Jam Cinta II

Musa: Kau exam start bila?

Shin: Aku 1hb, habis 13hb.

Musa: sama la. hmm, busy ke? sambung cerita hari tu boleh? nak dengar.

Shin: Nak study untuk subjek Isnin ni malam ni. Ok².



*********

Setiap pagi, Hitomi akan bangun pada jam 5 pagi untuk solat malam. Sudah jadi kebiasaannya sejak kecil, bersyukur dengan nikmat yang tak terhingga kurniaan Ilahi. Pada hari biasa selalunya, dia akan biarkan suaminya tidur. Kasihan suaminya yang keletihan seharian bekerja. Jika dipesan barulah akan dikejut nya Shun dan qiam bersama. Dan subuh mesti bersama mereka tiga beranak.


"Abang, Hiro sudah subuh. Bangun. Nanti lambat ke sekolah." ayat inilah yang selalu digunakan untuk kejut mereka berdua.


Shun akan bangun terus memandangkan dia perlu ke sekolah awal pagi. Selepas subuh. Baju dan seluar kerja suami dan pakaian sekolah Hiro sudah siap berseterika, sarapan pagi kegemaran dua lelaki dalam rumah itu sudah siap terhidang. Bento untuk dua beranak itu pun semuanya disediakan oleh Hitomi.


Hitomi gigih orangnya. Dia masih lagi guna cara lama untuk basuh pakaian, basuh dengan tangan. Lebih bersih katanya apabila Shun berkeras mahu beli mesin basuh seperti jiran² mereka kerana kasihankan isterinya itu. Begitu juga bila menyapu dan mengelap lantai. Lebih gemar dibuat secara manual.


Ujian


Apabila Hiro pergi secara tiba², Hitomi lah yang paling terganggu emosinya. Naluri ibu itu sangat dekat dengan anak. Dia tak kuat untuk melawan perasaan sedih itu menyebabkan dia dilanda kemurungan. Bermulalah hari² gelap dalam keluarga Shun. Hitomi tidak mahu makan, dan kalau makan pun hanya sedikit. Tubuhnya makin kurus. Selalu bercakap seorang.


"Encik Shun kena hantar isteri encik ke bahagian psikiatri, nanti makin teruk keadaan dia."

"Nanti kena tahan di wad itu ke?"

"Kalau makin teruk, ya, kena masuk wad. Untuk pengawasan."

"Kalau macam tu, tak apa lah doktor. Biar saya saja yang jaga dia" 


Bukan Shun tak mahu isterinya pulih seperti sedia kala, tapi takut keadaan isterinya makin teruk bila dikelilingi pesakit² lain, tambahan pula dia yakin isterinya perlu dorongannya untuk kembali pulih. 


"Shun, Ayah beri kebenaran kau cari yang lain. Biar terjaga makan pakaimu. Hitomi biarlah kami yang jaga."

"Tak apa Pak. Saya dah berjanji akan jaga dia tak kira bila senang atau susah masa akad nikah dulu. Masa inilah saya kena tunaikannya. Ini janji saya pada Allah dan keluarga Pak."

"Moga Allah sembuhkan Hitomi dan permudahkan urusan kau. Bertuah bapak dapat menantu seperti kau." kata bapa mertuanya sambil memeluk Shun.


Menjaga isteri dengan baik itu wajib



Oleh kerana Shun telah berhenti menjadi guru dan hanya bekerja sebagai guru tuisyen di rumah, dia kini punyai lebih masa untuk Hitomi. Mengajar di pagi hari. Malamnya pula, bila pasti Hitomi sudah tidur, dia akan keluar bekerja di restoran milik kawannya. Sekadar menampung perbelanjaan mereka berdua.

Shun jaga makan minum Hitomi dengan penuh kasih sayang. Dimandikannya setiap hari, dipakaikan baju dan dibawa bersiar² di taman melihat anak² kecil bermain. Selalunya begitu, setiap petang meskipun isterinya tidak banyak bercakap. Benda yang sama diulang tanpa jemu. Lebih kurang 2 bulan begitu. Tapi, pada suatu hari semasa sedang memerhatikan kanak² bermain buaian di taman permainan,


"Hiro" Hitomi berlari dan terus mendakap anak kesayangannya itu.
"Ibu tahu kamu masih hidup nak. Kenapa kau tak balik makan dengan Ibu nak..."

"Ibu?"


Bukan Hiro


***********

Musa: Ibu? tu Hiro betul² ke? Mesti silap orang kan?
Shin: Dah Hitomi panggil Hiro, betul la kot. 
Musa: Habis apa sambungannya?
Shin: Sambungannya....lepas aku habis exam~ ngehehe
Musa: ceh..takpe² aku tunggu. dah² pergi study tu. 
Shin: All the best to you ek. Gambarimashou.
Musa: Apa kau mencarut tu?haha

Comments

9 Responses to "Jam Cinta II"
  1. tak sabar nak baca seterusnya...
    all the best utk mghadapi exam pd tn.blog...
    ^.^

  2. Kalau yang gambar tu Hiro, maunya aku datang Melaka terus tahu?

    :)

    Makin menarik jalan cerita kamu.
    ^.^

  3. wah, menarik! tak sabar tunggu yang setrusnya.. Gud luck exam!

  4. huhu..
    mantap bro..
    x sabar nk tau ending dia camne..

  5. menjadi penulis mcm zara :) honest, tk bace lagi lepas exam i read hehe~ thnks mate las time,

  6. tertinggal utk bace sebelumnya..
    ;)

  7. tergedik2 tunggu sambungan dia!!!!!

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics