke rahmatullah pada pagi tadi, 18/9/2010, Sabtu.

Al-Fatihah....



Sebelum ini, keluarga Ustaz telah kehilangan Ummi Halimaton, isteri kepada Ustaz, pada bulan Mei tahun lepas.

Diharap kepada keluarga Allahyarhamhu Ustaz Dahlan supaya tabah menghadapi ujian Allah ini. Liku-liku perjalanan hidup keluarganya selepas pemergian Ummi ada di tulis di blog anak beliau.(link)

Bercakap mengenai Ustaz Dahlan, saya bukanlah orang yang rapat dengan beliau, tetapi kehilangan Ustaz amatlah dirasai. Allahyarhamhu ialah perintis kepada pembukaan MATRI, menjadi rujukan dari setiap kenalan saya dan adik beradik yang semuanya bersekolah di MATRI, juga pendidik yang tak sangat halus  dan lembut dalam mendidik anak murid, hatta kenalannya.

Rata² ibu bapa kepada pelajar² di MATRI kenal dengan peribadi beliau. Kalau ada silap faham atau pertanyaan, beliaulah akan jadi tempat rujukan para ibu bapa. Setiap butir katanya adalah ilmu yang sangat berguna.

" Murabbi Mithali adalah individu yang mempunyai kekuatan nurani yang tulen dan sentiasa menjaga hubungan hatinya dengan Allah SWT sepanjang masa. Sikap kepekaannya akan membangkitkan jiwa-jiwa yang mendampingnya dan sentiasa menanti mutiara kata-kata yang meniti dari bibirnya. 
Setiap ungkapan nasihat dan rangsangan rohani dari tutur bicaranya akan menambahkan rasa cinta kepada hari di saat pertemuan dengan Allah SWT. Malah setiap amalannya yang terpamer akan menambahkan syuur dalam beramal." Bro Hamzah

Pernah satu kelas kami ditegur kerana lakukan benda yang tak sepatutnya, tapi, teguran beliau sangat pendek, tapi mampu mengubah pendirian kami.

Dan bagi yang tak pernah kenal Allahyarhamhu Ustaz Dahlan, dipersilakan baca garapan Hilal Asyraf tentang beliau sedikit masa lalu. (link). Sila baca. Mari saya kenalkan kamu dengan seorang pendidik yang telah banyak mendidik sampai anak-anak muridnya menjadi insan terbaik, Muslim terbaik.

Semoga Allah tempatkan roh beliau di kalangan para solehin dan 'amilin..

"Allahummaghfir lahu, warhamhu, wa'afihi, wa'fu'anhu"


update:
Cerita pengkebumian Allahyarhamhu Ustaz Dahlan semalam (link).
Cerita tentang Ustaz oleh Ukur Kira(link)
Gambar semasa pengkebumian (link)


nota:
[1] Tidak dapat ke Perlis untuk hadiri pengkebumian Ustaz, di wakili abang-abang dan adik yang bertolak lepas saja menerima berita. Tapi tak sempat solatkan dan di kebumikan lepas asar tadi.

[2] Al-fatihah juga kepada M.Rajoli dan rakan blogger Toh Tuan Tanah. Walaupun tak mengenali, semoga keluarga mereka tabah.


Comments

5 Responses to "Al-Fatihah: Ustaz Dahlan Mohd Zain"
  1. Alfatihah untuk arwah.Insya Allah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan soleh dan solihin.

    Takziah untuk ahli keluarga yg ditinggalkan.

    p/s:akan tiba satu saat bila ramadhan datang dan syawal menjelma kita tidak dapat menyambut dan dan merayakannya lagi.kalau bukan tahun ini,siapa tahun tahun-tahun akan datang.

    Zirullah wa zikrul maut.

  2. Doakan arwah ditempatkan di kalangan soleh dan solihin.

    Takziah untuk semua yang mengenalinya.

    p/s : Tidak berkesempatan juga utk menghadiri ke majlis pengkebumian.:(

  3. pasti dia seorang yang hebat. AL FATIHAH

  4. Salam.

    Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz, moga beliau tergolong dalam mereka-mereka yang dirahmati Allah.

    Sentiasa mengingatkan diri, bahawa mati itu adalah pasti, cuma bila dan bagaimana sahaja belum diketahui. Moga2 yang terbaik dijanjikan buat kita semua.

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics