Beraya di perantauan..





Assalamualaikum.

Raya Haji tahun ni mungkin akan ada di perantauan. Ramai juga orang Malaysia yang tak balik beraya dengan keluarga. Disebabkan tahun ni tahun akhir beraya kat sini, semua pakat² nak merasa pengalaman beraya kat perantauan sebab selama ni raya korban masa cuti.

Ok. abaikan penulisan kat atas. Exams sebenarnya dah habis pada 13hb yang lalu tapi sekarang masih berada di UIA gara² Final Year Project yang tak siap². Submission date 22hb, Isnin depan. Less than a week to complete all simulations and report. 

Setiap kali ke cafe, rasa macam di oversea. Semuanya International students. Bangladesh, Arab Saudi, Jordan, Palestine, China, Comoros dan ramai lagi yang tak terkira ramainya. Sebenarnya kalau masa bukan cuti pun diorang ni la yang meramaikan cafe tapi bila masa cuti makin bertambah pula. Cuti la katakan. Orang Malaysia pun boleh dikira dengan satu jari je (kira orang sambil tunjuk² memang guna satu jari kan?).

Dan bilik dah lama kosong, Shin, Musa semua dah awal² lagi balik beraya di kampung. Adeh.

Cadangnya memang tak nak balik dan fokus siapkan FYP tapi rasa macam kena balik juga beraya di Melaka. Mungkin akan pulang ke UIA esok atau lusa. Susah nak buat kerja kat rumah. Maklumla, dekat Dhobi Station banyak kerja kasihan pula kalau tak tolong. Lagipun nak bawa printer untuk print report nanti.

Teringat pula kenangan beraya korban di Sekolah Menengah di Perlis dulu. Sepanjang 5 tahun di sana, dua kali tak pulang beraya di rumah yang masa tu tinggal di Johor.

*********

Pengalaman pertama:

Beraya di negeri kelahiran Jefri. Suasana meriah. Banyak lembu yang dikorbankan pagi raya tu. Kenangan yang tak boleh dilupakan, sedang asyik tengok dari jauh orang kebanyakan sembelih lembu, seorang pakcik tua berada di tepi saya dan saya cuba memulakan perbualan.


"Berapa ekor dah lembu kena sembelih?" tanya saya.
"ha?" kata pakcik tu.

 Dahinya berkerut, mungkin sebab dia tak pernah tengok muka saya agaknya di kampung tu.

*sila baca pertanyaan saya tu dengan dialek orang negeri joegrimjow*

Samada pakcik tu kurang daya pendengaran ataupun dia tak paham dialek celup saya, saya pun tak pasti. Jefri kat sebelah dah ketawa terbahak². Kelakar juga bila teringat balik. Cubaan bertutur slang tu nyata tak berjaya.


Pengalaman Kedua:

Beraya di sekolah. Memandangkan sekolah saya berada dalam kampung dan Masjid sekolah boleh digunakan untuk orang kampung Solat raya, ibadah korban turut dijalankan dalam kawasan sekitar sekolah. Banyak. Lebih 10 ekor lembu rasanya. Dan seperti biasa, saya tak berani pegang lembu apatah lagi tengok darah mencurah-curah keluar. Adeh. Lemah sungguh. Jadi saya ambil keputusan untuk..



Nak tundukkan lembu korban bukan senang. Seekor lembu kena ada lebih 5, 6 orang untuk tundukkan supaya senang disembelih.

********

Ok. Tamat sudah pengalaman beraya di perantauan. Sedang berkemas mahu pulang ke Melaka bersama adik. Doakan selamat sampai ya.

oh, ada yang bertanya Jam Cinta bila mahu sambung. Itu kena tunggu budak berdua tu online. Sabar ya dan Terima Kasih sebab sudi baca.

Dan kepada semua,

Eidul Adha Mubarak to all Muslims around the world. كل سنة وانت طيّب

Sekian. Mungkin lepas FYP siap submit, akan giat menulis. Mungkin. hehe

Comments

35 Responses to "Beraya di perantauan.."
  1. salam..

    la...I thought u're celebrating eid adha here.At least i got malay friend.Seems like i'll b celebrating here,alone..+with my foreign friends..huhu..

    Salam perantau..

  2. Salam.

    Berani tak balik, I'll drop Umi message via her FB. Just go back, still have time tho.

    Remember what U keep telling me?
    Family is everything.

  3. gravatar tirah says: [Reply to comment]

    Hehe,

    Selamat hari raya!

  4. munsyi! :D
    uhhhh takkan tak balik kot?
    sehari jee, tak luak sangatlah kerja tu. comfirm. hehe :)

    hihi.. apa pun, selamat hari raya aidilfitri :D

  5. salam aidil adha.... safe journey yah!

  6. when u pointed that, rasa rindu pulak suasana UIA masa cuti.. mmg rasa macam overseas.. huhu..

    selamat Aidiladha, Munsyi!

  7. salam aidiladha.balik elok2 ya.kim salam kat adik kamu..hehehe

    p/s:all the best FYP =)

  8. raye kt rumah la munsyi..hehe..

    :)

    slmt hr raya aidiladha..
    same la lame xbergiat dlm penulisan blog..kekeringan idea la..

  9. Salam aidiladha..Eid Saeed :)
    Ahlan beraya di Mesir pula.. Cuba tumbangkan unta :)

  10. Selamat menyambut hari raya aidiladha :)

  11. lah.. tak balik ke??
    btw, selamat hari raya aidiladha.. =)

  12. pengalaman semua tu mahal
    hargai dan sayangilah

    munsyi
    pasal pi mai pi mai tang tu
    aku dah send dkt inbox fb hang
    pi lah tgok noh

  13. @ukur kira
    no i'm not. too bad. Jangan sedih2. hehe


    @zara
    wslm. Balik la. huhu

    thats very true. Family IS everything


    @Atiqah
    Salam Aidil Adha jugak~


    @tirah
    hehe. Thanks. same goes to you.


    @molmolla
    haha. dh lebih sehari kt umah ni. thanks. eid mubarak gak~

  14. @cik Bee
    thanks for the doa. Eid mubarak~


    @k.ilyani
    hehe. tau takpe. sape penah beraya kt uia merasa la.

    thanks. you too.


    @amirah
    adik tu ponpuan. nnti sy kirim slm. :)

    thanks~


    @cik nana
    huhu.as expected, kt umah xjln keje.hehe

    dah. gi update cepat. :)


    @sinar
    Eid saeed~
    nak tumbangkan lembu pun dh takut,unta lagi la. hehe

    mesti mknn best2 kt sane. :)

  15. @farah hanis
    thanks. kamu juga~


    @kyo
    salam dari perantauan bro. hehe


    @eisya
    balik2. saja buat suspens.hehe
    thanks. u too~


    @hans
    betul2. tu teringat. :)
    thanks hans~

  16. baru balik dari kwasan sahabat korban y nta penah datang hari tu,..tapi ana cari2 pakcik tu xde, mungkin dah wafat, wallahualam...

    dan,..

    ada UM, teringt kt nta,...

    ps - balik temerloh esok,..adeh

  17. @mhuno: innalillah. xpun pakcik tu xdtg dh lpas tu.hehe

    haish..jangan diungkit peristiwa lalu.

    selamat2. drive elok2. ada org menunggu tu. :P

  18. Oh UIA??.. best tu..pasti u boleh belajar bermcm2 bahasa dari mereka.

  19. @Miss Mirror a.k.a Sam: hehe. mmg nak tp xramai kwn international student. :P

  20. FYP? os aper? engine?

    newayy, uia gakk. dah seronokk berkampung kat rumahh! yeayyy...

    selamat hari raya keyh? hee~

  21. @AISHA SAAD: yup.engine. ceh..nak buat org jeles ke?hehe

    same goes to you. :)

  22. hahahaha
    xjeles pun dkt ko pakcik
    kehkehkhe
    weih
    bila nak update citer orang jepun tu
    haih

    P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

  23. @hans: aku tgh buat FYP. kang dh siap aku update ye. insyaAllah. :)

  24. Munsyi, good luck untuk FYP.. :) mula2 pening jugak pikir ape FYP tu.. at last tawu dah! :)

    and, Selamat Hari Raya Aidiladha! :) beraya dengan family best kan? hehe.. :D

  25. lamanye x jenguk blog ni! hehehe. :)

  26. menyingkap satu persatu mutiara wakafan..

    salam taaruf(",)

  27. @sha
    thanks~ still doing it tho. :)


    @hans
    tak abes lg?hehe..thanks btw


    @aina
    samela. :P


    @MQ
    Salam taaruf juga. :)

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics