Bahtera: Bahagian 1: Daerah Sepi

Sambungan Bahtera: [Prolog]

Daerah sepi. Hanya ada basikal buruk.

Sudah 10 tahun dia meninggalkan daerah itu. Walaupun dia pernah tinggal untuk tempoh yang agak lama di situ, Munsyi masih tak pasti tentang asal usul nama daerah itu. Ada yang mengatakan daerah itu pernah dijadikan tempat penggambaran cerita 'Sepi' yang pernah pecah panggung  suatu masa dahulu. Ada juga mengaitkan nama tersebut dengan suasana pelabuhan daerah itu yang syahdu. Wallahualam.

Daerah Sepi dahulunya dipenuhi dengan teman-teman seperjuangannya sebelum mereka meninggalkan daerah itu beramai-ramai. Kedatangannya pada kali ini pun hanya semata-mata menziarahi teman karibnya, Jefri. Dia masih setia. Dialah satu-satunya teman sezaman dahulu yang masih belum meninggalkan daerah itu.

Daerah itu merupakan daerah pelabuhan. Pelabuhan Sepi namanya. Satu-satunya pelabuhan yang digunakan oleh pemuda-pemuda zamannya untuk menuju ke Pulau Bahagia. Kalau zaman sekarang, ramai sudah memilih untuk ke daerah lagi satu di timur negara itu, Daerah Rumah Muslim namanya. Daerahnya lebih dekat dengan Pulau Bahagia. Perjalanannya pun tak memenatkan berbanding kalau dari Pelabuhan Sepi.

Pulau Bahagia inilah yang dihuni Munsyi kini. Pulaunya Subhanallah, sungguh membahagiakan. Padanlah dengan namanya. Munsyi pun naik hairan bagaimana Jefri masih mampu bertahan di Daerah Sepi yang sunyi dan syahdu itu. Temannya yang lain dulu semuanya berguling-guling ingin meninggalkan daerah itu.


"Jef, aku dah nak pergi"

"Oh, dah nak pergi?", Jefri menjawab dengan air muka yang tawar.

"Jom la, apa lagi yang kau tunggu? Kesian aku melihat kau di sini, aku pun dah tak sabar-sabar nak pergi", tambah Munsyi.

"Munsyi, belum masa aku untuk ke sana, masanya belum tiba", terus matanya melirik ke ombak-ombak yang menghentam pinggir pelabuhan itu.

"Kau pergilah dulu", tambahnya dengan nada yang sungguh berat.

Dan itulah perbualan terakhir mereka sebelum dia pergi meninggalkan daerah itu 10 tahun dahulu.


****************
Assalamualaikum.

nota:
[1] Esok akan tengok anak bulan kan? tapi rasanya dah tetap raya hari Jumaat. Belum mahu ucap Selamat hari raya sebab masih Ramadhan. Boleh? :)

[2] Banyak assignment yang perlu dihabiskan di masa cuti. Mungkin selepas raya baru habiskan. Sudah ditegur jangan bertangguh kerja tapi masih degil. haish!

[3] Baru terfikir mahu buat Vlog ucapan raya di entri yang lepas tapi dah ada yang buat. Jadi lupakan saja

p/s: Be nice to others Lillahi taala and Allah will reward us accordingly. Selamat berpuasa lagi~

Iklan: Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff 

Comments

10 Responses to "Bahtera: Bahagian 1: Daerah Sepi"
  1. selamat hari raya bro..maafkan aku kalau ada silap ye :)

    Ada Bezakah Raya Anda Tahun INI?

  2. bukan Sepi box office flop ke?
    ok tak ada kaitan.
    kenapa lah cerita ni macam suspen.
    kena tunggu next chapter ni. hehe.

  3. adakah ia akan kekal sepi?

    seperti aku nyatakan, orang akan keluar dari daerah kesepian~

    dan begitu juga dengan watak ini.

  4. @x-po: hehe. selamat hari raya juga. maaf zahir batin :)

  5. @Lisa Farhana;: uit, anti klimaks..tapi sepi best, ingat pecah panggung dah dulu.hehe

    thanks for taking your time reading it. :)

  6. @LORD ZARA 札拉: adakah?itu yang kita tak tahu. jangan bgtau ending nanti penulis akan ubah ending kalau same.hehe

  7. Sy tak dapat tangkap lagi cerita ni pasal apa.Agak kompleks dan kena tunggu sambungan baru faham.

    Sama-sama cuba siapkan assignment.Harap ada keajaiban,dapat siapkan sebelum balik kampus banyak negara.

    p/s: :)

  8. @Sidratul Muntaha: terima kasih sbb baca walau sibuk buat persiapan raya.hehe. kena tunggu baru faham. :)

    insyaAllah.keajaiban utk jadi rajin. :P

    p/s: ^_^

  9. aik.. bukan tengok anak bulan hari nih ke bro? kalo tgk esok, anak bulan nampak atau x memang hari raya akan jatuh hari jumaat.. ;)

    ape2 pon.. selamat menjalani ibadah terawikh terakhir malam nih..

  10. @kyo_9: sebenarnye ku tulis post ni mlm smlm. baru sempat update harini.hehe

    yup. Last minute strive buat yg terbaik :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics