Teman dunia akhirat..

Assalamualaikum dan  Salam sejahtera semua.

Hari ini 24 september 2010, tarikh lahir seorang teman rapat. Yang ke 23.

Teman Rapat

Bercerita sedikit tentang teman rapat yang seorang ini, yang akan tetap hadir masa susah dan senang, masa sedih dan gembira, masa leka dan alpa.

It's hard to show how grateful I am to be friend with this person. Dan lebih payah bila nak menzahirkan kasih kepada teman yang satu ni. Ya lah. kalau tulis 'I love you', orang akan fikir yang bukan². Jatuh saham pula nanti. hehe

Bagi yang pernah menuntut di sekolah menengah yang sama, mesti kenal. Kadang², ada yang tertukar bila panggil nama kami.

Langit dan Bumi

Kalau nak dibandingkan antara kami, memang bagai langit dan bumi. Jauh bezanya. Dia matang, pandai, rajin, suara lunak persis seorang penyanyi nasyid dan lain² lagi yang hebat tentang dirinya. Dan saya adalah sebaliknya. Jadi, dia akan ingatkan diri ni bila lupa, tenangkan hati ni bila sedih, berikan semangat tatkala kemalasan melanda.

Berkongsi cerita

Kami banyak berkongsi cerita, suka, duka, sedih dan sebagainya. Yang pasti, saya takkan boleh sembunyikan benda darinya. Mesti akan tercerita juga. Dan saya akan gembira bila dia gembira. Macam tak kena pula kalau saya gembira dan dia tengah sedih.


Peringatan

Ini peringatan di blognya suatu ketika dulu, sekarang, dia makin sibuk untuk menulis..
Wahai diri,..
Ukhuwah dan Iman ibarat sayap seekor burung,..
Jika tiada satu daripadanya, maka tidak akan terbang burung itu menuju destinasi

Jadi, dikesempatan ini, mahu ucapkan

Selamat Hari lahir wahai teman, Semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan dilapangkan rezeki seluas-luasnya. Umur yang bertambah menandakan semakin dekat kamu dengan mati. Sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu atas diri dan keluargamu.


Antara hadiah Birthday dulu adalah dari dia. Hadiah itu patut saya hadiahkan dulu padanya sebab dia yang dah sedia.=)


Pernah menulis tentang teman ini suatu ketika dulu dan cerita² yang digarap pun berdasarkan cerita dia. *hint* Bahtera.

Oh ya. Teman ini seorang lelaki. dan ya, ayat² di atas sengaja digarap begitu. Jangan salah faham pula ya. ^_^

Uhubbuka fillah



Hadith pilihan:

Daripada Muaz ra daripada Rasulullah saw: Allah berfirman (hadis qudsi):

"Wajib mendapat kasih sayang Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang keranaku, orang-orang yang duduk bersama-sama kerana Ku saling hadiah menghadiah kerana Ku dan orang-orang yang saling menziarahi kerana Ku."(HR Ahmad)

Sekian. Jumpa lagi~

p/s: Tapi sekarang dia tengah senyum lebar sampai ke pipi. Mesti ada benda yang menggembirakan hati. hehe. Malam ni cerita ek. :)

Comments

9 Responses to "Teman dunia akhirat.."
  1. hampir salah faham dah ni haha

  2. Aaa..Nta dan jepah dari MATRI rapat.di mana ada shu'bah di situ ada jepah..

    So,kalau x jmpa shu'bah di mana,maka jepah juga x akan dijumpai.=)

    Ana masih ingat,ntuma mai masuk kelas ana rampas komik..hehe.(persis pengawas yg bergaya la..)

    mmg indah ukhuwwah kerana Allah.

  3. sye juge punya seorang teman yg hari lahirnya pada hr ini.. genaplah umurnya 23 tahun.. teman rapat masa sek men, jatuh bgun bersama... ;D

  4. skrg ni ada yg berkawan sebab duit
    aigooo

  5. fuuh..
    mati2 ingat teman nih perempuan..
    huhu, untung btol dapat member cam bro.. agak2 birthday ak nanti ade ke x entri camni ek?
    kui3

  6. Selamat hari lahir Jefri.
    May Allah bless him.

    p/s:Jefri berutung ada sahabat seperti Munsyi dan Munsyi bertuah punya sahabat seperi Jefri. :)

  7. nak copy words ini utk status fb bole musnyi?:D

    "Wahai diri,.. Ukhuwah dan Iman ibarat sayap seekor burung,..
    Jika tiada satu daripadanya, maka tidak akan terbang burung itu menuju destinasi"

    It nice!

  8. dah copy.. dah copy.. macih2x!!.. hehe :)

  9. bestnye bile ade kwan mcam ni kan. huu

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics