Bahtera: Bahagian 3: Bahtera Syarikat Iman Bersaudara

Sambungan Bahtera: [Prolog][Ch1][Ch2]


Tinggal sedikit sahaja yang masih di Pelabuhan Sepi itu. Mereka ini memang tidak pernah mempercayai dengan bahtera SATAN itu. Ramai yang pernah terkena.

Benar, tak lama setelah pemergian teman-teman mereka beramai-ramai dengan bahtera masing-masing binaan Si Atan itu, mereka banyak mendengar khabar berita yang menyedihkan.

Ada yang sudah mati kelemasan akibat karam. Ada yang tersesat kemana hala. Pulau Sengsara kah namanya Munsyi pun tak pasti. Atau Pulau Jahanam kah? Yang pasti pulau-pulau yang sangat tandus dan jauh tak ketemu oleh orang-orang biasa. 

Ada yang terselamat, ketika terapung di tengah lautan, ditemui oleh pekerja-pekerja Syarikat Iman Bersaudara dan dibawa pulang ke pelabuhan. Mereka inilah yang terkena. Ada yang bertekad untuk memilih SABAR, ada juga yang masih gelojoh memilih SATAN. MasyaAllah.

Sebenarnya bahtera binaan SATAN semuanya membawa kepada kehancuran. Luarnya saja nampak mempersonakan, hiasannya menyebabkan mata yang melihat semuanya terpikat. Tetapi sebenarnya bahtera itu semuanya dibina dengan kayu-kayu reput. Dibinanya pun sambil lewa. Kadang-kadang pekerja yang malas, sekadar cincai-cincai membina bahtera dengan kaki. Punya malas menggunakan tangan.

Yang tinggal menanti di Pelabuhan Sepi, semuanya percaya dan yakin dengan bahtera binaan Syarikat Iman Bersaudara itu. Pekerjanya berakhlaq baik. Sentiasa mengingati Allah SWT. Bahteranya memang mengambil masa lama untuk siap, kerana ia dibina dengan penuh ketelitian. Kayunya dicari nun di tengah Hutan Koyan, daerah pedalaman negara ini. Pasti berkualiti. Ukurannya dipastikan tepat. Malah Munsyi maklum bahawa kilang itu mempunyai crash test, test drive dan R&Dnya sendiri. Semuanya demi memastikan bahtera mereka selamat membawa pemuda-pemuda menuju ke Pulau Bahagia.

    Munsyi dan teman-temannya yang tinggal, mendapat bahtera tempahan mereka 10 tahun lalu. Bahtera kepunyaan Munsyi diberi nama HZ. Pendek tapi amat bermakna. Bahar, rakannya, letakkan nama TI-a pada bahteranya. Bahan binaannya diimpot dari hujung utara negara ini. Aris punya bahtera bernama ID-a. Ramai lagi teman-temannya dengan bahtera masing-masing. Bahtera-bahtera inilah yang membawa mereka ke Pulau Bahagia meninggalkan Pelabuhan Sepi lama dahulu.

********************

Assalamualaikum dan Selamat Hari Malaysia (Semalam).

Berjaya menulis sedikit lagi. Lagi satu post, episod Bahtera akan siap, insyaAllah. Kepada yang sempat baca dan meninggalkan komen, sekalung perhargaan diucapkan. Bukan mudah mahu duduk sebentar dan habiskan apa yang saya garapkan memandangkan semua masih berada di mood cuti raya dan cuti Hari Malaysia, semalam. Video Hari Malaysia ini sangat lucu. suka. [link]

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada adik yang ke7, Muhammad Basyar Ridha. Dia banyak membantu dalam urusan kemas² rumah, masak² memandangkan kekurangan tenaga kerja perempuan di rumah.


Semoga berjaya dalam hidup dan lebih rapat lagi dengan Allah dalam setiap perbuatan. 


Dan terima kasih kepada rakan blogger yang datang ziarah pada hari ni. Maaf atas segala kekurangan ya. ^_^

Ada lagi 2 hari sebelum bertolak pulang ke Uni. Jumpa lagi kalau berkesempatan.

Tiada nota, tiada kata² hikmah.

p/s: Syafakallah/Syafakillah. Ramai yang tak sihat bila balik dari beraya. Jaga kesihatan untuk kepentingan Islam.

Comments

16 Responses to "Bahtera: Bahagian 3: Bahtera Syarikat Iman Bersaudara"
  1. 1.kamu gunakan bahasa simbolik.setiap penyampaian kamu melalui 'bahtera', ''sabar' dan 'satan' ada maksud tersendiri.Sy baru faham...

    2.Lambatnya sy faham.Selalunya penulisan kamu straight to the point.jd untuk kali ini ada bezanya.kena membaca dgn hati baru maksud sampai.

    3. Mudah-mudahan bahtera HZ adalah bahtera terbaik buat nakhoda,isi dan anak-anak kapal. Begitu juga bahtera lain milik teman-teman.

    ps: Ameen.Sila Cepat sihat sesiapa yg sedang sakit.

  2. Salam.

    Terima kasih atas layanan yang sangat baik semalam. Salam buat Umi yang baik dan menerima kedatangan kami semalam. Sangat terharu walaupun jujurnya sangat nervous.

    :)

    Mengenai cerpen bersiri, semakin menarik, semakin menuju ke sesuatu yang mungkin lebih daripada tahap yang dijangka. Ada penggunaan metafora yang menarik dan perlu dibaca sekali lagi untuk mendapatkan inti pati cerita yang digarap.

    P/S : Rumah kamu sangat sejuk. Dan jangan pasang kipas bila dah ada air-cond, kata sayangkan Bumi? tak nak bazirkan tenaga?

    ^.^

  3. @Sidratul Muntaha: 1. yup. pendekatan simbolik. :)

    2. tak pe. dah baca dan komen pun sudah cukup bterima kasih.

    3. Bahtera HZ bahtera pilihan nakhoda, buatan SABAR. InsyaAllah terbaik. :)

    p/s: ramai tak jaga makanan mada beraya ni hehe

  4. @LORD ZARA 札拉: wassalam.
    terima kasih sbb datang jauh2 beraya. Hehe. nak nervous kenapakah?

    Terima kasih sbb sudi baca dan komen. Dah siap nnti tolong komen lg ya. :)

    p/s:kalau tak pasang kipas, aircond tak rasa,lgpun masa tetamu dtg je baru pasang aircond. :)

  5. Kenapa nervous?
    Itu kali pertama Zara singgah atau beraya di rumah lelaki tanpa dengan rakan-rakan rapat. Sangat menakutkan sebenarnya perasaan itu (antara sebab kenapa kami duduk lama mencari surau atau masjid, tangan terketar2 memandu kereta)

    >__<

    InsyaALLAH.
    Hasil garapan kamu sentiasa dibaca walaupun mungkin acapkali terlambat. Alangkah menulis untuk diri sendiri juga tidak mampu sejak kebelakangan ini, apatah lagi mahu menjengah teratak orang lain kan?

    :)
    Sekarang sedang berusaha untuk projek terbaru, perlawanan liga menulis. Dapat tugasan menulis cerpen berunsur Islamik (sudah buntu diri ini). Runut Irama Jiwa Kita adalah hasil yang sedang terbengkalai, mungkin akan dicedok ilhamnya dari situ juga.

    :)

    P/S : kamu buat tetamu kamu yang ini (merujuk kepada diri sendiri) bertambah sejuk kaki dan tangannya sewaktu menikmati hidangan Ummi kamu. :)

  6. @LORD ZARA 札拉: hehe. Datang ziarah saja,tak perlu nervous sgt. :P

    takpe. asalkan terbaca dan beri buah fikiran dah cukup bagus utk improve penulisan ni. thanks ya

    wah,tak leh lawan org yang banyak menulis spt kamu. :)

    p/s: patutla tak berselera makan. :P

  7. Hahaha.
    Memanglah atas niat zaiarah sahaja semalam tu. Tiada niat lain. Kalau Amani ada, mungkin niat sudah lain juga. Hehehe.

    Ah, walaupun menulis banyak, tidak sehebat kamu yang sentiasa mendapat sambutan hangat.

    :)

    P/S : hahaha. itu dah kenyang ya? :)

  8. @LORD ZARA 札拉: too bad amani takde.kalau tak,mesti hilang nervous makcik zara. :)

    sambutan apakah?kalau ada yg baca pun sudah dikira bagus.asalkan maksud smpai. :)

    p/s: ya.tahu. sopan gitu.

  9. Makcik Zara?
    Auntie Zara please. Auntie, not makcik. I taught Hani, Irsyad & Hana to called me as Auntie Imah. Hahaha. Now, Amani need to call me as Auntie Zara. (Sounds too urban huh?)

    Selalu dapat komentar yang memberangsangkan. =)

    P/S : Kenalah sopan. Kang malu Abah & Bonda nanti. =p

  10. @LORD ZARA 札拉: Baik auntie zara. makcik pun nmpak smart pe.hehe

    tapi yg tu je yg baca.tu pun dah syukur. :)

    p/s:bagus2. :)

  11. Shafaza commented a lot. LOL!

    Anyway, I didn't read too much BM nowadays. Perhaps I need to polish my literature skills back.

    =__=

    Anyway, I guess, it's a good post.
    :)
    Waiting for more.

  12. @L: sambung sembang. :P

    thanks for reading n leaving ur comment. means a lot to me. :)

  13. kekurangan tenaga kerja perempuan? xpe. kan da dpt ahli keluarga perempuan yg baru. :) so excited ye paklang. hehehe

  14. @Aina Nona Nano: hehe.lambat lg baru amani boleh tlg buat keje rumah. mesti la excited. tunggu la your turn nanti cmne. :)

  15. faham2...hehe....

    tulis lagi...tulis lagii...=)

  16. @ZihNuN FaTiN: faham ke? thanks for reading kak. insyaAllah akan bersambung :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics