Jam Cinta

Assalamualaikum..

Ada sesuatu yang bermain di fikiran Musa sejak hari itu. Sesuatu yang tak patut difikir tapi terus saja berlegar-legar di mindanya. Gagal mencari jawapan, dia nekad meluahkan pada Shin, teman sebiliknya. Nampak je macam tak terurus, tapi sebenarnya Shin banyak pengalaman menarik yang boleh dibuat rujukan, ditambah cerita² Jepun yang dia suka tengok.


Musa: Shin, aku rasa aku suka seseorang.
Shin: Tahu. Kau sudah beritahu dia, kan?
Musa: Bukan. Ini orang lain.
Shin: Dah agak. Tapi sebelum tu aku nak beritahu satu cerita boleh?
Musa: ok.
Shin: Cerita ni pasal Atok ku, Tok Shun dan nenek ku. Kalau bercerita tentang cinta, aku rasa kau tak boleh lawan kisah cinta mereka.


*********

Kredit

Shun tak kenal siapa yang orang tuanya jodohkan. Sejak sebelum merdeka, mereka sudah sibuk carikan calon yang sesuai untuk lepasan Maktab Perguruan itu. Malas mahu berfikir pasal perempuan, Shun buat keputusan untuk terima sahaja. Selepas maktab, dia bekerja mengajar anak bangsa matapelajaran Bahasa Jepun dan Sejarah. Sering kali orang ramai herdik dek kerana mengajar bahasa penjajah, tapi Shun tak ambil pusing.


"Mengajar sejarah, tapi tak tahu pasal penjajah negara sendiri", kata mereka. Ada yang sampai ludah setiap kali dia lalu dengan basikal buruknya. Pun dia masih tak kisah. Dia ingat kata Ayahnya, Hiroshi,

"Sedangkan Rasulullah dulu suruh Para Sahabat belajar bahasa asing supaya tak ditipu oleh orang asing. Kalau Jepun datang Tanah Melayu lagi, sekurang² nya kita dapat faham dan elak dari  ditipu dan dijajah semula".


Berbekalkan kata² ayahnya, Shun tegar terus mengajar.


Nikah

Shun tak dikhabarkan nama bakal isterinya. Dia tahu hanya bila mahu akad nikah.

"Aku nikahkan dikau Shun dengan Hitomi dengan.."
"Jap², Apa nama bakal isteri saya, Pak?"
"Hi.to.mi"
"Oh, ok. teruskan."

Semua yang hadir gelak besar.

Jodoh

It is common in that period of time, perkahwinan yang diatur oleh orang tua. Ramai yang memberontak pada awalnya, tapi sampai ke anak cucu sekarang. Termasuk Shun dan Hitomi. Cuma mereka redha. Mereka bercinta selepas berkahwin. Apa sahaja perasaan cinta sebelum berkahwin dibuang untuk dapat redha dan limpah kasih Allah dan kesejahteraan rumah tangga.


Makan minum serta hal² rumahtangga Shun dan anak tunggal mereka, Hiro dijaga rapi oleh Hitomi. Dia sangat tekankan pentingnya masa, kebersihan dan makanan. Masa makan kena makan. Masa tidur kena tidur. Masa belajar, seisi keluarga akan baca buku sambil ajar Hiro membaca. Itu sebabnya dia sudah boleh membaca seawal 5 tahun.

Dan Shun bekerja berhempas pulas untuk menyara keluarga. Gaji guru tidak besar masa itu tapi cukup untuk sara mereka bertiga.Cinta mereka tak pernah pudar walaupun umur terus meningkat. Makin hari makin sayang dengan kehadiran Hiro.

Malangnya, dalam banyak² perkara, Allah uji pasangan itu dengan kematian anaknya disebabkan penyakit ganjil. Hiro pergi mengadap Ilahi ketika umur 10 tahun.


********


Shin: ok aku stop sini dulu ya.
Musa: eh, kalau Hiro mati, macam mana kau boleh ada?
Shin:Nanti aku sambung, ada kelas ni. hehe
Musa: Ala..kau suka cerita tak habis. 
Shin: Nanti² aku sambung ya. Ingatkan aku.


Comments

22 Responses to "Jam Cinta"
  1. suspen lagi =.='
    kamu kena update cepat2
    curious
    hehe :D

  2. tak sabar tunggu cerita seterusnya.. =)

  3. Salam.

    Shu'bah.
    Kamu memang pandai buat cerita tergantung kan?

    :0

  4. kahkahkah... bersambung pulak dahhhhhhhhhh~

  5. cess...
    ngah syok2 baca...
    ader sambungan plak...
    haish...

  6. jap, hitomi pon jpon ke?
    kui3

  7. gravatar Anonymous says: [Reply to comment]

    mmg trend cite shubah buat org lain suspen n tergantung..

  8. gravatar Siraj Munir says: [Reply to comment]

    Siraj Munir:Sungguh menarik!Bravo!

  9. What is the long name for hiro? is it hiromi?

  10. alaaaaaaaaaaaaa..possibility utk terlepas episod seterusnya adalah tinggi kalau bersambung2 ni.

  11. gerammm gerammm!
    npe besambongg neh!
    grr~

  12. bersambung.. okay.. saye tunggu sambungan nya dia.. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics