contest : azam @ transformasi 2011 anda?! by Cik Nurull

Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya tak join contest karang mengarang ni. Tapi oleh sebab pernah bertemu dengan blogger Cik Nurull yang datang UIA masa konvo haritu dan dia sangat sangat peramah dan baik, saya join juga sebagai tanda sokongan. hee

Introduction
Kita pandang langit yang sama, tapi tak semestinya kita dapat lihat awan yang sama dari sudut berbeza.


************************

Azam Tahun Baru

Setiap kali datang tahun baru, ramai yang suka berazam kan? Tapi tak ramai yang duduk sebentar dan pandang ke belakang perhatikan azam² yang pernah disematkan dalam hati untuk dilaksanakan. Sebab tu setiap kali tahun baru, saya tak pernah update pasal azam tahun baru sebab tahu diri ni susah nak laksanakan.

Tapi...

Sebenarnya azam juga dapat jadi motivasi untuk diri kita terus ke hadapan dan bukan berada di tempat yang sama atau lebih teruk, mengundur, menjadi lebih teruk. Dan mungkin juga akan menyesal di hari kemudian.

Jadi..

Pernah dengar ayat ini, Orang beriman takkan melakukan kesalahan yang sama dua kali. Mesti pernah kan? Jadi, cek balik kesalahan di tahun² lalu, buka balik post² yang lalu, mungkin pernah terlebih marah, terlebih emosi, terlebih segala yang rasa perlu diubah, ubahlah perlahan² jika tak sekaligus terus. Sebab kita masih diberi peluang untuk memilih, selagi masih bernyawa. 

Azam Saya 2011

Saya juga perlu banyak ubah dalam diri ni:

1. Belajar untuk lebih memahami perasaan orang dan cuba jaga hubungan dengan manusia, jangan sampai ada yang terasa hati.
2. Lebih teratur dalam merancang dan IKUT jadual study yang ditetapkan. Tak sabar nak grad. (-__-")
3. Jaga hubungan kekeluargaan. Lepas Grad, cari kerja dan bayar balik kepada Umi Abah apa yang telah disponsor, at least sebelum kahwin tunang decide my future (Saya tak ambil PTPTN, takda scholar, PAMA je. huhu)
4. Dan yang paling penting, jaga Hubungan dengan Allah yang rasanya semakin jauh dari hari ke hari. :(

Merujuk kepada azam No. 1, dalam tahun 2010 ni, saya kenal ramai manusia, baik, nakal, sangat baik, dan juga pernah lukakan hati kawan² yang saya ambil berat  secara sedar atau tidak. Jadi, harap²nya, dengan hadirnya tahun baru ini, saya dapat betulkan balik apa yang salah, minta maaf dan cuba untuk tak lakukan lagi kesalahan yang sama. Sahabat yang selalu nasihat saya,  ingatkan saya akan hal ini,

"Mudahnya kita berbicara soal ukhuwah tetapi hakikatnya sukar sekali menemui Penyatuan Hati. Bersangka baik apabila membenci. Memaafkan pabila disakiti. Mengasihi pabila disisih. Mengingati ketika dilupai. Bersabar ketika diuji."

Cukuplah 4 je. Banyak² nanti liat pula nak cuba buat. Apa azam 2011 anda? 


**********************

Entri ini sebagai ingatan bersama dan  juga untuk contest Cik Nurull yang baik hati. Sila terjah dan ambil input berguna dari blog beliau.

Sekian.  

Selamat Tahun Baru 2011
Munsyi



Comments

12 Responses to "contest : azam @ transformasi 2011 anda?! by Cik Nurull"
  1. Selamat tahun baru dan selamat dapat anak baru. EH tak tak semoga dapat capai azam² baru tu :)

    InsyaAllah, semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Apa yang dah terjadi, jadikan panduan untuk tahun yang baru ni =)

  2. Thanks mieya. Anak saudara baru dah dapat. Tunggu tahun depan pulak. hehe.

    InsyaAllah. thanks atas ingatan :)

  3. Salam Shu'bah.
    Terima kasih menjadi sahabat baik dalam tahun 2010 ni.
    Moga2 ukhuwah dapat terus dijalinkan menjelang tahun baru Masihi ni.

    =)

    Dan ya, ikut jadual tu (nanti aku akan PASTIKAN kamu ikut.)

  4. takde pon azam ko nk simpan duit utk kawen.. hahaha :p jom join contest aku plak :p

  5. @zara

    thanks a lot zara utk semuanya. Hope we'll continue this friendship until one of us is married. LOL

    @Bro Sukur

    oh hai abg artis. :P


    @rose
    aaaa. azam tu next 2012 nye azam. shhh. hehe

    baik2. tgh merangka. thanks again for inviting :)

  6. munsyi sama, hepi new year ma :)..

  7. ma apakah?haha

    u too. semoga sukses di tahun2 mendatang :)

  8. selamat tahun baru yer...semoga segala azam baru tercapai hendaknye k...

  9. belajar dulu ye shubah..ingt nasihat kawan kamu tu, sabar apabila diuji, Allah bersama org yang sabar,just believe in Him (mode seorang neechan)=P

  10. @papa Mifz
    Thanks for the wish. You too~ thanks for dropping by :)


    @Maru Neechan
    Kamsahamida, noona. InsyaAllah akan dgr nasihat kmu :)

  11. jarang aku buat azam tahun baru..haha..

    btw, jmpe blog ko dari andyhowtt ttg gath tu..blog ko kemas.. keep on blogging..

    - izwanyusof[dot]com

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics