Bahtera: Bahagian 2: Pelabuhan Sepi

Sambungan Bahtera: [Prolog][Ch1]




Seingat Munsyi, masa muda-muda dahulu, pelabuhan itu terkenal dengan dua kilang bahtera. Satunya diterajui Syarikat Iman Bersaudara. SABAR nama pendeknya. Dan yang satu lagi Syarikat Atan dan Rakan-rakan atau lebih terkenal dengan nama pendeknya, SATAN. Kedua-duanya bersaing agar bahtera binaan mereka yang digunakan oleh pemuda-pemuda untuk pergi meninggalkan daerah itu.

Dia masih teringat pekerja Syarikat Atan dan Rakan-rakan. Semuanya berpakaian merah. Topinya juga menghairankan, persis tanduk lembu cuma warnanya hitam. Ada juga khabar angin kononnya mereka itu berekor, tajam lagi. Wallahualam. Tidak pula dia perasan ketika itu. Hairan juga Munsyi, sepelik-pelik mereka ini, ada pula sebuah kelab bola sepak nun jauh di Negara Kulitputih membuat Atan sebagai lambang logo mereka. Kelab Bola Sepak "Atan Si Merah" kalau tak silap namanya.

SATAN ini cukup hebat promosinya mengelabui mata pemuda-pemuda di Pelabuhan Sepi untuk menempah bahtera mereka untuk pergi meninggalkan pelabuhan itu. Tengok saja katalog syarikat itu, bahtera mereka sungguh mempersonakan. Siapa melihatnya memang terpikat. Memang jadi gila pemuda-pemuda di Pelabuhan Sepi dibuatnya. Kalau tempah hari ini, esok pun boleh siap bahteranya. Cepat. Cantik. Mempersona. Murah pula.


 "Munsyi, kenapa kau memilih sangat ni?" Bilis, kenalannya, anak kepada Atan Si Pembuat Bahtera menyindir.

"Bahtera bapak aku buat ni punya cantik, duduk depan mata, kau nak tunggu apa lagi?"


"Kami dah tak tahan dengan pelabuhan ni, kami nak pergi dulu la Munsyi", ujar teman-temannya terpersona dengan hujah-hujah Bilis itu.

Majoritinya begitu.


    Promosi-promosi SATAN sungguh bertubi-tubi menyebabkan kebanyakan temannya bertekad memilih bahtera mereka untuk meninggalkan pelabuhan yang sepi itu. Lalu, ramailah  yang meninggalkan pelabuhan sepi itu dengan bahtera-bahtera binaan SATAN itu.

*********************

Assalamualaikum.

Cerpen disambung seperti yang dijanjikan. Tak tahu samada ada yang mahu membacanya, tapi komen anda tentang cerpen ini amatlah dialu² kan.

Ada berita gembira semalam. Ingat post sebelum ini pasal mungkin akan ada pertambahan keluarga baru raya tahun depan? yang p/s tu? Semalam saya baru saja menerima kehadiran anak saudara pertama. Kak Azah selamat melahirkan bayi perempuan. Nama belum confirm. nanti saya khabarkan ya. We are so excited that we spent the whole day at the Seremban Hospital, waiting to see the baby. hehe

Ok. Sambung kerja dulu. Ahad baru balik ke Kampus insyaAllah. Hope everything is finished by then. But hope alone is not enough, need to force it!

Tiada nota. hanya kata² hikmah:

"Apabila kita mencintai Allah, hakikatnya kita memiliki segala-galanya. Inilah cinta yg tidak terpisah oleh ruang, jarak, masa, harta & kematian."

Sekian

p/s: You deserved better, I think so. No comment.

Comments

8 Responses to "Bahtera: Bahagian 2: Pelabuhan Sepi"
  1. Atan?Bilis?nama-nama ni buat saya senyum. :D

    1.gaya bahasa cerkon kamu seperti antologi berunsur pendidikan.subjek komsas mungkin.

    2.Sebagai pembaca sy masih tidak dpt menangkap apa yang mahu kamu sampaikan.mungkin harus tunggu sambungannya lagi. :)

    3.Tema cerita ini tentang apa?persahabatan dan kesetiaan kah?

    4.Tahniah dan selamat menjadi pak lang.:)

    p/s: No comment juga. :)

  2. @Sidratul Muntaha: hehe.sbg watak penyampai cerita.

    1.mungkin byk bace komsas tu kot.tpengaruh.hehe

    2.terima kasih sbb baca. kena tunggu chapter last br leh tau kesudahannya. :)

    3.tunggu smpai abes br tau tema die.hehe

    4.thanks..tak sabar nk tunggu die pandai ckp dan panggil uncle munsyi. :P

    p/s:xperlu comment.hny mainan fikiran.^_^

  3. Salam kunjungan..

    Jazakallah atas perkongsian entri yg menarik ni... nice blog..

  4. @aisyahHumaira: wassalam. Jazakillah atas kunjungan dan baca cerpen. sekadar perkongsian. :)

  5. Salam.

    Ada bahagian yang buat Zara rasa nak ketuk2 kepala kamu. Nasib baik masa jumpa kamu tak sempat nak komen (baiklah, banyak ruang kosong diisi dengan bicara guru)

    hahaha.

    "Kelab Bola Sepak "Atan Si Merah" kalau tak silap namanya."

    Kenapa rasa macam cursor aku di blog ya?
    Hehehe.

  6. @LORD ZARA 札拉: wassalam. bahagian manakah? sile komen disini. :)

    hehe.sama ke atan merah tu?

  7. Bahagian yang ku tulis di atas tu.
    Haip.

    Yang lain ada maksud yang cukup tersirat, dan tersurat dalam masa yang sama.

    :)

    Memang betul agaknya kata Ummi, kamu ada dapat ilmu2 kursus yang dia ikuti di Institut Bahasa (IB) sewaktu dia mengandungkan kamu.

    :)

  8. @LORD ZARA 札拉: ye la..bahagian yg mahu ketuk2 tu merujuk kpd bahagian mana ya?

    sudah boleh faham yg tersirat. bagus2. :)

    hehe.itu cerita lama.mungkin juga kot. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics