Bahtera: Prolog

BAHTERA

Pelabuhan sepi di daerah sepi. Sepi.
 
PROLOG


"Encik, sudah sampai, Alhamdulillah".



Teguran anak kapal mematikan lamunannya.


Terus dia mengambil bagasi dan keluar dari perut kapal. Tidak sabar untuk melihat daerah yang telah lama dia tinggalkan.


"Subhanallah, pelabuhan ni masih tidak berubah"
, dia bermonolog.


"Daerah Sepi masih seperti dulu. Masih sepi. Senyap. Sunyi." 

*************

Assalamualaikum.

Syawal sudah hampir namun masih belum terlambat untuk teruskan pohon keampunan Allah di bulan Ramadhan ini. Kita kan suka buat last minute, kalau buat ibadah sampai minit² terakhir kan sama juga. Paling kurang dapat pahala berganda untuk tadarus dan berzikir kan?InsyaAllah.

Dalam mood menulis cerkon (cerpen kontot). Buat pembaca penulisan saya di awal Jun lalu, pasti teringat Cerkon Duri dan Mawar. Kalau lupa boleh refresh balik. Klik untuk baca [link]

Maaf. Prolog sangat pendek. Sudah namanya cerpen kontot. Mungkin ada 4 chapter seperti biasa. Harap dapat terus menulis habiskan sebelum raya. Sempatkah? hehe

Baik. Sampai sini saja.

Nota:
[1] Mahu berkongsi artikel tentang [Peluang Ramadhan Last minute] dan [Lailatul Qadr]. Belum terlambat rasanya. Mungkin juga berguna di masa hadapan. Sudi² lah baca bila ada kelapangan.

[2] Mood beraya seperti tahun sebelumnya. Bila sudah meningkat dewasa sudah malas mahu pergi beraya. Tapi suka juga kalau ada kek kegemaran, Banji Roll *coughsomeonecough*

[3] Rasa macam mahu buat Vlog ucapan raya. hehe.

p/s: maaf kalau ada tersilap bicara, kerana kadangkala hanya tahu bergurau tanpa fikir. maaf. 

Comments

12 Responses to "Bahtera: Prolog"
  1. Daerah sepi itu tidak akan terus sepi..

    itu pasti.

    =)

  2. shu'bah,join la e sastera...letak cerpen2 shu'bah dlm 2...mn tau cerpen shu'bah bleh diketengahkan..

    http://www.esastera.com

    teruskan menulis!=)

  3. bro, harap masih belum lewat ntk mengucapkan "Selamat menjalani ibadah puasa" :)

  4. teruskan berkarya.. mula2 cerkon, lepas ni cerpen plk.. lepastu novel plk.. ;)

  5. Pendeknya.Saje je nak buat ayat tergantung.Biar ada unsur suspend di situ? :)

    Berkarya selagi bole boleh.jgn tiru sy.berhenti tgh jalan sbb wahyu tak sampai-sampai.

    p/s:Maaf Zahir Batin. :)

  6. salam...teruskan berkarya dik...sokongan dari alam maya..

  7. @ZihNuN FaTiN: Belum sampai mase kot.hehe. malu la tulis main2 je.

  8. @Yani: Harap2nya begitu la tp mmg saje2 menulis je ni. :)

    thanks sudi baca

  9. @Sidratul Muntaha: hehe.suspense la sgt. itukan prolog.

    lama betul wahyu nk sampai. Baru siap Uhubbukafillah 3 dlm bape tahun ntah. :P

    p/s: same la~

  10. @ku_Merpati: wassalam. thanks akak ayu atas sokongan. baik cikgu! :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics