Ramadhan 101: 15 alasan perlunya merindui Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Ramadhan Hari terakhir,




Mesti semua pun tengah sibuk dengan persiapan raya kan? Dalam kesibukan raya itu, jangan lupa yang kita masih ada peluang sebelum Ramadhan pergi dan hanya boleh rindukannya saja. Eh, perlu ke rindu?


Ya. Mari saya beri 15 alasan kenapa perlunya rindukan Ramadhan atas sebab:


[1]  Gelaran taqwa:
Salah satu cara nak dapat taqwa (yang Allah beri ganjaran syurga) adalah dengan berpuasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."(Al-Baqarah: 183)

[2] Bulan pengampunan.
Semua telah sedia maklum, Allah akan mengampuni dosa² hambaNya yang berpuasa kerana keimanan dan mengharapkan redhaNya.

[3] Pahala dilipatgandakan
Lebih hebat dari dapat Buffered earnings, siapa yang berpuasa, amalan²nya akan dilipatgandakan pahalanya,

“Setiap amal anak keturunan Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya.” (HR. Bukhari Muslim).

“Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib” (HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah).

[4] Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup

“Kalau datang bulan Ramadhan terbuka pintu surga, tertutup pintu neraka, dan setan-setan terbelenggu.”(HR Muslim).
 
[6] Doa dimakbulkan

“Tiga do’a yang tidak ditolak; orang berpuasa hingga berbuka puasa, pemimpin yang adil dan do’anya orang teraniaya. Allah mengangkat do’anya ke awan dan membukakan pintu-pintu langit. ‘Demi kebesaranKu, engkau pasti Aku tolong meski tidak sekarang.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

[7] Harta disucikan
Melalui zakat, harta yang kita kutip dapat disucikan kerana zakat itu tujuannya menyucikan harta. Jadi, sudahkah anda bayar zakat?

eh, kata ada 15 tadi? Lagi 8 sebab boleh rujuk di sini [link]

Pesanan terakhir

Hari ini hari terakhir kita akan berpuasa dalam bulan Ramadhan, jadi kuatkan jiwa dan semangat untuk hantar Ramadan dengan doa dan pengharapan agar Allah terima amalan-amalan kita sepanjang Ramadan,

Ya Allah, ampunilah dosa² kami, lindungilahlah kami, limpah ruahkan rezeki kami, kurniakan kami syurga dan anugerahilah redhamu dan taqwa kepada kami. Amin ya mujibassailin.


dan jangan lupa, hiasilah malam raya ini dengan takbir mengagungkan Allah.

Selamat beramal~

nota: malam nanti baru buat post ucapan raya. ^_^


iklan: Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff

Comments

7 Responses to "Ramadhan 101: 15 alasan perlunya merindui Ramadhan"
  1. betul...terasala, malam ni la...dimana doa kita lebih mustajab dik..marila kita berdoa dengan penuh kekusyukan...amin..("<)

  2. @ku_Merpati: betul. sama2 bykkan bertakbir dan doa. :)

  3. Semoga kita dapat jumpa Ramadhan lagi nanti,jika DIA izinkan...

    amin...

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics