Berlapang dada memang susah kan..

Shin cuba menahan marah. Tak pasti apa yang buat dia marah tapi dia cuba untuk tidak meluahkan kemarahannya. Mata mula berair. Salah satu sifat Shin, bila marah, matanya akan berair.

Istighfar

Musa: Sabar Shin.Istighfar bila marah.
Shin: memang tengah sabar. Kalau ikut hati dah lama tinggalkan tempat ni.
Musa: Tahu kau marah. Tapi mereka kan kawan.
Shin:  Kawan takkan cakap macam tu. Aku tak sebut sepatah pun, dan aku buat macam tu sebab mahu diorang gelak. Tak ada langsung niat nak sakitkan hati.
Musa: Mereka tak tahu.
Shin: atau taknak ambil tahu. Sedih macam ni.

Salamatus Sodri

Musa: Berlapang dada dengan sahabat boleh?
Shin: Habis biar diorang tu pijak kepala?
Musa: Banyak benda boleh selesai kalau semua bersangka baik. Anggap diorang tak tahu, atau tersalah cakap. Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada dengan sahabat. Lain kawan, lain ragamnya.
Shin: dan diorang tak perlu berlapang dada dengan aku?
Musa: Anggap diorang tak tahu. Kalau kau tak tunjukkan, sampai bila pun mereka tahu apa itu berlapang dada.

Ingat bantuan, lupa kesalahan

Shin: Tahu. Tapi sedih sangat bila dipanggil macam tu. Aku walaupun nampak macam ni, dalam hati masih ada taman.
Musa: Sempat lagi melawak.hehe. Macam ni la. Kau cuba ingat balik benda yang diorang pernah tolong dalam hidup kau kat sini. Banyak kan? Jadi jangan sebab silap diorang yang kecil ni, kau nak marah.
Shin: InsyaAllah. Buat masa sekarang, aku cuba jauhkan diri. Mungkin diorang rasa annoying bila aku ada sini.
Musa: Kalau itu yang terbaik, teruskan. Tapi kawan yang baik takkan rasa annoying, malah kebersamaan itu yang buat manisnya nikmat ukhuwah. Saling ingat memperingati, saling tolong menolong, saling lengkap melengkapi, dan yang paling penting, akan tegur kau kalau kau buat salah.  Nanti minta maaf sebab terlepas cakap. Salah faham je tu. 

********

Shin: Baik. Thanks a lot Musa. Kau memang roommate terbaik. Nak harap Munsyi, asyik busy je. hehe
Musa: Dia kan ada Match Volleyball hari ni. Pukul 11.30 a.m. Kerja berlambak lagi tu. haish..
Shin: Semoga dia menang dan dapat habis kerja² tu
Musa: Ameen~
Shin: Ok. Aku nak sambung tengok Nodame.hehe
Musa: haish..layan dorama ja kau ni.

Kredit

Shin: ceh, bajet cute letak gambar ni. hehe
Musa: Mestila~

 

Comments

13 Responses to "Berlapang dada memang susah kan.."
  1. Sempat tu masukkan pasal match volleyball. Hihi goodluck :D

  2. awak memang seorang sahabat yang baek.. :)

  3. memang susah berlapang dada..dapat tips yang baik untk berlapang dada melalui cerita di atas..

    teruskan.

  4. Berlapang dada memang susah.
    Sangat susah, tapi kalau dapat buat, alangkah baiknya.

    Hari khamis lepas, aku memang sangat2 diuji di sekolah. budak2 buat perangai dari pagi.

    sampai satu tahap, aku tak tahan, aku keluar sekejap dari makmal, duduk kat bilik persediaan, tarik nafas, istighfar banyak2...

    hilangkan stress aku camtu.
    balik sekolah aku terus pergi derma darah.

  5. cara ini dapat menilai iman seseorang :)

  6. salam....huhuhu..."statement" mengharukan...

  7. eermmm.... menghadapi situasi yang same mcm shin skang.. cume situasi berbeza skit..

    ape bleh bwat.. mampu bersabar je..
    marah dipendam2 smpai skang..=(
    tapi ble bace ni.. btol ape musa tu cakap... aku try...

  8. alhamdulillah jika dapat berbuat begitu..
    kita ni kadang2 alpa,banyak khilafnya..
    muhasabah diri yang seeloknya..
    ^.^

  9. good luck ngan volleyball bro..

  10. memang pun lame xjenguk..bizi kew?nak abes blaja da kan.. :)

  11. samelah, kalau marah mesti mata nak berair je :')

  12. Assalamualaikum.

    Juz nak kongsikan doa semasa kesusahan:Referring tajuk 'Belapang dada memang susah kan...'

    'Wahai Tuhanku,tidak ada yg mudah melainkan apa yg telah Engkau jadikannya mudah,dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki.'

    Ameen.

    p/s: May Allah ease everything for u.
    :)

  13. ehhh ada munsyi pula. adehhh busy betul munsyi tuh. volleyball yek? :D hahaha!

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics