Bila rasa hati tak tenang..

"Ajar aku macam mana nak tenang."

"Kenapa aku? Kau ada masalah?"

"Banyak masalah. Aku kagum dengan ketenangan kau sebenarnya."

"Masalah dengan siapa? Ah, aku pura² tenang tapi mungkin dapat bantu. Cerita la"

"Rasa hati tak tenang. Kerja tak berjalan. Masalah bertimbun². Asyik buat benda yang tak sepatutnya. Rasa malas yang amat."

"Kau ada masalah dengan hati, dengan manusia, dengan Allah."


Selalunya tengok awan hati akan kembali tenang. Selalunya la..

"Aku pun rasa macam tu."

"Kau ada ambil masa baca Al-Quran? At least satu mukasurat sehari. At least."

"Tak ada. Tu la."

"Kau ada lukakan hati sesiapa? sengaja atau tak sengaja. Mainkan perasaan mungkin."

"Ada. Tapi dah minta maaf."

"Walaupun dah sedar dan dah minta maaf, mungkin kawan yang kau sakiti tu belum memaafkan sepenuhnya. Jadi, mungkin kau akan rasa bersalah seumur hidup."

"Mungkin.."

"Aku ada solusinya. Tapi kalau kau jauh dari Dia, kau kena rapatkan diri dulu."

"Apa?Siapa dia?"

"Jaga HDA. Hubungan Dengan Allah. Kalau kau jaga sepenuh hati, Dia akan jaga diri, hati dan seluruh kehidupan kau. Ceritakan masalah kau padaNya. Minta petunjuk. Bukan hanya mengeluh, meratap dan meletakkan kesalahan pada orang lain. Bila ada masalah, diri sendiri adalah puncanya. Selalu ingat begitu."

"Mungkin kau ada masalah dengan perempuan sebab kau pernah mainkan perasaan perempuan lain. Mungkin. Jadi minta maaf betul² seikhlas hati. dan janji pada diri tak nak buat dah."

"Mungkin hati tak tenang sebab kau lakukan dosa yang kadang² kau tak sedar. Mungkin. Mohon diampunkan dosa betul²."

"Mungkin kau ada lukakan hati ibu bapa tanpa sedar. Mungkin. Telefon atau balik jumpa. Tanya salah silap, mohon maaf."

"Muhasabah, cek kesalahan dalam diri. Ada masalah dengan hati kalau kita rasa tak tenang. Mungkin ada rasa dengki, tamak, segala macam sifat yang akan jauhkan diri dari capai ketenangan."

"Aku juga macam ni. Bukan selalunya baik, tenang. ada masa tewas juga. Jadi mahu ingatkan diriku dan kau dua perkara:

A woman's heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her.

Dan, 

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd: 28)

Peringatan buat diriku keseluruhannya."




Kimi e,

arigatou. Motto tsuyoi ni naritai, kimi no tameni.

Dakara, toriaezu, Sayonara.

Comments

8 Responses to "Bila rasa hati tak tenang.."
  1. Subhanallah..what a good advice..

  2. "A woman's heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her."

    ni datang daripada hadis ke??
    hmm, bila ak berada dalam gelisah, ak berpuasa.. ;)

  3. @kyo_9: bukan rasanya.hm.

    puasa?tu la. yg penting dekatkan balik diri dgn Allah. InsyaAllah tenang. :)

  4. bile aku gelisah, aku tepon mak aku,..n she always there, buat lwk sekupang , ngahaha..

    try la, it works on me, maybe it work on you too

  5. Nakama-san.

    :)

    Doa.
    Istighfar.
    Banyakkan solat sunat.
    Puasa.

    Kamu boleh overcome ni semua.

  6. selwat bnyak2 lau hati gundah gelana. dekatkan dri kepada Allah.

    peringatan kpd diri sy jugak!

Blog Widget by LinkWithin

My Previous Stories

Web Statistics