Bahtera: Bahagian 4 : Mus


Sambungan Bahtera: [Prolog][Ch1][Ch2][Ch3]







"Assalamualaikum adik, Kenal abang Jef? Rumahnya di mana ya?"


"Waalaikumussalam, Abang Jef?"
"Tak pernah kami dengar nama Jef tu bang", si orang muda itu menjawab.

"Orangnya tinggi-tinggi, nak kata cerah tak berapa cerah, nak kata gelap pun tak berapa gelap. Pelatnya kadang-kadang seperti orang daerah Holotan",jelas Munsyi.

Lama orang muda itu berfikir.

"Oh, orangnya macam saya kenal tapi..."

"Tapi apa? Dia masih hidup kan? " risau Munsyi mendengar perkataan tapi itu.


"Masih rasanya. Tapi, orang di sini panggil dia Mus, bang"

"Mus? Mana saya boleh jumpa dia?", lega bercampur teruja, Munsyi terus bertanya.

"Hmm, susah sikit tu abang"

"Saya dengar cerita, sejak 10 tahun dulu, dia menanti bahteranya. Tapi belum siap-siap. Banyak juga orang-orang SATAN menawarkan bahtera-bahtera mereka, namun dia tetap memilih bahtera binaan SABAR. Tapi bahtera Mus ni katanya ditempah dengan spesifikasi yang tinggi. Dan Allah izin, banyak pula tertangguh pembinaan bahtera itu", serius orang muda itu bercerita.

"Kononnya juruteranya menuntut ilmu khas untuk membina bahtera tersebut di negara seberang. Lama juga. Tambah pula ketika menuntut itu, rakyat negara seberang mogok-mogok tentang isu sempadan laut. Tertangguh juga pengajian jurutera itu. Ada juga katanya kayu pilihannya untuk membina bahtera itu perlu ditunggu lama untuk ditebang. Wallahualam. Tapi yang penting, dia harus tunggu", tambahnya lagi.

Munsyi terangguk-angguk.

"Jadi, dia di mana sekarang dik?

"Dia mengembara bang. Pergi merantau di negeri orang. Menuntut ilmu untuk untuk melayar bahtera kata orang. Kadang-kadang dia akan pulang, duduk seorangan di tepi pelabuhan. Kadang dia dagang kembali"

"Sekarang?"

"Wallahualam bang", kedua bahunya diangkat menandakan tidak tahu.

"Haa bang! Saya baru teringat. Mus tu nama panggilannya saja. Singkatan daripada nama julukannya Musafir Sepi".


"Kalau abang nak cari, mungkin abang boleh ke daerah sebelah atau sebelah lagi atau sebelah lagi atau lagi sampai abang jumpa. Mungkin ada orang dengar khabar berita tentang Musafir Sepi tu", si orang muda menamatkan perbualan.


******************

EPILOG

Lama Munsyi berdiri di pelabuhan itu. Benarlah tak ramai yang mampu menunggu. Suasana pelabuhan itu benar-benar sunyi. Jiwa mana yang mampu bertahan.

"Jef, sedihnya aku mendengar cerita kau", Munsyi bermonolog.

Hajatnya tak kesampaian untuk bertemu Jef. Namun kisah yang didengarnya itu cukup untuk memberitahu dia bahawa Jef masih setia.


Musafir Sepi, kau masih setia,
Menanti hadirnya bahtera,
Membawamu ke Pulai Bahagia.


****************
  
Assalamualaikum.

Dengan ini, cepen bahtera telah tamat. Mungkin ada sambungannya, mungkin juga tidak. Yang pasti, bila bahtera milik Jef atau Musafir Sepi siap sepenuhnya, saya akan khabarkan.

Terima kasih kepada yang melontarkan komen membina dan mengkritik. Terima kasih sangat.

Hari ini akan pulang ke kampus. Dengan berita sedih semalam, saya terfikir banyak benda, jadi khuatir tidak sempat menyampaikan cerita Bahtera ini, saya menyiapkan dan set this post to auto-publish.

dan entri lepas ini pun akan di auto-publishkan. Ada benda mahu beritahu.
Selamat pulang kepada sesiapa yang akan pulang ke kampus masing². Harap jaga diri, Iman dan hati. Have a safe journey. Terutama rakan² dari UIA, USIM, UiTM, UM, UTM, UPSI, UTeM, Kolej di Terengganu, dan lain²

Kepada rakan yang telah bekerja. Semoga terus tabah dalam melayan kerenah manusia.

Juga kepada rakan² blogger yang berada Seoul, Kyoto, Pullman, Sheffield dan sewaktu dengannya, jaga diri di negara orang ya. Tunjukkan kecantikan Islam kepada seluruh dunia. InsyaAllah.


Adik, Lutfi Na'eem akan berlepas ke Sheffield University, UK untuk sambung belajar dalam bidang Medicine. Mohon doakan beliau. Kepada Na'eem,

"Jaga diri, jaga Solat di awal waktu, jaga HDA, saling ingat-memperingati. Semoga Allah lindungi sentiasa dalam RahmatNya."

Kami sekeluarga akan bertolak petang ini lepas asar ke KLIA. Flight 11 malam. Doakan semua selamat ya.

Ini penulisan jam 1.39 PM, Jumpa lagi. 

Comments

6 Responses to "Bahtera: Bahagian 4 : Mus"
  1. Salam.

    Shu'bah, pengakhirannya seperti yang dijangka. Akan tergantung seperti cerpen sebelum ini.

    :)

    Maknanya semakin mendalam dan jujurnya, sangat difahami apa yang cuba disampaikan oleh anda dan juga penulis kisah sebuah ceritera.

    -Jaga diri buat kamu.
    -Jangan bertangguh-tangguh buat tugasan.
    -Jaga makan minum, jangan skip waktu makan.
    - Jangan tidur banyak sangat sampai terlajak ke kelas.
    - Banyak lagi nak pesan tapi macam biasa, sentiasa doakan yang terbaik buat kamu sahabat. Itu sahaja.

    :)

    Salam.
    Ukhwah fillah.

  2. penuh pesanan :) harap sampai semua nya. jaga diri juga abang :)

  3. menarik giler novel ringkas nih..
    keep up da good work bro~

    p/s ak dah pulang ke Jpon~ masih di Tokyo tp malam nih bergerak pulang ke Shiga dengan bas..

  4. 1.Setuju dgn komen Cikgu Zara.karya kamu pengakhirannya mesti tergantung.Trademark. :)

    2.Suka dengan watak Jeffri/Musafir Sepi.Digambarkan seorang yang bersabar untuk mendapatkan yg terbaik dlm hidupnya.

    3.Cadangan sy,cerkon yang seterusnya ditulis dalam bahasa Inggeris,seperti cerkon pertama kamu yg pernah sy baca dulu.Apapun, suka dgn cerkon BM kamu.saje nak suruh kamu tulis English balik. :p

    4.take note pesan dan nasihat Cikgu Zara. :)

    p/s:Untuk Lutfi Na'eem.Kamu adalah insan terpilih dalam jutaan pelajar yg berjaya ke negara asing mengutip dan mencari ilmu.Semoga menjadi manusia bermanfaat di sana dan pulang dgn title doktor islam yang berjaya.ameen.

  5. sila sambungggg.,

    bace part 4 dlu sblm 1,2,3 haisyy. kena belek balik.

  6. kita berhak utk tdk menunggu bkn?tp bagaimana jika sudah tersimpul jd 1 janji?

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics