Makan, Perhati, Belajar..

Petang yang hening. Hujan mencurah-curah sejak tengah hari. Usai tamat kelas Internal Combustion Engine (ICE), Musa bergegas pergi ke bank selesaikan urusan pembayaran yuran untuk semester ini.

Bank

"Lagi dua semester rupanya. InsyaAllah akan tamat tahun hadapan. Banyakkah yang ku pelajari sepanjang berada di kampus ini? hmm" getus hati kecil Musa.

“4018, Kaunter 2” Lamunan terhenti. “Ya, saya.”

“Laju kakak ni buat kerja. Efisyen. Mesti sebab dah lama kerja. Lagipun ramai juga yang menunggu giliran” fikir Musa lagi.

Kakak Bank tersenyum sambil menghulur salinan resit pembayaran. Penat tapi masih professional. Musa senyum kembali, angguk dan beredar pergi. Perlu hantar salinan resit bayaran ke Bahagian Yuran kampus. Baru selesai tugasnya untuk harini. Hantar dalam kotak yang disediakan. Tak perlu beratur panjang. Selesai.

Pau. Kredit

Cafe SK

Terus ke Kafe Fakulti Sains Kemanusiaan. Entah kenapa mengidam Pau Coklat kegemarannya. Pau coklat dan Kopi ais dipesan seperti biasa. Beri duit dan terus duduk di meja berdekatan sinki. Laptop dibuka sambil tangan menyuap pau ke dalam mulut. 

“Sudah update belum Munsyi hari ni. Sudah 3 hari. Sibuk nampaknya.” “hmm. Belum.Mujur ku tahu password blogger.com nya. Nak baca kisah baru, Nakhoda dalam draft. Katanya dah tulis sedikit hari itu.”
Bahtera yang sempurna, cantik dipandang, berkualiti sangat sukar dijumpai. Harganya saja sudah mahal. Perlu kepakaran yang tinggi juga dalam mengendalinya.
Jadi, nakhoda memutuskan untuk berhenti belayar dan sambung ilmu mengendalikan bahtera mahal itu. Biarlah Jurutera dari Jepun itu sambung baik pulih bahtera. Dengarnya sangat mahir bab² ini. Nakhoda pun tak pasti. Yang pasti, bahteranya berada dalam keadaan selamat sampai masa dia datang kembali. InsyaAllah.

“Ceh, sedikit betul. Nak jadi cerpen pun lama lagi ni.” Hampa tapi tahu rakannya itu sibuk. Kata rakan sebilik, mesti kena faham. Melihat sekeliling sambil mengunyah lagi. Satu tabiat Musa adalah memerhati perlakuan orang semasa mengunyah makanan.

Di depan ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Duduk semeja. Berbual mesra. “Mungkin sudah berkahwin.” Cuba bersangka baik. “Ya, ada cincin keduanya.” Senyum. "Kan best kalau sudah halal hubungannya. Bercinta pun dapat pahala." Musa mengelamun sebentar. Senyum lagi.

Pusing kiri. Pasangan yang lain. Bertepuk tampar. Tiada cincin. “Nak bersangka baik tapi kemesraan lain macam. Kalau kawan pun ada batasnya. Hmm. Agaknya tak tengok Banting tu agaknya. Tapi takkan tak tahu. hmm..Nak bermesra senang saja. Kahwin. Kalau fikir belum mampu, jangan bergurau senda begitu!” bentak hati Musa. Sedih. Minta dijauhkan.

Toleh kanan. Sekumpulan pelajar perempuan dari Negara asing. Comoros atau Sudan barangkali. Masa yang sesuai bergurau senda dengan rakan, masa makan. Rapatkan ukhuwah. Kalau nak study kurang berkesan. “Tapi..nak ketawa pun agak² la. Jaga akhlaq, lagi² kamu tu perempuan. Haish..”  Musa garu kepalanya yang tak gatal.

“Assalamualaikum. Boleh duduk sini?”

tersedar Musa dari lamunan. “Sila². Tak ada orang pun.”

“First year?”

“Ya. Bro?”

“Final year.” Senyum. Teringat masa awal² berada di kampus ni. Lebih kurang sama. Tapi junior ni nampak lebih matang. Berkopiah. Wajah bersih.

“Ilmu wahyu?”

“Tak. Ekonomi. Bro dari Engine? ” sambil matanya melirik ke buku teks ICE Musa.

“Hehe. Ya. hmm..Minta diri ya. Mahu ke kelas.”

Salam dihulur dan beredar pergi.

Pengajaran

“Tak salah kan buat baik dengan semua orang. Kadangkala, dari situlah terbitnya persahabatan. Dengan memberi salam dan bertegur sapa. Tu kan diajar Rasulullah.” Teringat pesan seorang senior. Dari situ jugalah dia mengenal Munsyi dan Shin. Senyum.
Mungkin betul agakan Musa dan mungkin juga sebaliknya. Tapi untuk diri, dia telah belajar sesuatu hari ini dari pemerhatiannya. Sifat²  manusia yang bermacam², adab yang perlu dijaga seorang Muslim/Muslimah dan relevannya satu tuntutan Islam, beri salam. Ini juga peringatan buat diri. Sudah tahu kena amal.

"Ah, kelas batal pula. Mahu berehat sebelum asar."

Senyum lagi lalu beredar pulang ke kamar A1.4.Banyak senyum hari ni.

Comments

12 Responses to "Makan, Perhati, Belajar.."
  1. Musa?

    Munsyi Sama?

    :)

    baca barus pertama sudah boleh kenal itu kamu wahai sahabat.

    jaga diri, jaga hati, jaga iman.
    doa Zara, moga yang terbaik sentiasa menjadi milik kamu.

    :)

  2. klu buat salah jangan lupa terus tegur ya
    ;)

    smlm main pes ngn adik ko kena bantai... ooh!

  3. salam..

    semalam juga dapat pengajaran yang sama setelah diuji beberapa hari ini:

    'senyum itu gambaran keadaan hati seseorang'

  4. MUNSYI SGT KRETIF.. KEEP IT UP!.. Cerita hidup yang realiti memang nampak unik apb dicereka dan diceritakan..

  5. senyum... :) senyum selagi mampu senyum... entry yang penuh bermakna... tapi kadang2 sebab sha terlalu memerhati, dalam fikiran mula fikir yang bukan2... tapi cepat2 la kembali kat dunia nyata dan biarkan jela mereka tu.. life mereka, kite sekadar memerhati... kan? :)

  6. lama tk dtg :) we people observe, the mre we observe, the more we learn.

    ps: bersngka baik dlm smua perkara mmg bagus ;)

  7. Suka entri ini. Itulah salahnya kita sekarang ni. Bagi salam kepada yang dikenali saja. Yup, dengan memberi salam ukuwah itu bakal terjalin dengan indah. Indah bukan Islam? Eh Musa ialah Munsyi?

  8. kalau wa ada wat silap

    sound je wa

    wa tak amek hati pon

  9. hehe, iyea2 :))

    berbuat baik dgn 0rang kan PAHALA :)

  10. Assalamualaikum.

    Suka penceritaan bersahaja begini.Gaya diari.Watak Musa adalah pengkritik diam yang belajar drpd pemerhatian.Mirip diri ini juga.

    Sampaikan salam pada nakhoda.:)

  11. senyuman menceriakan kehidupan.smile..(◕‿◕)Y

    maaf.blog lama saya dah tutup terus atas sebab2 tertentu.huhu.

    blog baru dah muncul.tapi still in progress.:)

  12. hahaha.. munsyi lah munsyi.. tp kan TQ sebab banyak nasihat dan peringatan :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics