Beraya bersama F..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sudah syawal ke 4 hari ni, patutnya sudah boleh mula puasa sunat 6 hari syawal. Kalau tiap Isnin dan Khamis puasa, insyaAllah sudah boleh selesai dalam 3 minggu. Bagi yang perlu ganti puasa, niat sekali nak ganti puasa pun boleh. Mudah kan Islam? Nak tak nak je..

"Puasa sebulan, raya pun sebulan la.."

Ayat biasa kita dengar.Sebenarnya Eid yang kena sambut hanya sehari, sebagai tanda kesyukuran. Tak salah nak buat rumah terbuka untuk keluarga, sahabat handai datang ziarah, tapi jangan sibuk beraya sampai lupa apa yang kita raikan sebenarnya dengan kedatangan syawal ini ya.


Raya tahun ni meriah dengan kehadiran 2 kakak ipar. Hanya pergi ke rumah sanak saudara pada 1 syawal dan selebihnya menerima tetamu di rumah. Alhamdulillah dengan bantuan kakak² ipar, dan yang lain, tetamu yang hadir dapat merasa Nasi Ayam masakan Umi. Ayat yang selalu kami guna untuk usik Umi, "Umi kalau masak...sedap~ kalau tak masak...tak rasa apa²~" hehe (mesti kena marah lepas ni)

Dan hari ini rumah kembali lengang. Usai saja ambil gambar keluarga lewat malam semalam, Bang Khalid dan Kak Azah bergegas pulang ke rumah mereka di  Gadik, dan Bang Am dan Kak Nik bertolak pulang dan selamat sampai di Seri Kembangan.


Letih bila meraikan tetamu semalam, walaupun saya tak menolong banyak pun kecuali basuh pinggan yang digunakan, membuatkan saya update status twit yang ni:

"Tiap2 tahun mesti terima kunjungan org je. malas nak pegi beraya thus byk pinggan kena basuh"

dan kawan baik sama kursus di Kampus Banyak Negara, Fuad ingatkan saya: "tetamu yang datang adalah pembawa rahmat, perginya penghapus dosa" Terima kasih sahabat..

Jadi, tahun ini beraya dengan dua F..

[1] Family:

satu perkara yang bagus masa Eid ialah dapat berjumpa ahli keluarga dan mungkin berkenalan dengan ahli keluarga yang baru atau yang sudah lama terputus hubungan.

Raya tahun ni, dapat pergi beraya rumah nenek Kak Azah di Umbai, berjumpa dengan keluarga sepupu Umi yang datang beraya dan pastinya keluarga Umi (Busu, Mak Cik Amy, Mak Cik Nor, Pokteh, Mak Long, Pak Abai dan lain² lagi) memandangkan Umi berasal dari Melaka. Ramai adik beradik akan beraya di Melaka.


[2] Friends:

raya tahun ni belum ziarah kawan² yang sama² belajar di UIA. Selalunya kawan² di Bangi akan buat rumah terbuka. Mungkin juga ada yang di Subang atau Banting nak buat open house tahun ni, jangan segan² jemput ya.hehe. tak malu.

dan sejak lebih kerap update dan berinteraksi dengan kawan² blogger, raya tahun ni dapat 2,3 kad raya dari blogger. Tapi sebab hantar lambat, mungkin lepas raya baru dapat. Apa² pun, thanks a lot guys~



Pesanan penaja

Eratkan ukhuwah, kalau ada yang silap faham, masa inilah nak betulkan keadaan balik. Ikatan kekeluargaan dan persahabatan yang dilandaskan kerana Allah tu kan dapat ganjaran pahala dan kasih Allah.

dan jangan berlebihan dalam pemakanan, beraya. sambutlah dengan kesederhanaan~

Sekian. Jumpa lagi.

oh ya, bagi sesiapa yang terlepas. Sedang menulis cerpen baru berjudul Bahtera: [Prolog] [Ch1]. Nantikan sambungannya di entri akan datang. thanks~

nota:
[1] akan berada di Melaka sampai sabtu atau ahad insyaAllah. Kalau ada yang nak beraya, jamu kuih-muih saja boleh tak?hehe

[2] ada yang akan bertolak pulang ke kampus masing² disebabkan ada kelas awal atau ikut kawan atau terbeli tiket awal. Semoga selamat perjalanan balik ke kampus ya. Hati² ~

[3] Menulis dari pagi tapi malam baru di publish. Leka dengan benda lain. uish..kalau study rajin macam ni kan bagus. hmm.

Kata hikmah untuk kali ini,

"Teladan yang baik. Tidak perlu menasihati.Cukup dengan memandang wajah, tingkah laku dan sikap. Sudah teringat Allah. Alhamdulillah."

p/s: raya tahun depan insyaAllah akan bertambah ahli keluarga kami. Doakan mereka sihat² ya~

Comments

14 Responses to "Beraya bersama F.."
  1. Thanks untuk peringatan puasa 6.
    puasa bulan ramadhan + puasa 6 = puasa setahun. (mafhum hadis)

    Nice pictures. :)

    p/s: tahun depan dapat anak sedara baru ke? Selamat untuk mereka yg terlibat. :)

  2. A big family. Semua lelaki nampak sama tinggi :)

    p/s: Pergh dah ada cerpen. Aku tak sempat nak buat lagi weh. Angan2 dah lama.

  3. Setiap kali nak komen tapi bila terpandang sesuatu yang buat diri sendiri tekan X, kadangkala akan ketawa sendirian.

    Betapa masa berlalu.
    Betapa entahlah.

    Selamat hari raya.
    Naik cuti, dah boleh mulakan puasa 6.
    Amalan setiap tahun, moga2 tahun ini akan terlaksana juga.

  4. ramainya hero dalam family...=)

    mai la penang..hee

  5. cik abang musyi hensem nya :) haha selamat hari raya :)

  6. ahaa.. ramainya guys in your family :) i have no bro, we are all sisters ^_^

    p.s. munsyi, nk ask your favor, if possible in any of your next regular post (abt leisure, travel etc or apa2 je lah yg bleh muat).. tlg letak iklan kecik kat ur footnote, regarding my serviced aptment biz. no need to introduce byk pun, just link to my post here dah cukup : click here

    as return for u i'll give special discount la if u ever come visit kb kay ;D

    tq so much!

  7. assalamualaikum...

    haven't visited this blog in eons. been busy as a final year student. I see that u've written a few stories as well. will read them soon, insyaAllah..

    Eid Mubarak! (though it is a late wish)

    may ALlah bless

  8. @fatin
    yes.tak start lg ni,byk open house. :P

    thanks~

    p/s:ala..dah kantoi. :)


    @hami
    yup.8, all boys.same tinggi?aku paling tinggi kot.hehe

    p/s:sile buat skang.tak sabar nk bace ko punye. :)


    @zara
    ayat touching. :P

    selamat hari raya. insyaAllah. wah,bagus2.


    @amirah
    8 org hero,2 dah kawin.hehe
    jauh sgt penang.tmpat lahir dlu.:)


    @naz
    uit,jgn puji2.hehe.thanks.SHR~

  9. @ilyani
    yup. 8 boys. no sister. only 1 adik perempuan susuan. :)

    p.s: InsyaAllah. I'll put it.

    i think, it's better if you make a banner or something.easier for people to click and go to that particular post.

  10. @humayra'
    waalaikummussalam.

    me too.i visit back those who left comments.no time to visit all my friends. thanks for visiting here. :)

    thanks. will wait for ur opinion on my stories.hehe

    Eid mubarak to u too. Kullu am wa anti ilallahi aqrab :)

  11. kat belakang tu macam kumpulan nasyid la..hehe..

    salam aidilfitri...

    jom singgah blog saya,
    Husna Raihana

  12. hehe. boleh buat kump nasyid pun. :)

    Salam aidilfitri juga

    thanks for dropping by

  13. munsyi somel... :)

    wahh.. suma adik beradik laki ea? cool.. :D

    and and, selamat hari raya... maaf zahir batin... tapi sha tade wat salah pun kan?.. :D

  14. @.sDanial.: Thanks sha :)

    yup. 8 boys. cool kan? hehe

    Same here. Selamat hari raya. maaf kalau ada salah :D

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics